+ 26

1.9K 224 41
                                    

Sudah tiga hari Jimin tiada selera untuk makan. Bila ditanya kenapa, hanya senyuman yg diberi. Yoongi dah cek Jimin, nak kata sakit, takde sakit pape pun. Puas Jaebum dengan Yoongi memujuknya makan namun dia masih dengan pendirian dia.

Hanya sekeping biskut dan segelas air masak menjadi alas perutnya sehari hari. Kaki Jaebum pula sudah pulih sepenuhnya.
P/s : author tak tahu kalau kaki patah boleh elok dlm berapa hari. Ngehngehngeh. So maafkan author ye.

" jimin ".

Pintu bilik Jimin diketuk Yoongi. Sama sahaja seperti hari sebelum ini, Jimin tidak ingin membukanya.

" dia ada citer pape ke kat kau? ".

Jaebum yg turut berada di situ disoal. Dia hanya menggeleng menandakan Jimin tidak memberitahunya apa².

" aish risau aku dengan budak ni ".

Mundar mundir yoongi dibuatnya. Sungguh dia risaukan Jimin sekarang ni.

Tiba² sahaja seorang lelaki bertopeng sedang menuju ke arah Yoongi dan Jaebum.

" kau sape?! ".

Tengking Yoongi sebaik sahaja lelaki itu sudah berada di hadapan mereka berdua. Jaebum sudah ketaq lutut.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan. Sasarannya ialah yoongi tetapi Yoongi sempat mengelak. Pasu yg berada berhampiran segera dicapai oleh yoongi langsung dibaling ke arah manusia bertopeng itu. Dan tepat terkena kepala manusia itu.

Jimin yg mendengar bunyi tembakan dan pasu pecah itu terus membuka pintunya. Manusia itu sedang mengaduh kesakitan sebelum satu lagi tembakan dilepaskan ke arah Yoongi.

" hyung!! ".

Jimin segera memeluk Yoongi menyebabkan peluru itu terkena pada pehanya. Dan satu lagi tembakan dilepaskan dan terkena di belakangnya. Jimin sudah jatuh rebah menyembah lantai.

Manusia itu sudah lari menuruni tangga. Jaebum pula hanya memerhati. Terkesima dengan situsi sekarang ni.

" jimin!! ".

Tidak semena mena air mata Yoongi jatuh bercucuran. Badan Jimin diangkat dan terus dibawa ke hospital.

-----

Sekali lagi dia harus membuat pembedahan ke atas Jimin. Air matanya masih lagi berbaki. Sedaya upaya dia merawat Jimin. Sebab dia, Jimin jadi macam tu. Sebab nak selamatkan dia, Jimin jadi macam tu.

jimin please bangun. Aku tak sedia lagi nak kehilangan kau . Aku tak sanggup.

Getus Yoongi. Tangannya ligat membuang peluru yg berada di badan Jimin. Nasib baik sahaja peluru itu tidak terkena di bahagian jantungnya.

Ni ke maksud kau nak tinggalkan aku? Bertahan la jimin.

Matanya masih fokus terhadap Jimin yg tidak sedarkan diri.

Tak. Aku tak pernah anggap kau sebagai beban buat aku. Tak pernah terdetik pun kat hati aku.

Aku pun gembira dapat kenal kau . Walaupun sekejap. Tapi aku tak puas lagi nak cakap ngan kau . Nak usik kau. Nak makan dengan kau. Nak tengok eye smile kau.

Hati Yoongi seakan akan sedang bercakap bersama jimin. Dia membalas kata² jimin tiga hari yg lalu.

Aku jahat kan? Sebab tak dapat tepati janji aku. Aku cakap yg aku akan jaga kau. Tapi aku sakitkan kau. Aku yg buat kau terlantar kat sini. Aku yg buat kau terpaksa tanggung semua ni.

Sepatutnya aku yg berada di atas katil ni. Bukan kau. Kenapa kau peluk aku? Aku tak suka. Tengok kan dah jadi macam ni.

Peluru kedua sudah dikeluarkan. Yoongi menghela nafas sekejap. Jimin kehilangan banyak darah tetapi nasib baik pihak hospital ada bekalan darah yg mencukupi.

Jimin, kalau kau bangun aku janji aku akan jaga kau sepenuh hati aku .

" doktor, pesakit dah stabil ".

Satu lagi nafas lega dihembus. Senyuman diberikan di sebalik mask yg dia pakai.

Terima kasih Jimin.

---------

See ? author baik kan tak buat jimin mati ? AHHAHHAAH


[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now