bab 21

246 9 0
                                    

Pada keesokan harinya.Aku bersiap seperti biasa tapi hari ni berbeza sikit, Aku kena bangun awal pukul 5.00 pagi aku kena bangun.Nasib baik family aku kasi aina ni duduk sini.

Trowback.

Sesampai sahaja di depan rumah.Muka aku dah pucat sebab takut family aku tak bagi aina duduk sini.Nenek aku dah ada depan rumah dah tu.

"Kau ok tak ni ain?" soal farhan.

"Kau nampak muka aku sekarang ni ok ke tak?" kataku.

"Jangan risaulah.Kalau nenek kau tak bagi pun biar aku je jaga aina."

"Tapi kau kan nak pergi london.?"

"Macam aku tak boleh bawak aina sekali je." katanya.

"Hmm..yelah." aku turum dari kereta bersama aina dan farhan.Farhan menyalam tangan nenekku dan paksu ku.

"Siapa ni farhan?" soal wan aku.

"Jomlah masuk dalam dulu.Nanti han cerita." katanya tenang sambil mendukung aina yang sedang tidur.

Farhan menceritakan dari A sampai Z manakala wan, paksu, pak cik dan isteri dia, abang dan kakak aku menjadi pendengar setia.

"Eish mak apalah macam tu.Tak berperikemanusiaan betullah!!" marah akak ku.

"Ntah! Ada anak buat macam tak de anak!! Nilah manusia sekarang, tak bersyukur apa yang tuhan dah bagi." kata abangku.

"Jadi, kira bolehlah eh aina duduk sini?" kataku ragu ragu.

"Boleh saje." kata wan.

"Yaeyyy!!" kataku teruja.

END TROWBACK

"Mama buat apa tu?" kata aina.Ya allah budak ni.Kalau aku mati terkejut macam mana? Dia ni sama macam nana, farisah dengan farhan.

"Mama tengah siapkan air panas.Nanti kalau aina mandi tak delah sejuk nanti." kataku.

"Tak pelah mama, aina dah biace mandi air cejuk.Kecian mama buatkan air panash untuk aina." katanya.

"Tak pelah, mama dah terbuat nak buat macam mana? Awalnya aina bangun? Aina nak mandi tak?" soalku.

"Tadi aina ingat nak pergi tandash cebab aina nak tencing.Lepas tu nampak mama kat dapur." ujar aina petah.Bila cakap dengan aina ni tiba tiba teringat dekat si hanna.Dah lama tak jumpa dia.

"Aina terkejut ke?" kataku.Aina menggeleng kepala.

"Aina nak mandi?" kataku.Aina hanya mengangguk.Aku menolong aina membuka pakaiannya.Uishh putih melepak badan dia.

"Mama~ aina nak mama mandikan aina boleh tak?" pinta aina.

"Mestilah boleh.Ok jom masuk bilik air." kataku.

"Mama dah mandi?"

"Belum lagi.Bau busuk dah ni." kataku..

Selesai memandikan aina dan siap memakaikannya baju, giliran aku pula untuk mandi.

20 minit kemudian

Selesai aku mandi dan memakai pakaian sekolah dan selesai menunaikan solat subuh.Aku mengajak aina ke dapur untuk breakfast.

"Eh anak buah banglong dah bangun? Awalnya." kata abangku.Walaupun baru semalam diorang jumpa tapi macam dah lama kenal dan diorang dah anggap aina ni macam family sebenar diorang.Alhamdulillah.

"Pak su mana wan?" soalku.

"Kau nak apa hah pak su..pak su" kata pak su.

"Lah pak su duduk situ ke? Patutlah tak nampak hahah."

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now