💮 5

41.9K 1.7K 49
                                    

Majlis pernikahan akan berlangsung tiga minggu dari sekarang dan sampai sekarang aku masih belum berjumpa dengan bakal suamiku!

Ibu kata dia berada di luar negara bagi menguruskan sesuatu.

Yelah, CEO mestilah busy kan.

Walaupun dia tidak pergi ke luar negara sekalipun, aku tetap tak akan dapat bertemu dengannya sepanjang tempoh segala persiapan dijalankan.

Ibu kata ini permintaannya. Walaupun pelik, aku hanya turutkan. Aku terkejut sedikit apabila mengetahui dia anak seorang Dato'. Fuh, terfikir juga aku macam mana anak Dato' boleh sangkut dengan aku!

Ibu dan Datin Lia masing-masing sibuk menguruskan majlis perkahwinanku. Tempahan dewan, majlis resepsi dan sebagainya. Untuk baju nikah dan baju sewaktu persandingan nanti aku tawarkan diri awal-awal untuk buat sendiri.

Jimat kos.

Jadi sekarang tumpuan aku sudah beralih sepenuhnya kepada baju kahwin daripada baju rekaan terbaru untuk bulan ini.

Aku pandang baju pengantin yang sudah hampir siap aku kerjakan. Setiap kali melihatnya, setiap kali itulah aku berdebar. Memikirkan status aku yang akan berubah nanti.

Mampukah aku menjadi seorang isteri?

Fikiranku menerawang kepada bakal suamiku.

Siapa dia? Misteri betul.

Seperti tidak mahu menunjukkan diri di hadapan aku. Pelik. Dan bertambah pelik apabila aku bertanyakan tentang namanya kepada Datin Lia, dia pasti mengelak. Ibu apatah lagi, jawapannya tetap sama iaitu 'lupa'.

Aku rasa seperti mereka menyembunyikan sesuatu. Tapi aku malas hendak bertanya lebih lebih jadi aku biarkan.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku.

"Cik Hana?"

"Yes, Farah?"

"Ni untuk Cik Hana, again,"

Farah menghulurkan sejambak bunga tulip berwarna merah kepadaku.

Seperti biasa, pasti terselit 4 kuntum bunga tulip berwarna putih di tengah. Ini lagi satu hal. Sejak aku menerima pinangan tersebut, setiap hari aku menerima bunga yang sama.

Pada mulanya aku hendak buang, namun apabila melihat kad yang terselit sama aku simpan. Habis penuh satu bilik dengan bunga tersebut.

Kenapa aku tak buang?

Takkanlah nak buang bunga yang bakal suami bagi hehe

Setiap hari, kad yang berbeza dengan tulisan dan ayat yang sama.

Your smile make me fly high,
Even higher than the moon.
May Allah ease everything,
I'm sorry, dear sugar <3
- Your husband-to-be -

Aku tak tahu mengapa dia meminta maaf kepadaku. He's so weird.

"Untungnya Cik Hana. Setiap hari dapat bunga. Fresh pulak tu," suara Farah menyentakkan aku.

Aku cuma tersenyum kecil.

Untung ke?

• 🌼🌼🌼 •

AKU duduk di sebelah Ibu yang daripada tadi khusyuk menggubah bunga. Bunga tulip merah adalah bunga kegemaranku. Yang ini aku request sendiri, aku pesan pada Ibu supaya meletakkan sejambak bunga tulip merah ini di atas setiap meja para tetamu.

Ya, aku terlalu suka sangat pada bunga tulip merah. Orang kata bunga ini tiada bau. Namun, entah macam mana deria aku ni tajam sangat agaknya aku dapat bau haruman bunga tulip ni.

Harum, wangi.

Lagi menyegarkan daripada bunga ros kegilaan wanita di luar sana. Bagi aku, bunga tulip lebih romantik daripada bunga ros.

"Ibu..."

Ibu menoleh sekilas sebelum menyambung kerjanya. Tanganku pula gatal mencapai satu kuntum bunga tulip. Walaupun bunga plastik, aku tetap menghidy baunya.

"Hm dia dah balik?"

Aku beranikan diri untuk bertanya. Makin hari makin curious aku dibuatnya tentang identiti bakal suami aku.

"Siapa?"

"Hm tulah," aku mengelak untuk menyebut gerangan yang dimaksudkan.

Malu.

"Tulah siapa?" sengaja tau Ibu ni!

"Itu..."

"Itu siapa itu?"

"Itu bakal suami Hana!"

tabiat aku, apabila disergah semasa aku hendak bercakap, pasti akan terkeluar secara automatik apa yang aku hendak cakapkan.

"Uit, dah ngaku-ngaku bakal suami dah. Angau ke ni Hana," usik Ibu. Mukaku sudah bertukar warna merah.

"Ish, Ibu ni! Mana ada. Hana cuma tanya je. Yelah, tengok muka orangnya pun tidak. Tahu nama pun tak. Macam nak kahwin dengan Mr Anonymous tahu tak," gumamku.

"Ha... suara takyah sedih sangatlah, Hana. Ibu jaminlah orangnya baik. Hana janganlah risau. Kenal lepas kahwin je nanti. Lebih indah hasilnya. Pasal soalan Hana tu, dia dah balik semalam," bebel Ibu sambil tangannya ligat menggubah bunga. Aku hanya memerhati.

"Tapi Hana teringinlah juga nak tahu macam mana orangnya. Pada Ibu semua kacak, Uncle Muthu sebelah rumah ni pun Ibu kata handsome apatah lagi dia ni. Entah-entah tak handsome tak"

Aku memasamkan muka tanda protes.

"Amboi, Hana. Sejak bila pulak ibu kata Uncle Muthu tu handsome? Pandang dia pun tak, tahu!"

Ibu menjeling. Aku gelak melihat reaksi Ibu sebegitu.

"Hana, rupa tak penting pun. Yang penting hati ni hah. Ibu nampak baik budaknya. Beradab, sopan. Ibu tahulah, Ibu yang jumpa dia dulu. Hana tak jumpa lagi janganlah judge macam-macam. Tak elok. Lagipun, Hana dah buat istikharah kan? Allah dah bagi jawapan memang dia jodoh Hana. Hana nak risau apa lagi?" hai mula dah ceramah free Ibu

"Hana bukan apa, Ibu..." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Ibu sudah memotong.

"Ha sudah, sudah. Jangan difikir. Percayalah cakap ibu. Memang dia terbaik untuk Hana. Hana yakin dengan ketentuan Allah, ya? Dah pergi masuk tidur," Ibu mengusap kepalaku sambil tersenyum.

Aku hanya menurut. Sampai di bilik, aku rebahkan diri dan cuba untuk tidur.

Ya Allah, andai benar dia jodohku, Kau hapuskanlah rasa ragu di dalam hati ini.

Kau berikanlah keyakinan yang kuat padaku untuk menjadikannya syurgaku kelak.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now