"Mula-mula Nazran. Lepas tu Harez. Sekarang Faiz pula ! Kau buat aku lagi rasa nak bunuh kau. Kau tahu tak?!" Bergema suara lantang Badrul di ruang yang kosong itu. "Faiz tu cinta pertama aku dulu, kini dan selamanya mungkin"

Pang !

Satu tamparan kuat di sebelah pipi kanan Saila. Mengalir darah merah pekat di tepi bibir. Saila mengukir senyuman. Tak dia nafikan, sakit dan perit rasanya merasa tamparan seorang lelaki yang hampir hilang kewarasan di hadapannya ini. Pijar rasanya pipi. Kebas segala otot muka. "Hujung tahun ni dia kahwin. Dengan orang yang dia sangat cinta. Aku rasa aku boleh jadi kawan dengan dia. Tapi ternyata tak boleh. Makin aku nak lupakan dia, makin gila perasaan aku pada dia. Makin aku nak jauhkan perasaan suka, makin tebal cinta aku pada dia !" Entah kenapa, dia meluahkan segalanya yang terbuku di hati kepada Badrul. Saila senyum sinis. Sia-sia sahaja diluahkan kepada insan di hadapannya ini. Pasti lelaki ini takkan pernah kisah.

"Kau nak tahu kenapa aku nak sangat hubungi dia sebelum aku mati?"

Badrul mendekati Saila. Tidak pernah rasanya Saila meluahkan rasa yang terpendam sebegini luhur kepadanya. Riak wajah Saila jelas menunjukkan kesedihan dan kekecewaan namun diselubung rapat dengan senyuman miliknya selama ini. Tidak sangka wanita di hadapannya juga mempunyai satu kisah silam yang menyakitkan. Tak, ini bukan lagi kisah silam. Tapi apa yang dia hadapi sekarang.

"Sebab aku nak dia ingat yang aku takkan pernah lupakan dia walau dia sedikit pun tak ingat kewujudan aku sebagai teman wanitanya dahulu. Now, please. Just give me a minute to talk to him. Kalau kali ni masih lagi dia tak angkat, then .. that's it.. You can proceed your plan"

Telefon dilekapkan ke telinga. Berdebar hati Saila menunggu pemanggil di talian sana menjawab panggilannya.

PERBUALAN bersama Najwa diganggu oleh satu panggilan yang meraung minta diangkat. Matanya menatap nama pemanggil tersebut.

Saila.

Ada apa Saila menelefon aku malam-malam begini? Sudahlah menelefon ketika aku berada di rumah Najwa. Faiz memandang wajah Najwa. Jelas sekali kelihatan wajahnya yang tiba-tiba muram itu.

"Siapa? Kenapa tak angkat?" Najwa bertanya lantas cawan yang berisi kopi dihirupnya perlahan.

"Kawan. Tak penting pun" Dalih Faiz. Sedangkan dirinya sudah dihurung rasa serba salah kerana membiarkan panggilan itu begitu sahaja. Perbualan disambung. Telefonnya diletakkan dalam mod senyap. Dia harus menjaga hati Najwa. Itu pesan Ibunya.

Selang beberapa minit, telefon bergegar menandakan ada seseorang yang menghubungi. Masih lagi Saila nama yang tertera di skrin telefon itu. Kalau Saila hubungi lagi sekali, aku akan angkat. Fikir Faiz.

HAMPA. Faiz langsung tidak mengangkat. "So.. macammana? Nak hubungi dia lagi?"

Saila menggeleng. 2 kali sudah cukup. Badrul melangkah meninggalkan dia. This is it Saila Humaira. This is it. Pandanganannya ditala ke langit yang terhampar melalui tingkap yang terbuka. Ada bintang-bintang yang menerangi malam. Banyak . Tidak seperti biasa. Saila ukirkan juga senyuman. Mungkin ini kali terakhir dia melihat langit hitam dihiasi bintang seperti ini. Perlahan-lahan dia mengalunkan ayat suci al-Quran. Terasa berdosa diri ini kerana di akhir hayatnya, Maghrib tak sempat dilaksanakan. Selawat juga dialunkan untuk menenangkan diri. Terdengar bunyi percikan air di luar rumah.

Tak. Bukan air. Dia yakin itu minyak yang akan menolong api menjilat rumah usang ini. Kemudian terdengar pula derap kaki yang sama. Badrul menghampiri. Dia berdiri megah di hadapan Saila. Sudah dicuba pelbagai cara untuk melembutkan hati Badrul. Masih juga hatinya tidak terusik dengan kata-katanya melalui panggilan dan pesanan ringkas kepada orang yang dia sayang. Keras sungguh hati kau Badrul. Beginikah sayang manusia sesama manusia?

Saila hanya mampu meronta di dalam hati.

"Any last word, dear?" Badrul bertanya teruja. Tak sabar untuk melihat mayatnya dibakar rentung barangkali. Bukan dia tidak yakin dengan kemampuan Nazran untuk menyelamatkan dirinya, tapi entah kenapa kali ini firasatnya kuat mengatakan Nazran tidak akan sempat. Saila memandang wajah Badrul. Diukirkan senyuman paling manis buat Badrul. "Bacakan syahadah untuk aku, boleh?"

Badrul terkesima. Terkejut dengan permintaan di luar jangkaan oleh Saila. Bohonglah kalau sedikit pun hatinya tidak terusik dengan permintaan itu. Tapi dia berlakon setenang yang boleh. Tak mahu ditebak akan perasaan yang bercampur baur. Perlahan-lahan Badrul mengalunkan kalimah suci itu ditelinga Saila. Tenang rasanya mendengar. Terketar-ketar juga suara Badrul walaupun sedikit. Usai mengucapkan kalimah suci itu, tanpa berkata apa-apa Badrul terus terburu-buru keluar. Sempat Saila menjerit sedikit. "Maafkan aku Bad"

Badrul kaku.

"Halalkan makan minum yang kau pernah beri dulu. Terima kasih" Perjalanannya yang terbantut, disambung. Dipercepatkan langkah kakinya meninggalkan ruangan itu. Makin lama berada di situ, dia bimbang dia akan berubah hati.

Badrul memandang rumah usang yang dia tempatkan seorang wanita yang dia pernah cintai setulus seikhlas hati dulu. Pandangannya silih berganti dengan pemetik api di tangannya. Apa benar yang dia lakukan ini?

Apa tunggu lagi Badrul. Masa dah tiba untuk kau balas dendam! Ada satu suara yang menghasut dirinya. Kau lupa ke apa yang perempuan tu dah buat kat kau? Kau dah lupa ke Nazran buat apa kat kau? Kau dah lupa ke Badrul?! Jarinya digenggam membentuk penumbuk. Amarah yang tadinya ingin reda, kembali menguasai. Pemetik api dinyalakan. Kali ini dia tekad. Dia takkan berpatah balik dengan kata-katanya ! Kedua-dua mereka harus diberi pengajaran!

Tepat pukul 8.15 malam, pemetik api yang sudah menyalakan apinya dibuang ke tempat adanya minyak. Cepat sahaja api itu menjilat rumah tersebut. Api semakin marak. Asap juga sudah berkepul di dalam ruang yang didiami Saila. Terbatuk-batuk dirinya menyedut asap kandungan karbon dioksida itu. Peluh meliar di seluruh batang tubuhnya. Tika itu juga dirinya tak henti-henti membaca ayat suci al-Quran yang dihafalnya di dalam hati. Berkali-kali dia mengulangi pembacaan itu.

Bau asap yang dihidu kian mencucuk hidung dan menyesakkan dada. Fikirannya tak mampu berfikir apa-apa selain daripada memanjatkan doa kepada Allah agar diampunkan segala dosanya. Pengelihatannya juga terbatas kerana asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang legar sehingga tiada ruang yang mampu dilihatnya dengan mata. Tingkap yang tadinya terbuka juga sudah ditutup oleh Badrul dari luar. Maka, sudah pasti tiada langsung lubang perkitaran udara di dalam rumah itu.

Lantai yang diperbuat daripada papan itu juga sudah mula mengeluarkan bunyi. Sepertinya, rumah ini akan runtuh juga dalam beberapa saat. Dan pada ketika itulah aku mendengar seseorang memanggil namaku.

"Saila !" Saila tak mampu menjerit walau kain sudah tidak terikat. Nafasnya tercungap.

"Saya .. kat .. sini" Perlahan sahaja Saila menuturkan. Sempatkah aku diselamatkan? Kelibat seseorang mendekati dirinya dipandang sepi. Saila akhirnya layu longlai. Pandanganku hitam.

Aku .. sudah matikah?

Nilai RM20Where stories live. Discover now