bab 38

869 17 6
                                    

(NANA P.O.V)

Di meja makan, kami semua bising dan asyik tergelak sebab abang abangku buat lawak.

"Umi, umi nak tau sesuatu tak?" soal angah a.k.a hanafi.

"Tau apa? Angah nak masuk pinang anak dara orang ke?" kata umiku.Angah menggeleng laju kepalanya.Angah nak cerita soal kawin? Mintak simpang 3 lah!

"Habis apa?" soalku pula.Sambil aku teguk sekali air orenku.

"Malam semalam kan waktu angah nak pergi dapur nak minum air.Tau tak angah dengar apa dekat depan bilik adik umi?" kata angah serius.Aku pun nak tau jugak dia dengar apa dekat depan bilik aku.Ada hantu? Vampire?

"Dengar apa?" kata along
a.k.a hakim.

"Angah dengar orang jerit 'Ah' 'Ah' umi.Kuat gila umi.Ntah apa ntah diorang berdua buat dalam bilik tu." perli angah.

Akhirnya air yang aku minum tu pun tersembur.Memang tepat tepat kena muka mamat dua orang ni.Muka diorang pun redha je ahahaha.

"Alah biasalah bro.Nak bagi umi dengan abah cucu cepat kan? Ahahah." kata amir.Ni lagi sorang! Layan je abang abang aku.

"Berapa kali kau ngap adik aku semalam?" usik along.Muka aku jangan cakaplah! Merah gila gila!!

"Tak sampai 4 kali pun ahahahaha!" gelak amir lalu dia mencium pipiku yang merah tu.

"Dah dah.Along, angah, amir, jangan usik lagi si adik ni.Dah merah dah muka dia." ujar abah.

"Hmm tak lama, timang cuculah kita bang." kata umi pulak malah aku hanya tersenyum.

          *******

Aku masuk kedalam bilik lalu kubuka tingkap sebesar besar alam.Dan aku melihat sekeliling.Tak sangka taman bunga mini umi lawa jugak kalau tengok dari atas!

"Tengok apa tu?" soal amir lalu dia memelukku dari belakang dan dagunya diletakkan diatas bahuku.Terkejut aku!

"Bila masa awak masuk? Tak perasan pun?" soalku lalu kutoleh kepalaku kebelakang.

"Macam mana awak nak perasan kalau awak asyik tengok bawah je." sindir amir.

Kemudian dia memusingkan badanku menghadapnya dan tangannya diletakkan ditepi so aku terperangkaplah!

"I just want to say thanks"

"For what??" soalku.

"Sebab bahagiakan saya." katanya.

"Setiap orang harus diberi kebahagiaan awak" ujarku.

"Cuba bayangkan kalau saya dah tak ada.Awak boleh hidup tak?" soal amir tiba tiba.

"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tak sukalah!" marahku.

"Yelah, mana tau kalau saya pergi dulu ke.Kita tak tau kan? Ajal di tangan tuhan." ujarku.

"Memanglah ajal kat tangan tuhan tapi janganlah meminta nak pergi.Kata nak sehidup semati." ujarku lalu tangannya aku gosok lembut.

Tiba tiba dia menarik aku lantas memelukku erat.Aku hanya membalas.Dia mencium pipiku berkali kali.

"Untung saya dapat isteri macam awak.Saya bersyukur sangat.Tak sia sia saya bercinta dengan dari sekolah." katanya lagi.

"Dah namanya jodoh, tak bercinta pun boleh kawin.Macam kawan kawan kita, semua bercinta dengan kawan kawan kita jugak." ujarku lalu aku meleraikan pelukannya.

Selepas itu dia menggosok perutku.Terkejut aku!

"Baby jangan ngada ngada eh?" katanya spontan.

"Apa awak ni.Baby belum ada lagi dalam perut ni pun hahah." kataku.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now