Bab 9

2.1K 116 53
                                    

Konohagakure...

"Beginilah Tsunade. Biar aku pergi siasat. Aku akan pasti bawa pulang mereka semua." ujar Jiraiya.

Gondaime mengeluh. Dia mengigit bibirnya menahan geram. Dia akui salahnya. Dia yang mengarahkan mereka untuk menyiasat di kampung itu. Dia terlalu mengikut kehendak Naruto.

"Saya akan jadi Hokage! Dattebayoooo!!" ujar Naruto sambil menunjukkan penumbuknya. Wajahnya dihiasi dengan senyuman bermakna. Saat itu, pertama kali dia bertemu Naruto.

Kalau diikutkan hati dan rasa, mahu saja dia ikut Jiraiya untuk menyelamatkan Naruto. Mahu ditebus rasa bersalahnya. Namun, jawatan Hokage menghalangnya. Jawatan yang dia tak pernah idamkan.

Gondaime memandang Jiraiya lemah. "Hmm... Baiklah. Kamu akan ditemani oleh dua orang anbu bersama seorang bekas anbu, Kapten Yamato. Dia ada DNA Shodaime."

Jiraiya merenung Gondaime. Dia sangat faham dengan perasaan Tsunade. Dia berpaling dan bersalam dengan Kapten Yamato dan dua orang anbu lagi. "Baiklah! Kami akan bertolak sekarang. Pergi dulu, Gondaime-sama!"

Jiraiya berpaling dan memulakan langkah. "Jiraiya..." panggil Gondaime.

Langkah Jiraiya terhenti. "Tolong! Tolong bawa mereka pulang."

Jiraiya tersenyum senget. "Shinpai Shinaide,Tsunade!" katanya lalu berlalu pergi.

Gondaime bangun dan memerhati Jiraiya melalui tingkap. "Ki o tsukete ne,Jiraiya." bisik Gondaime.

***

"Ehhhhhhhh?! Ano? Kita, ki.. Kita dekat Mareeshia?" tanya Naruto.

"Ish, Malaysia lah." kata Gopal.

"Itukan slang diorang. Tak payahlah marah." kata Yaya.

"Yelah yelah. " ujar Gopal.

"Malaysia? Hmm.. Tak pernah dengar sebelum ni? Dekat mana itu?" tanya Kakashi.

"Ya. Malaysia. Malaysia salah sebuah negara di dunia ini. Dan mengikut perwatakan dan identiti kamu, kamh semua pasti dari Jepun." kata Fang.

"Jepun?" tanya Lee sambil mengangkat kening.

"Ya. Jepun." jawab Ochobot.

"Ahhhh! Peninglah. Mareeshia lah, jepun lah. Saya nak balik lah, Dattebayo!" rengek Naruto.

Shikamaru menjeling Naruto. "Sabar,boleh tak? Kita tengah bincang ni kan."

Naruto menjeling Shikamaru tanda tidak puas hati. Shikamaru kembali menganalisa maklumat yang dia perolehi. Secara umum, dia dah tahu mana mereka berada. Malaysia. Ok. Itu satu perkara. Tapi mana Malaysia itu pun dia tak tahu. Dan di mana hilangnya Kiri, Kamichi dan Laisa. Agak mustahil jutsu mereka tidak memberi impak pada mereka. Hmm...

"Ahhh! Saya tahu!" Lee tiba-tiba menjerit.

Semua mata tertumpu pada Lee.
"Kamu.. Apa kamu tahu,Lee?" tanya Shikamaru.

Lee tersengih sambil membuat thumbs up. "Saya tahu macam mana nak cari Kiri!"

"Ehhhhh,Nani?" tanya Naruto.

"Op op op! Sekejap. Kamu semua ni berbual dari tadi. Atok tak kenal pun nama kamu ni siapa." ujar Tok Aba.

"Eh. Betullah. Kita belum perkenalkan diri lagi." ujar Gopal.

Lee membuat tabik."Ohayo, saya Rock Lee! Umur 13 tahun. Pemuda hensem Konoha!" Lee mengenyit mata selepas usai bercakap.

Ying dengan Yaya meneguk air liur. "Err.."

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now