Bab 6

2.1K 116 80
                                    

Kakashi membuka kuda-kuda. Shikamaru dan Lee juga bersiap sedia. Melihat keadaan itu, Naruto bangkit dan berdiri di sebelah Kakashi. Dengan tak semena,dinding tanah tadi runtuh. Kelihatan 3 orang manusia yang tidak dikenali muncul dari kepulan asap tadi.

"Huh! Tak guna betul. Sikit lagi nak kena." kata salah sorang dari mereka.

Kakashi meneliti mereka. Mereka memakai cloak. Ala-ala akatsuki. Namun warna berbeza. Mereka memakai warna merah semuanya. Mereka memakai headband yang belum pernah dilihat Kakashi sendiri.

"Adakah salah seorang dari mereka pengguna Kirinegan?" bisik Kakashi.

Naruto melangkah ke depan. "Kau orang semua ni siapa hah? Apasal kau serang aku tadi!"

Kakashi menjeling Naruto seketika. Agak susah untuk dia memikirkan strategi dengan Naruto yang selalu bertindak melulu. Salah seorang dari kumpulan manusia tersebut melangkah ke depan. Lagak seperti ketua.

"Kami adalah Tenshi." jawabnya.

Kakashi,Shikamaru dan Lee tersentak. Naruto mengecilkan matanya. Jari telunjuknya mengaru kepalanya yang tak gatal itu.

"Tenshi? Kamu manusia juga seperti kami! Apa kami merepek!" kata Naruto.

Lelaki yang lagak ketua itu ketawa kecil. Dia ketawa sebelum terledak tawa besarnya. Anak buahnya memandang Naruto sinis.

"Kami ialah Tenshi. Kami akan mengubah dunia ninja yang tak aman ini! Dunia yang penuh dengan kebencian! Kamilah yang akan menguasai dunia!" jawab lelaki lagak ketua itu separuh gila.

"Tuhan menghantar kami. Tuhan memberi mandat pada kami. Kamu semua, jangan cuba nak halang kami." kata salah seorang anak buahnya.

Kakashi diam. Otaknya buntu. Tiada kata mampu diucapkannya. Shikamaru pula mengetap bibir. Waktu tengah hari di mana dia patut tidur, perlu pula berhadapan dengan masalah begini. Sungguh menyusahkan. Lee memperkemaskan kedudukannya. Dia harus mempertahankan rakan seperjuangan walau apa jua keadaan pun.

"Oh ya? Dan tuhan hantar saya untuk hentikan kamu semua. Hiyarghhhhhh!!!" jawab Naruto lalu mencapai kunainya dan cuba menyerang Tenshi.

Mereka bertiga berlagak tenang. Tiada siapa mahu bergerak. Naruto menyerang dan mengenai pada salah seorang yang berlagak ketua tadi. Dia menjerit kesakitan bila kunai itu mengenai dadanya. Tepat. Darah terpancut keluar. Naruto tersenyum kecil.

"Hah, nampaknya tuhan mahu jumpa kamu lebih awal!" kata Naruto.

Lelaki lagak ketua itu tiba-tiba tersenyum kecil. Dia ketawa. Perlahan. Lalu tawanya menjadi-jadi. Dia bangkit. Tiada langsung calar atau luka kelihatan. Naruto begang.

"Macam mana, macam mana boleh tak kena?!" jerit Naruto.

Kakashi mengecilkan matanya. Genjutsu? Tapi, kenapa genjutsu berlaku di kala mangsanya sedar. Maksudnya Naruto masih mampu bergerak walaupun terkena genjutsu. Selalunya seseorang itu akan lumpuh.

"Takkan kau tak pernah dengar tentang genjutsu budak?" sindir salah seorang anak buahnya.

Naruto mengetap bibirnya. Tak mungkin! Memang tepat aku serang dia tadi.

"Naruto!"panggil Kakashi.

Naruto menoleh. Kakashi melangkah ke depan Naruto. "Biar saya selesaikannya."

Kakashi membuat signal tangan. "Kau tak nak bagitahu siapa kau.Baiklah,biar aku tamatkan."

Tangan kirinya menyelak headband yang menutup mata kirinya. *Sharingan.

"Raikiri!"

"Hiyarghhhhhh!!!" Kakashi menyerang.

Lelaki lagak ketua itu tersenyum. "Kau memang tak faham agaknya. Buka dimensi!" kata lelaki itu sambil membuat mendepakan tangannya.

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now