Bab 12

1.5K 99 25
                                    

Petang itu matahari melimpah dengan malap. Suasana agak suram. Seperti berlaku sesuatu yang memilukan.

Sakura bersimpuh di katilnya. Gambar team 7 berada dalam dakapannya. Dia melepaskan dakapan itu lalu merenung satu-satu muka yang amat dikenali.

Sasuke? Awak kat mana? Tolonglah balik. Bisik Sakura.

Naruto? Sakura tersenyum kelat. Baka. Kau memang baka! Air matanya menitis. Gomen neh Naruto. Selalu sangat menyusahkan kau.

Kakashi sensei. Em. Tolong jaga Naruto. Okay? Saya percayakan sensei. Bawa dia pulang. Sasuke perlukan dia.

Sakura mengetap bibir. Kenapa aku tak boleh sayang Naruto macam aku sayang Sasuke? Sedangkan dia lagi beria nak perhatian aku dari Sasuke. Air matanya semakin laju menitis.

Dia mengangkat kepalanya menahan air mata. Terpandang pula pada gambar keluarganya. Dia memegangnya. Menyentuh gambar chichi dan haha dia.

Okaasan,Otousan. Aku selalu rimas dengan mereka. Tapi.. Sasuke,Naruto mereka dah tiada Haha dan Chichi mereka.

"Tok tok tok. Sakuraaa,Ino datang."

Sakura tersentak. Dia lantas mengesat air matanya. Lalu membuka pintu. Kelihatan ibunya berada di muka pintu.

"Haaaa, Ino ada di luar ya." Kata ibunya lalu berlalu.

Sakura berlari dan memeluk ibunya.

"Arigatou,Kaasan" bisik Sakura.

"Nani?" Tanya ibunya.

Sakura melepaskan pelukan dan turun ke bawah untuk bertemu Ino.

"Mari Ino." Sakura berlari ke arah pejabat Gondaime.

"Sakura! Matte!" Panggil Ino yang lalu mengejar Sakura.

Ibu Sakura berdiri depan pintu rumah melihat kerenah dua gadis itu. Dia tersenyum kecil.

"Sakura,kamu dah makin matang."

***

Bunyi hujan kedengaran. Hujan yang tak pernah berhenti. Itulah sumpahan kampung Amegakure. Kampung itu seakan menangis. Tidak pernah reda. Merintih dan mendambakan kedamaian yang sehingga kini, masih tiada harapan dan sinar.

Kelihatan seorang berambut oren duduk melihat kampungnya dari atas menara yang paling tinggi. Apa yang dimenungkan pun tak pasti.

"Pain, Tobi dah sampai."

Pain memalingkan muka. Kelihatan Konan dan orang bertopeng oren dan hanya menampakan matanya saja kelihatan.
"Pain, kenapa kau panggil aku?" Tanya Tobi. Kelihatan sharingannya diaktifkan.

Pain tunduk. Sebelum bersuara, " Tobi, betulkah apa kita buat ini? Maksud aku? Bolehkah rancangan kita berjaya untuk dapatkan kedamaian di dunia ni?"

Tobi berjalan ke arah tingkap. Dilihatnya Amegakure yang menangis tidak henti.

"Pain, kau jangan lupa apa yang kau perjuangkan! Jangan biarkan pengorbanan Yahiko sia-sia!" Kata Tobi keras.

Pain mengenggam penumbuknya. Konan hanya memerhati dengan senyap.

"Tapi dah tak de cara lain ke?" Tanya Pain.

Tobi berpaling dan bersandar pada dinding. "Kau masih naif,Pain! Jangan lupa semua kesakitan yang kau rasa dulu! Sampai bila kau mahu lihat kampung ini menangis!"

Pain mengetap bibir. Tobi mendekatinya. Dia meletakkan tanganya dia bahu Pain.

"Sudahlah. Yang penting sekarang ini. Kirinegan telah muncul." Kata Tobi.

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now