💮 61

28.7K 968 33
                                    

Aku terjaga dari tidur. Kepala aku pegang, picit perlahan kerana masih terasa peningnya. Sejak tahu sudah berbadan dua ni, aku kerap terjaga malam.

Macam sekarang ni.

Lepastu asyik tidur awal. Makan pakai Naufal pun sekarang agak tak terurus sangat. Mujur dia tahu nak berdikari sendiri.

Fahamlah tu, aku penat.

Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku penat. Nak kata aku banyak buat kerja, rasanya tak. Aku asyik terbaring je atas katil, atas sofa, kat mana-mana yang aku boleh baringlah.

Dah tu pulak, kerja aku asyik nak muntah je. Apa yang aku nak muntahkan pun aku tahu. Kadang tu, cuma keluar air liur je. Tapi dia punya mual nauzubillah rasa nak keluarkan anak tekak je.

Kalau sekali dua tak apa. Ini pagi, petang, malam. Kalau pagi lah paling teruk sekali. Semuanya punca Naufal.

Alergik betul aku dengan dia sekarang ni. Dia bangun tidur aku tak boleh bau, balik kerja pun aku tak boleh bau. Mungkin aku tak boleh bau dia bila dia masam ataupun bila dia tak mandi lagi.

Hairan sungguh!

Naufal apa lagi, redha je lah dengan perangai isterimu ini. Jangan persoalkan, aku pun tak tahu kenapa. Masa pertama kali mengandung dulu, tak pula teruk macam ni. Bila tanya ibu, jawapannya balik balik benda sama je.

"Biasalah, morning sickness orang mengandung ni sekejap je. Nanti dah ada babybump In Shaa Allah okay. Tak pun sebenarnya baby kamu tu yang mengada terlebih,"

Aku kerut dahi tatkala aku merasakan tekakku seperti ingin mengeluarkan sesuatu. Tangan aku tekupkan ke mulut. Dengan kasar, aku selak selimut yang menyelubungi badan dan berlari ke dalam bilik air.

"Uwekkkk,"

Ha kan aku dah kata, tak ada benda nak keluar pun, air liur je lebih.

Alahai baby, kenapa buat ibu macam ni?

"Sayang..."

Naufal datang mengusap belakangku seperti selalu. Pastilah dia terjaga sebab tadi aku selak selimut kasar sangat.

Dan lagipun, mestilah aku perlukan dia sekarang ni.

"Dah?" soal Naufal apabila aku mula berkumur dan membasuh mulut. Aku mengangguk perlahan, kemudian dia pimpin aku menuju ke katil. Dua tiga langkah cuma, sebelum aku menolaknya perlahan.

"Hana, again?" tahu, dia mesti tahu kenapa aku tolak.

"Sorry, Hana tak tahu kenapa, tapi Hana tak boleh bau abang bangun tidur," kataku dengan nada rendah.

Naufal mengeluh.

"Sayang, dah sebulan tau. Haih," keluhnya lagi sebelum melepaskan tanganku membiarkan aku pergi ke katil sendiri terlebih dahulu.

Aku duduk di atas katil dan baring mengiring ke arah tempat Naufal. Melihat Naufal menarik bantalnya ke sisi, aku terus duduk.

"Nak pergi mana?" soalku cepat.

"Tidur sofalah. Nanti kalau abang tidur sebelah, Hana tak boleh tidur sebab bau abang," katanya lembut.

Naufal tak pernah marah walaupun banyak kali mengeluh. Dia faham keadaan aku, Ibu dan Mama pun selalu pesan menyuruhnya supaya banyak bersabar.

Mendengar pernyataan Naufal, buatkan aku tersentap.

Inii pun masalah berat juga. Tak boleh dengar Naufal cakap salah sikit, mula lah hati nak terobek, terenyuk, tersakiti. Padahal apa yang Naufal cakap dan buat, semuanya untuk kebaikan aku sendiri.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now