bab 19

246 12 1
                                    

Setelah sampai di Putrajaya aku mengejutkan ain dari tidur.Dia ni kan?! Memang hobi dia tidur ke? Asal masuk kereta je lelap dah.

"Ain.Bangunlah dah sampai ni." kataku.Sah dia ni tidur mati ni.

Aku mendekatkan bibirku di telinganya yang ditutupi tudung itu.

"Siapakah tuhan kamu~" ujarku.Dan mata ain terus terbuka dengan besar sekali.Aku tak dapat nak tahan gelak.Ya allah sakit perut.

Wajah ain yang putih tu sudah bertukar kepada merah.Nampak gaya kena pujuk lah ni.

"Kau fikir lawak ke kau kejutkan aku macam tu hah!!? Lawak ke!! Kau tau tak aku tengah mimpi arwah atuk aku?! Aku rindu dia?!" betaknya dan berlalu keluar meninggalkanku.Aku pun keluar dari kereta dan mengejarnya.

"Ain.Sorry aku tak sengaja doh." pujukku.Ternyata ain tak makan dengan pujuk aku.Aduh susahlah ceni.Hah!? Dia suka makan coklat.

"Ain kau tunggi sini tau.Aku nak gi kedai kat situ kejap." kataku dan pergi.

Setelah selesai aku beli coklat kegemarannya iaitu cadbury aku pergi ke arah ain dan memberinya coklat.

"Untuk apa ni?"

"Tanda mintak maaf sebab kejut kau macam tu tadi." kataku.Ain tersenyum dan mengambil coklat tersebut dan mematahkan menjadi dua.

"Nah." katanya dan memberiku coklat yang dia patahkan tadi.

"Makanlah.Aku pun nak mintak maaf jugak sebab marah kau.So kosong kosong hehe." katanya jadi aku pun mengambil coklat tersebut dan disuakan ke mulutku.Sedap.

"Farhan.Tu bukan wife to be kau ke? Dengan laki lain tu.Sapa tu.?"
kata ain. Aku menoleh ke belakang dan ternyata itu fasha bersama lelaki lain.Hmm sape tu?

"Kau tunggu sini.Aku nak pergi dekat diorang kejap." semasa aku nak pergi, terasa bajuku di tarik.

"Aku nak ikut gak." kata ain.

"Ishh cepatlah." kataku.Ain tersenyum dan mengikutiku.

Aku lihat fasha sedang berpelukan dengan lelaki tersebut.Dan hampir nak terjerumus ke arah kemaksiatan.

"Eh!? Mak ayah dia tak ajar agama ke? Tu islam ke kafir? Ya allah hari ni kita dapat dosa free sebab tengok benda tak elok.Fasha tu kan baru 16 tahun.Kenapa perangai macam bohsia" kata ain.Boleh tahan gak mulut dia ni kan.

Aku mengelurkan phoneku dan menangkap gambar pasangan sejoli tersebut.Habislah kau fasha.Gambar ni aku post kat mak kau.Selepas tu aku pergi kearah mereka.

"Seronok? Buat maksiat kat tempat terbuka ni?" kataku tersenyum sinis.Mereka terkejut melihat aku tiba tiba datang sergah mereka.Lagi lagi fasha.Kecut habis, pandang muka aku pun tak nak.

"Macam ni ke nak jadi isteri aku? Ini ke bakal lahirkan anak anak aku nanti.Silap silap yang lahir tu bukan anak aku ntah ntah anak jantan mana ntah!!" kataku.Fasha tidak bercakap.

"Muka aku ada dekat tanah ke? Kau pandang muka aku sekarang!? PANDANGLAH MUKA AKU AKU CAKAP!!" tengkingku membuatkan pelancong memandang tepat kearah kami.Ain pulak melatah hahaha.Fasha terus memandang muka aku.

"Mana maruah kau sebagai perempuan? Mana air muka kau? Kau nak burukkan nama family kau ke fasha?! Kau tu baru 16 tahun.Orang suruh pergi sekolah kau melencong pergi kelab, tempat setan!!? Kau dah tak sabar sangat nak buat anak ke fasha?!! Aku tak sangkalah kau macam ni?! Ini lah satu sebab kenapa aku tak nak kawin dengan kau.Kalau mak kau tau perangai anak kesayangan dia macam ni mesti dia kecewa kan?" kataku sambil menunjukkan photo yang aku tangkap sebentar tadi kearah fasha. Terkejut beruk kau fasha.

BILA HATI KATA SAYANGWhere stories live. Discover now