bab 37

603 9 0
                                    

(FARRID P.O.V)

Aku membersihkan pusara milik kembarku lalu kubersihkan pusara tersebut.

Aku memandang pusara tersebut dengan penuh sayu dan sedih.Aku memegang batu nisan.

RAJA MOHD FARRIS SHAH BIN RAJA HASHIM

Bulan ni genap lapan tahun kau pergi tinggalkan kitorang. Aku nak cakap something ni kat kau, kau nak tau tak aku sekarang dah jadi C.E.O  PARAKDIKMA HOTEL BERHAD.Asalnya papa nak kau yang jadi
C.E.O waktu umur kau 23 tahun tapi sebabkan kau pergi cepat sangat, papa jadikan aku C.E.O syarikat tu.

Dan alhamdulillah, dengan hasil usaha aku, syarikat tu dah makin maju dan berkembang.Banyak dah syarikat lain nak jadi rakan kongsi syarikat kita.Kalau kau ada mesti kau bangga kan?

Farisha? Dia dah nak habis praktikal dah.Dia praktikal kat syarikat tu enam bulan je.Tapi insyaallah aku akan ambil dia kerja terus lepas dia habis belajar.

Kau tau tak? Amir dan kahwin dengan nana, ain pulak dah bertunang dengan farhan.Wani? Aku rasa on the way kot dengan kashaf hahaha.Aku? Masih alone forever.Tak de siapa nak.

Ketika aku leka bercakap sorang sorang tiba tiba bahuku terasa ditepuk seseorang.

"Assalamualaikum wahai abang kembarku.Sihat?"

Aku tak perlu untuk memandang kerana aku tau itu dia.Setitis demi setitis air mata lelakiku jatuh.

"Asal kau nangis rid? Ahaha macam budak budaklah kau ni.Tau tak aku rindu kau?"

"Ris, asal kau pergi awal sangat ris? Tau tak aku tak ready nak hilang kau?" soalku.

"Dah ajal aku nak buat macam mana? Kita tak boleh nak lawan takdir rid.Kita kena redha je."

"Ak..aku tak boleh terima kau pergi." kataku dengan suara yang serak akibat menahan nangis.

"Kau kena terima jugak rid.Aku datang sini sebenarnya ada hajat.Boleh kau tolong aku? Aku rasa kau sorang je boleh tolong aku."

"Kau cakap je.Aku boleh tolong." ujarku lalu aku memandang wajahnya.Aku terkesima seketika.Wajahnya sangat bersih, langsung tak ada cacat cela pada wajahnya.Dia berpakaian jubah berwarna putih cerah.Tak dapat digambarkan waktu tu lagi lagi dia tengah senyum.

"Sebenarnya aku bukan nak mintak tolong.Aku nak bagi amanah kat kau."

"Apa dia?" soalku.

Dia mendekatkan mulutnya pada cuping telinga dan dia membisikkan sesuatu.

"Amanah aku pada kau adalah kau kena kahwin dengan farisha.Aku nak kau bahagiakan dia, gembirakan dia balik, ceriakan dia balik macam aku pernah buat dulu.Aku tau dalam sudut hati dia, dia masih tak boleh terima pemergian aku.Boleh kan?"

Seperti air liurku tersekat di kerongkongku.Kawin?

"Aku tau kau adalah jodoh ditetapkan tuhan untuk menjaga farisha, bukan aku.Kau adalah lelaki terbaik yang boleh bimbing dia ke syurga dan aku percaya semua tu.Masa aku dekat sini dah nak habis, aku nak cakap yang aku saaayang kau.Kirim salam dekat keluarga kita, kawan baik kita dan kirim salam sayang aku dekat farisha.Assalamualaikum."

Dia sempat mengucup pipiku sebelum dia hilang seperti asap.Mana dia pergi?

******

Kemudian aku terjaga dari lelapku dan aku memandang keliling.Aku masih dikubur tapi di bawah pondok.

Aku tidur ke tadi? Bukan aku dekat kubur farris ke? Siapa yang bawak aku?

"Encik?" panggil seorang wanita.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now