Tak Bertajuk 86•

23 4 2
                                    

Penunggu setia
Kau tahu semua cerita
Kau nampak semua derita
Semua kerana cinta.

Pernah rasa? 
Bercinta dengan pendusta hati
Bercinta kerana simpati
Dan pergi biarkan aku hampir mati.

Pernah rasa? 
Bercinta bagai nak rak
Biar setia itu yang marak
Hasilnya pedusta buat hati koyak rabak.

Pernah rasa?
Bercinta dalam segitiga
Tutup kecewa luka
Terima diri sendiri hidup bertiga.

Pernah rasa?
Pedusta yang aku puja-puja
Konon dia segalanya
Hakikat aku di terima kerana terpaksa.

Pernah rasa?
Manusia kau cinta
Bagai nak gila tanpa fikir apa-apa
Esok lusa aku yang di hina.

Pernah rasa?
Layankan semua
Biar jadi memori bersama
Hakikatnya satu mimpi ngeri dan fobia

Bukan sehari
Bukan dua hari
Tapi 6 tahun menanti
Akhir sekali pedusta tetap angkat kaki.

Aku? 
Menanti lagi
Sampai waktu berdiri
Aku bangkit dan sembuh diri.

Semua nya kerana cinta
Aku dia terima kerana terpaksa
Aku terima kerana cinta
Ikatan tu tak selamanya.

Kerana cinta melalaikan diri
Harapan tinggi pada hati aku yg tanam sendiri
Hakikatnya
Aku mati bermain otak sendiri.

PUISI TAK BERTAJUK Where stories live. Discover now