#30 ; Niat 👑

8.4K 428 1
                                    

"Kamu semua duduk lah dulu. Mak cik pergi buat air kejap" kata Puan Atiqah pada 7 Prince Hots.

"Baiklah"

Sofia berlalu ke biliknya. Dia membuka begnya dan memasukkan kembali baju ke dalam almari.
Selepas itu, dia membuka tingkap biliknya. Sofia memandang ke luar.

'Aku kena balas dendam!'

Dia termenung seketika.

'Nyawa mesti dibalas dengan nyawa!'

Sofia menggumpal penumbuknya.

'Aku akan cari kau. Kau dengan kawan-kawan kau harus mati! Aku akan mulakan dengan.. Amri'

Sofia tersenyum jahat. Sangat jahat.

***

Sofia duduk di ruang tamu bersama 7 Prince Hots. Dia duduk di sebelah Adam.

"Jemput lah minum dulu ya" pelawa Puan Atiqah.

"Terima kasih!" kata 7 Prince Hots serentak.

Puan Atiqah berlalu ke dapur.

"Wey, Yana. Kau kata kawan Zack tu ada tiga orang. Tapi kenapa tadi aku tengok ada dua orang je?" tanya Amirul.

"Ye lah kan? Aku pun perasan tadi" kata Iqmal.

"Entah lah. Aku tak tahu lah ke mana lagi sorang tu menghilang" jawab Sofia.

Afieq merenung muka Sofia.

"Abang nak adik lupakan" kata Afieq.

Sofia memandang Afieq.

"Lupakan apa?"

"Aku tahu kau masih berdendam dengan Zack. Aku nak kau lupakan niat kau!" balas Afieq.

Sofia memandang tajam ke arah Afieq.

"Kau tak payah sibuk hal aku!"

"Aku abang kau. Aku berhak nak halang kau, dik" kata Afieq.

7 Prince Hots hanya mendiamkan diri dan memasang telinga mendengar perbalahan daripada dua beradik ini.

"Ini bukan urusan kau!" balas Sofia.

"Kau adik aku. Kau kena dengar cakap abang!"

"Aku adik kau. Bukan isteri kau!"

"Sebab kau adik aku lah, aku sayang kau!" jerit Afieq. Geram betul dia dengan perangai adik dia yang degil tu.

Sofia terdiam. Dia memandang wajah Afieq.

"Sebab aku sayang kau lah aku tak nak kau buat perkara tak betul!" sambung Afieq.

"Adik minta maaf" Sofia terus berlalu ke biliknya.

Afieq mengeluh.

"Wey, apa maksud kau tadi tu?" soal Aidil.

"Maksud apa?"

"Yang pasal niat dia tu" kata Syukri.

Afieq memandang 7 Prince Hots.

"Dia masih berdendam dengan Zack. Aku tahu dia akan lakukan perkara yang luar jangkaan" balas Afieq.

"Luar jangkaan?" kata Nazri.

"Maksud kau, dia akan cuba nak bunuh Zack lagi?" tanya Adam.

Afieq mengangguk.

"Huish, bahaya siot adik kau. Seram aku" kata Amirul.

"Jadi, kalau kau tak nak jadi mangsa dia. Jangan sesekali buat dia marah" kata Afieq.

"Dia ni lagi bahaya daripada aku" kata Adam.

Kemudian, mereka kembali senyap.

***

Sofia duduk di atas katil. Dia termenung.

"Aku tak boleh lupakan niat aku. Aku mesti balas dendam atas apa yang dia dah buat dekat Fitri" kata Sofia seorang diri.

"Kau mesti lupakan niat kau"

Sofia tersentak. Dia memandang ke arah suara itu.

Fitri!

"Fit?" Sofia kehairanan.

*********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now