Bab 8

2.1K 126 57
                                    

Boboiboy mendekati Adudu dan Probe. Dia menolong mereka bangun.

Adudu memandang Boboiboy. "Ke... Kenapa.. Kenapa kau tolong aku?"

Boboiboy bangun. Dia menepuk debu di bajunya lalu melepaskan nafas berat. "Sudahlah tu Adudu. Kau tak penat ke? Aku ingat masa misi BUBADIBAKO dulu,kau ikhlas jadi baik. Tapi... Hmm.."

Boboiboy berpaling. Dia melihat kawan-kawannya. "Adudu. Kau.. Kau tak nak ke buat kawan? Kawan yang akan selalu tolong, selalu ada dengan kau. Aku tahu. Aku tahu kau ada Probe. Tapi... Kau tak boleh selalu harapkan dia. Kadang kala,kau perlu harapkan orang lain juga."

Adudu terpegun. Dia hilang kata kata. Boboiboy menjeling Adudu lalu tersenyum tawar. Dia kembali memulakan langkah.

"Errr.. Boboiboy." Adudu bersuara.

"Ya."

"BOBOIBOY!!! TUNDUK!!!" jerit Yaya.

Boboiboy berpaling. Satu bebola api menuju ke arahnya.

Adudu yang mendengar jeritan itu menolak Boboiboy. Dia memejamkan matanya.

"Aduduuuuuuuuu!!!" jerit Boboiboy.

"Dummmm!!!"

"Hah!" semua tergamam.

"Probeee!!!" jerit Adudu.

Rupanya Probe melindungi Adudu selepas Adudu menolak Boboiboy. Dia menjadi Super Probe. Namun...

"Dushhh.." Probe tumbang. Adudu berlari mendapatkan Probe.

"Probe. Ke.. Kenapa... Kenapa kau kena selamatkan aku? Aku.. Aku tak minta pun." marah Adudu sambil memejamkan matanya menahan air mata.

"Incik Boss.. Incik Boss je yang saya ada." jawab Probe.

Adudu terpana.

Boboiboy bangkit. Mencari arah api itu datang.

"Itu... Itu..." kata Gopal sambil terketar-ketar.

"Borara..." sambung Fang dengan nada keras. Dia bersiap sedia. Kuasa penebuk diaktifkan. Dia mendekati Boboiboy.

"Mari!!Boboiboy!" kata Fang.
Boboiboy tersenyum senget. "Yup. Mari!"

Borara mendekati mereka. "Ohayo! Kamu semua memang hebat! Apa nama kami semua!" Borara bersuara.

"Ehhhhh!!!!!!" Boboiboy dan rakan-rakan tercengang.

***

"Dummmm!!!!"

"Aduh!!!!"

"Aduiii... Sakitnyaaaaa... Dattebayo!" Rungut Naruto sambil mengosok kepalanya.

"Bukan kau je lah yang sakit,baka" kata Shikamaru pula yang turut mengosok kepalanya.

Naruto menjeling Shikamaru tajam. Lee pula mengosok tulang keringnya. Tiada sebarang rungutan yang kedengaran. Naruto melihat sekeliling.
"Ehhhh! Kita kat mana ni?" soalnya.

Kakashi sudah bangun. "Hmm.. Nampaknya kita ada di dimensi lain." kata Kakashi yang mundar mandir.

"Baiklah. Saya akan pergi siasat kawasan sekitar. Shikamaru,kamu kapten. Jangan buat apa-apa tindakan. Duduk saja di sini. Jaaa~" kata Kakashi yang lesap di balik asap.

"Ehhhh! Tak adil!!! Baka!" jerit Naruto.

"Dummm!!!"

Shikamaru berpaling. "Bunyi apa tu?" soalnya.

"Datang dari arah sana!" tunjuk Lee.

Naruto bangkit dan berlari menuju ke arah itu.

"Naruto!!! Jangan!!! Ahhh! Kuso!!!" keluh Shikamaru lalu mengejar Naruto dan di ikuti Lee.

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now