💮 54

24.9K 864 6
                                    

Haikal tidak senang duduk. Kejap dia berdiri, berjalan ke sana ke mari. Kejap dia duduk bagai memikirkan sesuatu. Kemudian dia bangun kembali berjalan ke kiri ke kanan.

Dian, isterinya hairan melihat suaminya berkelakuan begitu. Cawan yang berisi air kopi panas diletakkan di atas meja dengan berhati hati. Anak mereka sudah pun tidur memandangkan sekarang sudah lewat malam.

"Abang kenapa? Dian tengok dari tadi tak duduk diam. Ada masalah ke dekat tempat kerja?"

Dian berdiri di hadapan Haikal menghalangnya daripada terus berjalan.

Ergh pening tahu tengok!

"Abang tak sedap hati lah," Haikal meraup wajahnya.

"Tak sedap hati kenapa? Sini duduk, cerita dengan Dian," tangan Haikal ditarik menuju ke sofa.

"Entahlah, sayang. Phone abang mana?"

"Ada kat bilik. Dian caskan tadi. Kenapa?"

"Ada call masuk tak ke apa-apa ke?"

"Entah, Dian tak tahu sebab Dian matikan. Selalu kan kalau cas memang abang matikan phone,"

"Heish..." serentak itu Haikal terus berlari naik ke atas menuju ke bilik tidur mereka.

Sumpah, hati dia betul-betul tak tenteram sekarang ni!

"Eh, abang!"

Dian yang kini turut sama risau, mengejar Haikal yang sudah pun berada di dalam bilik.

Dilihat sahaja tingkah Haikal yang gusar, menunggu telefonnya hidup semula.

Hati Haikal bertambah risau tatkala banyak notification yang masuk. Lagi risau apabila semua missed calls dan mesej cuma daripada Ibu.

Ya Allah, kenapa ni?

Terus ditekan nombor Ibu, menunggu panggilan dijawab.

"Ibu kenapa? Ibu okay tak?" tanpa salam, Haikal terus bertanya. Tak boleh sabar dah, risau tahap gaban serius ni!

"Hai-- Haikal..."

"Ibu kenapa?!" suara Haikal meninggi saat mendengar suara Ibu yang bagaikan tersekat-sekat.

"Tolong ibu, Kal. Tadi ada orang pecah masuk rumah. Naufal dengan Hana-- hilang,"

Haikal pejam mata.

Allah, astaghfirullah.

"Abang, kenapa ni?" Dian di sebelah memegang lengan Haikal saat melihat reaksi Haikal sebegitu.

"Ibu tunggu sana, call polis, panggil jiran minta tolong. Ibu okay kan? Tolonglah cakap ibu tak apa-apa,"

"Ibu tak tahu, yang ibu ingat ada orang pukul ibu sampai pengsan. Tu je,"

"Allah, ibu tunggu situ. Jangan pergi mana mana. Haikal datang sekarang. Ingat ni Haikal cakap, call polis sekarang jugak!"

Haikal terus menyimpan telefon di dalam poket seluar. Kemudian dia menuju ke almari pakaian untuk menukar baju.

"Abang, kenapa ni? Bagitahulah Dian,"

Dian mengikuti langkah Haikal sehingga turun ke bawah

Sampai di muka pintu, Haikal berpaling. Kedua belah bahu Dian dipegang.

"Duduk rumah, kunci pintu jangan pernah buka even kalau ada orang datang. Dian dengar sini, tidur dengan Iha malam ni. Pintu bilik pun kunci tau? Lampu jangan tutup, biar terang satu rumah. I beg you, jaga diri please. Telefon abang kalau ada apa-apa. I love you," Haikal mencium dahi Dian, lama.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now