Bab 4

2.3K 143 62
                                    

Di satu tempat yang gelap...

"Ahhhhh...kuasa ini.Aku dapat rasakan Kirinegan itu."

"Tobi,bukankah kau malas nak kacau Kirinegan itu." tanya zetsu putih.

Tobi yang sedang menikmati malam yang dingin itu ketawa besar.

"Hahahaha...Ya,ya.Aku tahulah.Kau jangan risaulah.Yang pastinya plan aku mesti berjaya." kata Tobi.

Matanya terpejam.Dia kembali membuka mata. *Sharingan dibuka.

"Biarkan saja sampah konoha itu uruskan Kirinegan itu!Sudah!Tinggalkan aku sorang." kata Tobi.

Zetsu mengangguk tanda faham.Dia masuk ke dalam tanah dan menghilang.

Tobi duduk."Hatake Kakashi!" bisiknya.

***

Kakashi menyandang begnya.Shikamaru dan Lee juga sudah siap.Mereka perlu pulang untuk meminta pandangan Gondaime terlebih dulu.Tapiii...

"Lie!Saya takkan berganjak.Saya akan pertahankan orang ini semua."Kata Naruto yang duduk bertentangan mereka sambil berpeluk tubuh.

Kakashi merenung Naruto.Dia dah tak tahu apa nak buat.Sejak tadi,Naruto tidak mahu berganjak.Katanya mahu mempertahankan orang kampung itu semua.

"Naruto.Kita kena pulang.Gondaime pasti ada penyelesaiannya.Mungkin perbincangan dengan Mizukage akan diadakan.Kamu tidak boleh...."

"Lie!!!Saya tak tarik balik kata-kata saya.Itu adalah jalan ninja saya!" jerit Naruto tanpa memandang Kakashi.

Lee merenung Naruto dengan kagum.Prinsip ninjanya tidak berganjak sedikit pun.

"Ingat Lee,teknik ini hanyalah digunakan saat kamu mahu mempertahankan jalan ninja kamu!" kata-kata Gai-sensei padanya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata senseinya.Naruto,walaupun baru kenal orang kampung ini tapi dia mahu mempertahankan mereka.Shikamaru mengeluh.Faham benar perangai Naruto itu.

Kakashi memandang Lee dan Shikamaru lalu memberi signal untuk bergerak pulang.Ya,mereka terpaksa pulang tanpa Naruto.Naruto yang bertentangan dengan mereka masih belum sedar mereka sudah tiada.

Sambil matanya terpejam,Naruto menoleh lalu menjerit, "Kalau nak balik,baliklah!Saya takkan berganjak sedikit pun."

Naruto kembali membuka matanya."Nani?! Mereka betul-betul pergi?"

Naruto bangun.Dia mengenggam penumbuknya menahan geram.Kakinya dihentak-hentak gaya budak tak dapat mainan.

"Nee-san." tegur seseorang.

Naruto menoleh.

"Nii-san,kamu seorang ninja?" tanya seorang budak lelaki.

Naruto tersenyum."Ya,Saya akan jadi seorang Hokage suatu hari nanti,dattebayo."

Budak lelaki itu tersenyum.

"Saya...saya akan jadi Mizukage suatu hari nanti." kata budak lelaki itu.

Naruto tersenyum.

***

Jiraiya termenung.Terkejut,terkedu, dan segala macam 'ter' dia rasa.Berita tentang Kirinegan itu membuat hatinya risau.

"Jiraiya,kau ada idea.?Atau apa-apa cadangan?" tanya Gondaime.

Jiraiya menghela nafas berat.Lama sudah dia tak mengalami masalah seberat ini.Fikirannya celaru.

"Tsunade,kau tahukan Kirinegan itu apa?Kita akan berdepan masalah besar kalau pengguna Kirinegan itu musuh." kata Jiraiya.

Gondaime menongkat dagu.Sake dihadapannya dipandang lemah.

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now