bab 37

344 11 5
                                    

(AZA P.O.V)

Kurang ajar punya author! Kau tau tak, lama aku tunggu kau nak buat aku punya p.o.v! Sekarang baru dapat?!(tak ada idealah sayang hehe)

*******

"Cikgu!" panggil salah seorang anak muridku.

"Yes rykal? Kenapa?" soalku lalu pergi ke arah rykal.

"Cikgu ni cantiklah! Cikgu jadilah cikgu terus dekat sini~" pinta rykal.

Aku hanya tersenyum sahaja.Yes! Nama aku nur azarina binti shahrul nizam, berumur 24 tahun.Aku praktikal di salah sebuah sekolah tadika di KL.Aku sukakan budak budak jadi sebab tulah aku nak jadi cikgu tadika.

"Insyallah cikgu ajar sini terus eh?" kataku lalu mengusap kepala rykal.

"Assalamualaikum." Kata seorang lelaki yang memakai jeket itu.

"Waalaikumusalam.Ye cik nak cari siapa? Anak eh? Maaflah sekarang masih waktu belajar lagi." jawabku.

"Eh tak! Saya tak kawin lagi." jawab laki tu laju.Habis? Kalau kau tak kawin lagi, kau datang sini kenapa? Cari bini?!

"Cari isteri?" soalku dan dia menggeleng.

"Saya datang nak cari awak." kata lelaki tersebut.Aku cuba pandang lelaki tersebut tapi gagal sebab dia tutup muka dia pakai cap dan berkaca mata.

"Awak siapa eh?" soalku.

"Marilah borak dekat luar sekejap" katanya lalu menarik tanganku.

Di luar kami hanya berdiam diri.Di sebalik kaca mata hitamnya, aku tau dia sedang memandangku.

"Awak tak kenal saya lagi ke?" soal lelaki itu.

"Tak."

Dia membuka topinya lalu mengemaskan semula rambutnya.Hensem! dan membuka spek matanya.

"Farhat?" Kataku perlahan.

"Yes saya farhat.I miss you so much." Katanya.

"Apa awak buat dekat sini? Kan saya dah kata jangan cari saya lagi!" marahku.

"Sayang, saya minta maaf.Saya tau saya salah dengan awak." Katanya.Dia ni farhat, my ex boyfriend.Dia ni peguam terkenal di malaysia.

Dan yes, kami pernah bertunang selama 4 bulan tahun lepas dan dah merancang nak kawin tahun ni tapi tiba tiba tak jadi.Katanya dia dah perempuan lain yang jauh lagi cantik dari dan semestinya lagi sexy dari aku.Apa aku yang pakai tudung ni tak sexy ke?!

Tanpa pengetahuan aku, dia pergi jumpa family aku untuk minta putus dengan aku.Dan yes, family aku kecewa kerana family aku memang nak farhat jadi anak menantu diorang sebab dia baik dan berbudi bahasa.

Tapi diorang tak tau, sejak farhat jadi terkenal, dia dah berubah dan dah tak macam dulu.Aku hanya sabar je dengan perangai baru dia tu.

"Kalau dah tau awak tu salah, jangan jumpa saya lagi.Saya dengan awak dah tak ada apa apa lagi faham?!" kataku.

"Saya tau awak rindukan saya kan?" ujarnya.

Memang sejujurnya aku rindu kan dia.Perasaan ni tak dapat dibendung lagi.Aku cuba nak lupakan dia tapi tak boleh.Bayangkan tujuh tahun aku bersama dengan dia, kenangan pahit, manis semua kami dah sama sama lalui dah.

"Tak langsung." kataku lalu cuba memandang tempat lain.Tolonglah pergi farhat, aku tak nak menangis depan kau.

"You'r lying." katanya.

"Pergilah balik farhat.Tak manis orang pandang kita." Pintaku.

Aku meninggalkan farhat keseorang di luar.Aku masuk kedalam dan buat macam tak ada apa apa berlaku tapi sebaliknya?

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now