bab 20

256 7 0
                                    

Sebelum menghantar ain pulang, aku singgah di stesen minyak kerana minyak keretaku hampir habis.Tiba tiba aina terjaga dari tidur.

"Papa nak pergi mana?" soal aina mamai sambil menggosoak matanya.

"Papa nak pergi isi minyak." kataku dan mengusap kepalanya.

"Aina nak ikut?" kata aina.Aku senyum dan mengangguk lalu mendukung aina keluar dari kereta.

"Papa.Kenapa kereta kena bagi minum? Kereta kan mana ada hidup." soal aina.Aku mencium pipi aina.Aku dah mula sayang kat budak kecik.Macam hanna perangai dia.

"Kenalah bagi minum.Nanti kalau tak bagi minum kereta ni nanti kereta ni berhenti dekat tengah jalan.Kalau berhenti aina dengan mamalah kena tolak.Nak tolak?" kataku.Tadi aku sebut mama ke tadi?

Aina menggeleng kepala tanda tak nak tolak.Tergelak aku melihat muka aina tiba tiba pucat.

"Kalau macam tu papa kena bagi kereta tu minum.Aina tak nak tolak kereta papa.Kereta papa berat." rungut aina.

"Okay jom kita isi." Aku masuk ke dalam petronas untuk membayar minyak kereta sambil tu aku beli sekali air minum.

"Aina tak nak beli apa apa?" soal ku.

"Aina nak beli susu coklat yang dekat atas tu tapi aina tak sampai." katanya sambil menunjuk air susu coklat dutch lady.Aku mencapai dan memberi aina.

"Aina nak tu je?" soalku lagi, aina mengangguk.Aku mendukung aina dan pergi ke kaunter pembayaran.

"Ni saje cik? Semuanya RM 26 ringgit." kata pekerja perempuan tersebut.Aku memberinya wang 50 ringgit dan mengambil bakinya.

"Papa nak dukung." kata aina.Aku menurut dan mendukungnya.

"Comel anak cik.Macam ayahnya jugak."

"Haha terima kasih." kataku dan berlalu keluar..

"Aina masuk dalam eh? Papa nak bagi kereta ni minum." kataku.Aina masuk ke dalam kereta.Pintu kereta sebelah pemandu terbuka.

"Kau beli apa tadi?" soal ain.

"Aku beli air aku dengan air aina.Untuk kau aku beli jajan je."
kataku.Ain tersenyum dan menutup semula pintu kereta.Kemudian aku masuk semula ke dalam kereta.Aku lihat ain dan aina menonto youtube di phone milik ain.Didi and friend??!

"Kau layan cerita didi and friend? Aku ingat hanna je yang tengok didi and friend." kataku.

"Biarlah.Aku suka lagipun diorang ni cute macam aku kan aina? Mama comel kan?" kata ain.Aina mengangguk.

"Sebab tu aina pun comel.Ikut mama." kata aina.

"Mama.Aina selalu tengok kawan aina main dengan adik dia.Aina tak ada adik pun, aina pun nak jugak main sama sama dengan adik aina.Mama kalau aina nak adik boleh tak?" pinta aina.Muka ain dah pucat habis bila aina mintak adik.Aku gelak je.

"Ni semua salah kau tau tak?" kata ain.

"Eh?! Asal salah aku pulak.Kau yang nak sangat jaga dia kan?"

"Memanglah aku nak jaga dia tapi masalahnya benda ni punca dari kau.kau yang pandai pandai gelarkan diri kau papa pahal? Tengok dia minta adik dekat aku." kata ain malu.

"Kalau macam tu kau cakaplah dekat aina yang kita ni bukan mak ayah dia." ujarku.

"Aku tak sampai hati."

"Habis kau ingat aku ni sampai hati ke bila tengok dia nangis nangis sebut papa dia? Kita ni buat semua ni pun bersebab.Ni salah satu nak buat aina ni berhenti nangis.Kau ingat aku nak sangat ke berlakon jadi ayah? Kita ni muda lagi tau tak? SPM pun tak lepas lagi lagipun kau yang nak jaga dia so pandai pandai lah nak jaga dia." marahku.Terlihat ain hanya memandang bawah.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now