bab 31

252 12 0
                                    

(NANA P.O.V)

Semasa aku hendak mencari matus, badanku ditolak tiba tiba dan membuatkanku terjatuh.

Tidak cukup dengan kena tolak tadi, dia heret aku masuk dalam tandas wanita.Hamba allah mana pulak ni nak bawak aku masuk tandas, belum time dia lagilah.

Kemudian dia tolak aku di dinding.Awwch!!? Sakit lah??!

"Kau ni kan yang praktikal dengan doktor amir tu kan?" Katanya.

"Ye saya kak." kataku menahan sakit di bahagian belakangku.Perempuan ke pondan ni hah? Tolak bukan main kasar lagi.

"What akak?! Kau nampak aku ni macam kakak kau ke? Kau panggil aku marissa.Doktor marissa." katanya.Lah doktor ke.Ingatkan pesakit mental mana tadi.

"Maafkan saya doktor." ujarku.

"Aku dengar kau ni tunang amir.Betul ke?" soalnya.

Mana dia tau aku ni tunang amir? Dari mana dia tau? Matus? Adam?

"Kau ni pekak ke apa!!? Aku tanya tu jawab jelah!!?." herdiknya.

"Y...ya saya tunang dia.Kenapa?" jawabku.Aku sempat menjeling nametag nya.Marissa.Nama lawa tapi sayang, wajah tak selawa nama dia.

"Aku just nak kata kesian dekat kau je." kata marissa.

"Kenapa pulak nak kesiankan saya?"

"Kau tau tak amir tu still my boyfriend till now.Do you know that?" jawabnya sambil ketawa.

"How did you know amir still is your boyfriend?" soalku inginkan kepastian.

Tak mungkin amir sanggup menduakan aku dengan perempuan lain? Tak kan dia masih lagi dengan sifat playboy dia?

"Look." kata marissa lalu menunjukkan gambar di phonenya.

Aku mendekatkan mukaku dengan screen phonenya.Aku masih tak percaya.

Itu amir dan marissa sedang berdiri dengan jarak yang agak dekat dan siap tersenyum bahagia.

Serta merta air mataku berjujuran seperti derasnya air mengalir.Sampai hati awak buat saya macam ni!

"Ouh~ you crying ahahaha sooo sad.Be strong.He need you when he bored." kata marissa.

Marissa memelukku dan berlalu keluar dari tandas.Aku masih tak percaya semua ni.Adakah ini petanda yang aku tak ada jodoh dengan amir? Jadi sia sia sajalah hubungan yang aku kekalkan selama lapan tahun ini?? Ya allah~

Aku mengambil tissue dan mengelap air mataku.Aku keluar dari tandas seperti biasa.

"Babe!!" jerit matus dari arah belakang.

"Asal kau ni tiba tiba jerit ni? Ingat ni rumah ke apa?!" marahku.Dahlah aku tak ada mood sekarang.

"Heheh peace.Janganlah marah." kata matus.

"Babe asal mata kau merah ni??" soal matus lalu memegang pipiku yang tembam tu.

"Wei, kau nangis ke doh?!" kata matus.Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya.

"Asal kau nangis ni?" soal matus lagi.

"Nampak sangat ke merah dia?" soalku sambil memegang mataku.

"Ya allah nana, sebab aku nampaklah aku tanya" katanya.

"Tadi aku tengok cerita hantu." bohongku.

"Ada ke orang menagis bila tengok cerita hantu?" soal matus sambil membuat muka blur.

"Er..."

"Ni mesti sebab amir kan? Amir ada buat apa apa dekat kau ke?" soal matus bertubi tubi.

BILA HATI KATA SAYANGHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin