Bab 5

1.9K 137 66
                                    

(Bab ni spesial sikit..Sebab pakai Youtube video. Sila lah tekan play untuk menjiwai bab ini.. XD)

"Oniisan, tiada keluarga. Hidup sebatang kara." kata Naruto.

Naruto tersenyum pahit. Otaknya melayang pada umurnya 5 tahun. Rakan seusianya menjauhinya. Malah, ibu bapa mereka turut melarang anak mereka untuk mendekatinya. Semuanya kerana dia ada kyubi di dalamnya. Kerap kali bayangan orang sekeliling mengabaikannya mengetuk pintu memorinya.

"Oniisan pun tak pernah kenal siapa haha, siapa chichi. Yang Oniisan tahu mereka dah mati. Itu saja." kata Naruto lagi. Matanya mula berkaca. Hatinya merintih kerana tak tertahan bebanan yang pernah dia hadapi.

Naruto menghela nafas. Dia tersenyum kecil namun masih hambar. Hiro yang mendengar pula masih diam. Seakan faham perasaan yang ditanggung oleh Naruto.

"Kalau di akademik, Oniisan tak pernah bagus. Jujur,Hiro kamu lebih baik dari aku." Naruto seakan tak percaya. Dia tak percaya bahawa dia akan menceritakan tentang akademiknya yang tak seberapa.

"Oniisan di dalam kelas selalu menganggu pelajaran cikgu. Kadang-kadang ponteng terus. Semuanya kerana mahukan perhatian, Hiro. Mungkin kamu tak faham, betapa terdesaknya niisan mahukan perhatian."

Hiro mengangguk kecil seakan dia mengerti apa yang diperkatakan Naruto. Naruto menjeling Hiro sebentar. Dia tersenyum hambar.

"Tapiii..... " ujar Naruto.

Tiba-tiba Naruto tersenyum lebar. Jelas terpancar kegembiraannya. Tiada lagi senyuman hambarnya menghiasi mukanya. Hiro menanti dengan sabar.

"Suatu hari, niisan kenal seseorang yang betul-betul kisah pasal niisan. Itulah orang pertama. Iruka-sensei." jawab Naruto.

Naruto masih ingat. Masih ingat bila dia gagal melepasi ujian untuk menjadi genin. Dia seorang saja gagal. Yang lain semua berjaya. Tatkala itu,Mizuki mendekatinya dan memberitahu tentang skroll Hokage pertama.
Mizuki-sensei menipunya. Dia disuruh belajar jutsu di dalam skroll itu untuk layak menjadi Genin. Habis kecoh satu kampung bila skroll itu hilang. Iruka juga terlibat dalam pencarian itu.

Iruka akhirnya menjumpai Naruto. Mulanya mahu dimarahi Naruto. Namun,bila Naruto kata Mizuki yang menyuruh nya ambil, Iruka tahu dia dipergunakan.

"Naruto kamu tahu tak kamu itulah musang berekor sembilan itu! Kyuubi! " jerit Mizuki lantang bila Naruto ragu-ragu untuk menyerah skroll itu kepada nya.

Mizuki hilang sabar dan akhirnya membaling shuriken gergasi tatkala Naruto seakan tidak dapat menerima kenyataan.

"Naruto tunduk! " jerit Iruka yang tersekat kerana shuriken yang dibaling Mizuki pada awalnya.

Naruto hanya menekup kepalanya dengan tangan. Dia tak merancang untuk mengelak. Dia reda.

"Arghhhhh"

Naruto mendongak. Dia terkejut. Iruka melindunginya dari terkena shuriken itu. Iruka terbatuk. Darahnya terkena muka Naruto. Matanya mula mengalir air mata. Air matanya juga membasahi muka Naruto.

"Gomen, ne.. Naruto. Kalaulah saya lebih bertanggungjawab sebagai sensei. Saya takkan biarkan awak keseorangan. Saya faham sakitnya Naruto....." Kata-kata Iruka tersekat.

"Saya faham maksud kesunyian awak Naruto." kata Iruka sambil air matanya meluncur dari matanya.

Naruto menghela nafas bila teringat kejadian itu. Hiro tidak berkata apa-apa.

Naruto menyerang Mizuki tatkala Mizuki mahu membunuh Iruka. Mizuki terpelanting akibat serangan Naruto.

"Kau sentuh satu jari pada Iruka-sensei. Aku sumpah kau mati!!!" jerit Naruto.

Naruto VS BoboiboyOù les histoires vivent. Découvrez maintenant