💮 60

30.9K 1K 24
                                    

Aku duduk sendirian di atas buaian di balkoni bilik. Langit cerah aku tatap. Sudah berhari-hari begini, tatap langit biru waktu siang, langit hitam waktu malam.

Cis, kes rindu Naufal ni aku rasa!

Mana taknya, dah empat hari dia keluar outstation. Rindu...

Telefon di tangan berdering. Cepat-cepat aku angkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Amboi, cepat betul angkat. Selalu kalau abang call, dua tiga kali misscall baru berangkat," aku mengeluh.

Haikal rupanya...

"Hish abang ni. Ada apa call bini orang pagi-pagi buta ni?"

"Pergh cakap macam abang call perempuan lain. Abang saja call, ibu suruh. Dah lama tak jumpa Hana katanya. Maklumlah orang dah bahagia dengan suami. Lupa dah jalan rumah asal," perli Haikal.

Ha bahagia pun kena perli ke? Kang menderita je dia jugak yang menangis lebih!

"Abang kat rumah Ibu ke? Hana ada plan nak pergi tapi Naufal tak ada dekat rumah, outstation,"

"Ohh. Ha dia tak ada tu, keluarlah balik rumah Ibu kejap. Ibu rindu sangat dah ni. Nanti abang call Naufal tolong bagitahu. Hana minta izin sekali tau. Jangan lupa," pesan Haikal.

"Yelah. Kejap lagi Hana sampai lah rumah Ibu. Kak Dian ada sekali ke?"

"Semua ada kat sini. Baliklah. Nanti Ibu masak makanan kegemaran Hana. Dah, bye assalamualaikum,"

Ceh nak letak baru tahu bagi salam. Tadi call main terjah je. Heh

"Waalaikumussalam,"

Sejenak aku terfikir makanan kegemaranku iaitu tomyam seafood. Satu persatu bahan aku mula bayangkan. Apabila terbayangkan sotong dan udang, tiba-tiba tekakku berasa loya seperti hendak muntah.

Terus aku berlari masuk ke dalam bilik air memuntahkan segala isi perut. Lama juga aku di situ barulah habis sehingga tiada apa lagi yang hendak dikeluarkan.

Aku berkumur kemudian meneguk satu gelas air masak yang disediakan di atas meja kecil tepi katil.

Kepala mula berpusing, pening. Aku buka laci meja dan capai panadol kemudian aku telan.

Haih nak pergi rumah Ibu lah nak sakit. Mengada betul.

Tapi kes muntah-muntah ni dah berhari hari aku kena, sejak Naufal pergi outstation lagi. Tak tahulah kenapa. Nak pergi klinik malas.

Seusai itu, aku terus bersiap siap hendak pergi ke rumah Ibu. Malas hendak bersolek, aku biarkan wajah kosong tanpa make up.

Phone aku capai dan dail nombor Naufal. Beberapa kali aku mencuba sehingga akhirnya nombor telefonnya tak dapat dihubungi.

Apakah? Memang tak reti nak angkat call aku langsung?! Kerja lagi penting agaknya dari bini sendiri!

Geram, aku hanya menghantar pesanan ringkas kepadanya. Kemudian terus aku keluar rumah menuju ke rumah Ibu.

Sampai sahaja di rumah Ibu aku terus masuk setelah memberi salam.

"Ibu, Hana rindu!" aku memeluk Ibu seerat yang mungkin.

"Balik pun anak Ibu ni. Ibu pun rindu Hana,"

Ibu mencium kedua-dua belah pipiku. Aku turut melakukan perkara yang sama. Rindu sangat sangat tahu. Dah berbulan tak jumpa.

"Kenapa muka Hana pucat ni? Sakit ke?"

"Huh? Yeke? Takdelah. Hana tak sakit pun, cuma lately ni Hana asyik pening je,"

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now