💮 25

33.7K 1.2K 10
                                    

Masa di Istanbul masih berbaki lagi dua hari. Sewaktu di Cappadocia, aku fikirkan setakat itu sahaja kejutan yang diberikan oleh Naufal rupanya masih ada lagi. Nak aku cerita? Tak payahlah hehehe eh tergedik pula meh aku cerita

FLASHBACK •

Turun sahaja daripada belon udara panas tersebut, Naufal terus membawa aku berjalan jalan di sekitar situ. Seronok aku melihat banyak belon udara panas berterbangan di udara sana.

Tangan yang dipimpin Naufal dihayunkan ke depan ke belakang. Seronok sangat gamaknya abang Naufal kita hari ini ya?

"Sayang nak surprise lagi?" soal Naufal.

"Ada lagi? Penatlah asyik terkejut" jawapan aku dibalas gelak oleh Naufal.

"Okay taklah. Tak surprise mana pun. Abang nak bawa sayang pergi makan. Jom," Naufal menarik tanganku menuju ke satu bukit. Entah mana lokasi ini ditemui oleh Naufal. Aku hanya mengikut langkahnya.

Jalan yang semakin meninggi membuatkan langkah aku semakin perlahan. Aku kelelahan.

"Abang, penatlah," keluh aku.

"Sikit je lagi. Jom," Naufal menarik lagi tangan aku namun aku masih tak berganjak.

"Sayang, kalau jalan rata dah lama abang dukung tapi takut nanti kang kita berdua tergolek sama sama ke bawah. Haa tu nanti bukan sweet namanya yang, tu cari sakit namanya," Naufal membalas dengan senyuman dan terus menarik aku memaksa mengikuti langkahnya.

Naufal memberhentikan langkah secara tiba tiba membuatkan aku terlanggar belakang badannya.

"Hish, nak berhenti bagilah signal," rungut aku cukup jelas untuk didengari oleh Naufal.

Naufal memusing ke belakang menghadap ke arah aku.

"Merungut je dari tadi. Bersyukur sikit okay sayang? Nasib baik langgar abang je. Kalau langgar hati abang? Takpe, sayang tak payah langgar, abang dah buka luas luas untuk sayang," Naufal mengenyitkan mata menghadirkan senyuman di bibirku.

Naufal dan pickup line memang tak boleh dipisahkan ya?

"Kata nak makan tadi?" tanya aku

"Oh yelah. Jom," Naufal menarik aku ke hadapan. Mataku terbuntang luas.

What the...

Sebuah meja disarung dengan sehelai kain alas putih yang jarang berserta dua buah kerusi saling berhadapan turut disarung dengan kain yang sama cuma bezanya diikat dengan reben berwarna merah jambu. Di atas meja pula dihiasi dengan sebuah pasu panjang diisi dengan jambangan bunga tulip merah kegemaranku dan bermacam makanan yang aku tidak tahu namanya.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now