💮 28

32.9K 1.2K 15
                                    

Sinaran mentari yang menerobos masuk ke dalam bilik mengganggu lenaku. Terpisat-pisat aku buka mata. Digosok sekejap menghilangkan kantuk yang tersisa.

Pintu balkoni yang terbuka luas menarik perhatianku. Langsirnya yang putih berkibar mengikut alunan angin. Susuk tubuh Naufal yang sedang berdiri menghadap pemandangan luar membuatkan aku memandangnya lama. Gayanya nampak santai hanya dengan memakai t-shirt putih fit dalam tubuhnya dipadankan seluar jeans hitam separas bawah lutut.

Ni dah kenapa pagi-pagi buka pintu besar besar?

Ohoo pagilah sangat, matahari dah nak tegak atas kepala dah baru nak bangun. Macam nilah jadinya kalau diri tu dibagi 'cuti'. Selalunya pasti dibebel oleh ibu kerana tak elok tidur sewaktu dan selepas subuh. Seeloknya sebelum subuh, mata dah celik kalau taknak kena cekik dengan malaikat.

Aku bangun dan duduk di atas katil. Kaki terjulur di bawah. Baju semalam masih tersarung di badan cuma cardigan dan tudung sahaja yang sudah tertanggal. Pasti, seratus peratus Naufal yang melakukan semua itu. Aku ambil getah rambut yang tersadai di atas meja dan ikat ekor kuda rambutku yang panjang mengurai. Nampak serabai kerana hanya menggunakan jari sebagai sikat. Biasalah, kalau dah malas nak menyikat, jari pun dah memadai sebagai pengganti.

Naufal yang sepertinya perasan aku sudah terjaga, berpaling menghadap ke arahku. Senyuman dihadiahkan kepadaku. Kerana sakit hati tentang semalam, aku hanya buat muka beku. Tapi Naufal masih seperti tadi. Tetap tersenyum.

Ah, Naufal tetap Naufal. Senyum memang perkara wajib bagi hidupnya.

"Come, sayang," Naufal menggamit aku pergi ke arahnya. Aku bangkit jua, derhaka ingkar arahan suami, neraka jilat nanti baru tahu. Namun, aku tidak pergi tepat di sebelahnya. Aku hanya menyandarkan tepi tubuhku di pintu balkoni dan memeluk tubuh memandangnya.

"You look mess but yet still beautiful," kata-kata Naufal sedikit pun tidak menyentuh ke dalam hatiku. Aku hanya menjelingnya.

"Nak apa?" tanyaku malas.

"Hm saja. Nak tengok muka baru bangun tidur, tak boleh ke hm?" Naufal melangkah mendekati diriku. Aku memalingkan wajah daripada memandangnya. Wangian yang dipakainya manusuk masuk ke dalam hidung.

Ah, jangan tergoda!

"You act like nothing happen kan?" Naufal mengangkat bahu seolah olah segala apa yang terjadi semalam hanyalah gurauan atau mungkin drama swasta yang tidak mendapat sambutan. Aku mengeluh kasar kemudian berpaling ingin ke bilik air untuk mandi.

"Nanti, Hana," Naufal menarik lembut lenganku. Aku berpaling semula menghadap ke arahnya.

"I'll explain but..." kata kata Naufal terhenti apabila mendengar ketukan di pintu.

"Room service as your request, sir," serentak itu, pintu dibuka dari luar dan beberapa pekerja hotel masuk bersama sebuah troli berisi makanan.

Aku yang terkejut dengan kehadiran mereka ditarik oleh Naufal keluar ke balkoni dan disembunyikan di belakang badannya. Sempat juga dicapai sweater berhood miliknya semalam yang dicampak di sofa berdekatan balkoni. Disarungkan ala kadar ke badanku sekadar menutup lengan dan bahagian bahu yang terdedah dan hood ditarik menutup hampir keseluruhan kepalaku. Kemudian zip ditarik menutupi badanku.

Baguslah, dah macam hantu kelubung dah aku ni.

Selepas membalas sepatah dua kata dengan pekerja hotel tadi, Naufal membuka semula sweater yang disarungkan kepadaku tadi. Muka aku masamkan, protes dengan tindakannya tiba-tiba.

"Apa?" tanya Naufal namun dibalas dengan jelinganku

"Tak sedar diri lah tu badan terdedah, orang bukan mahram masuk bilik takkan nak bagi diorang free show pulak abang sendiri pun belum lagi tengok full," selamba jawapan Naufal membuatkan aku ternganga. Namun ada betulnya juga tindakan Naufal.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now