Bab 28

210 13 0
                                    

Hari yang ditunggu akhirnya tiba dimana aku kena buat praktikal di Syarikat Empira Holdings.Kenapalah aku tak sama praktikal dengan kawam kawan aku yang lain??

EMPIRE HOLDINGS

Aku mencari guard disitu tapi tak jumpa.Tak kan diorang cuti pulak kan??

Bahuku tiba tiba dilanggar oleh seseorang dan aku jatuh manakala buku dan kertasku berterabur.OMAIGADD!!!

"Cik maafkan saya cik.Saya tak sengaja, saya tak nampak." Kataku gelabah.

"Heii pompuan!! Mata letak mana? Kalau dah buta tu butalah jugak!!" herdiknya.

"Yelah, saya buta.Saya mintak maaf." pintaku lagi.Wanita tersebut merengus dan berlalu pergi.

"Assalamualaikum puan." tegut seseorang dari arah belakang.

"Ooo mak kau!!" latahku.Aku toleh kebelakang dan ternyata pak guard menegurku.Ya allah pak guard, mana pak cik pergi~ penat saya cari.

"Ya allah pak cik!? Saya mintak maaf, saya minta maaf."Kataku lagi. Ya allah malunya aku, dahlah ramai pandang aku.

"Eh eh tak pe nak.Ni anak ni siapa? Nak cari siapa?" soal pak guard atau pak ali.

"Saya nak jumpa dengan C.E.O syarikat ni boleh? Saya praktikal dekat sini pak cik." kataku sopan.

"Ouh budak praktikallah ni.Meh ikut pak cik." arahnya dan aku mengikutnya.

Perghh!! bapak ahh, besar gile kot syarikat ni!? Ada cafeteria lepas tu ada market lah.Gaji diorang ni mesti besar kan paling paling kena ada tiga angka kosong kat belakang.Nampak tak jakun dia dekat situ.

Aku naik lift untuk ke tingkat 8 dimana terletaknya bilik C.E.O iaitu Tengku Farhan Haikal punya bilik.Dah lama tak jumpa dia, 8 tahun kot!! Mesti dia dah hensem gila kannn??

"Ni bilik dia.Masuklah ye? Pak cik minta diri dulu assalamualaikum." katanya meminta diri dan aku sempat mengucapkan terima kasih.

Di pintu biliknya tertera namanya sebagai seorang c.e.o.

CEO EMPIRE HOLDINGS

TENGKU FARHAN HAIKAL
BIN TENGKU HISYAM.

Aku baca doa dulu sebelum masuk, aku mengetuk pintu kemudian aku memulas tombol pintu biliknya dengan perasaan gemuruh.

Aku terkejut bukan sebab aku happy dapat jumpa farhan tapi sebab diorang buat benda tidak elok dimata masyarakat.

Wanita yang aku jumpa tadi duduk diatas riba farhan tapi farhan macam tak kisah malah merelakan.Hati tiba tiba sakit pulak.

"Ehem..assalamualaikum." kataku memulakan bicara.

Ya, mereka berdua terkejut dan wanita tersebut terus bangun manakala farhan pula membetulkan tie nya semula.Perlu ke aku rasa sedih? Nak menangis?Ya, jujur aku cakap yang aku suka dia tanpa aku sedar.

"Amelia, you keluar dulu eh? Lunch nanti kita jumpa ye sayang?" kata farhan.

"Ala~" katanya manja.

"Sayang, tak bolehlah macam ni. Malam nanti kita enjoy okay?" ujar farhan.

"Promise me?" kata amelia.

"Ye. I'm promise." katanya.Sebelum amelia keluar dari bilik tersebut, dia sempat menghadiahkan satu kucupan di bibir farhan manakala farhan membalasnya.

Aku sedih, kecewa dan nak nangis.Mana farhan yang lama? Kenapa dia dah lain? Apa dia buat dekat london tu? Dia dah lain.Yang depan aku sekarang adalah farhan yang baru.Lepas ni kau kena bawak tissue banyak banyaklah.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now