bab 38

429 15 4
                                    

(NANA P.O.V)
2 BULAN KEMUDIAN..

"Nana, kau kena tenang tau." ujar ain memberi kata kata semangat.

"Aku takut.." ujarku.

"Kau nak takut apa? Bukan kau yang salam tangan tok kadi." kata matus.

"Memanglah aku tak salam tangan tok kadi! Tapi aku takut sebab aku gemuruh." kataku lalu memegang dada.

"Alah, relax lah. Lama lama gemuruh tu akan hilang.Kau tengok? Habis dah muka buruk dek peluh tu." kata aza lalu mengelap tisu pada wajahku.

Kemudian, umiku masuk dan mengatakan bahawa pengantin lelaki sudah sampai.

"Umi..adik gemuruh." kataku.

"Tak pe nak. Nanti lama lama gemuruh tu hilang dan bahagia akan datang." kata umi lalu duduk disebelahku.

"Err..mak cik, kitorang keluar dulu ye mak cik." pinta wani lalu mereka pun menapak keluar dari bilik tu.I need privacy!

"Lawa betul anak umi ni, nampak dah seri dia." puji umiku.

"24 tahun umi jaga anak perempuan umi ni.Hari ni dah kawin dah, ingat! Bila dah kawin jangan derhaka cakap suami.Berdosa.Syurga isteri bawah tapak kaki suami tau." kata umi lalu memelukku.

Ntah kenapa ayat umi macam sebak.Mungkin sebab umi nak lepaskan aku dekat amir?

"Dah, jom turun.Pengantin lelaki dah tunggu dah tu." ujar umi sambil mengesat air mataka lalu mengiring aku untuk turun ke bawah.

*****
DUP..DAP..DUP..DAP

Semasa aku lihat amir sedang menyalam tangan tok kadi, jantungku laju berdegup.Macam nak pecah!!

"Syed mohd amir bin syed irham!" panggil tok kadi.

"Ye saya." ujarnya.

"Aku nikahkan akan dikau dengan Hannanah ainul wafa binti jasmi dengan mas kahwinnya sebanyak RM 10,000 tunai." ucap tok kadi.

"Aku terima nikahnya Hannanah ainul wafa binti jasmi dengan mas kahwinnya RM 10,000 tunai" ucap amir.

Dan dengan sakali lafaz, aku sudah menjadi isteri kepada syed mohd amir yang sah!

"Alhamdulillah." kata tok kadi lalu mengaminkan doa.

Amir datang kearah untuk membuat pembatalan air sembahyang.

"Assalamualaikum bidadari abang." katanya.Auch! Soo sweett!

"Waalaikumusalam." ujarku malu.Nak pandang suami pun malu ke!

Aku menghulurkan tangan lalu dia menyarungkan cincin di jari manisku.Dan dia juga menghulurkan tangan untuk aku sarungkan cincin kemudian dia mengucup dahiku lama.

"Hei, kenapa abang rasa macam tak sabar nak tunggu malam datang eh?" usik amir.Muka aku dah membahang tahan malu.Dia ni waktu waktu macam ni pun boleh kan gatal dia!

"Amir, nak cakap tu jangan kuat sangat.Aku yang dengar ni rasa nak muntah." kata ain.

"Taulah jeles." kata amir.

Dan pada masa itu umi datang kearah kami.

"Mir." panggil umi.

"Ya umi." jawab amir.

"Umi lepaskan anak umi ni untuk amir.Jaga dia, didik dia jadi isteri solehah, bimbing dia ke jalan yang betul." pesan umi.

"Adik, apa yang suami nak tu kena bagi, jangan sesekali tinggikan suara dekat suami, jangan jadi isteri derhaka.Syurga isteri dekat bawah tapak kaki suami." pesan umi padaku.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now