+ 18

2K 252 32
                                    

GEDEBOOM!! 

yoongi berpaling ke arah datangnya bunyi itu. Kelihatan sebuah truck baru sahaja merempuh sebuah kereta. Kereta itu sudah terbalik di tengah² jalan. Truck itu pula sudah berlalu pergi tidak menghiraukan apa yg terjadi. Langgar lari.

Tiada sesiapa di situ melainkan yoongi seorang sahaja. Oleh itu, yoongi laju berlari ke arah kereta itu untuk menyelamatkan orang yg berada di dalam kereta itu.

Seorang lelaki yg sudah tidak sedarkan diri berada di tempat duduk pemandu. Lelaki itu tersepit .Yoongi meraba raba poketnya mencari sesuatu.

" oh fak ".

Dia mencarut apabila barang yg dicarinya tidak dijumpai . Telefon. Baru dia teringat telefon dia ada kat dalam kot doktor yg dia tinggalkan di hospital .

Niat untuk menelefon ambulans mati. Dia terpaksa menolong lelaki itu sendirian. Bersusah payah yoongi mengeluarkan lelaki itu dari kereta yg terbalik itu. Hampir 10 minit dia mencuba barulah lelaki itu berjaya dikeluarkan.

Badan lelaki itu diangkat menuju ke kereta yoongi. Disebabkan keadaan pagi itu yg agak gelap, yoongi tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

------

Setibanya yoongi di hospital, baru dia dapat melihat wajah lelaki tadi disebabkan lampu² yg terpasang .

Macam kenal je? 

Getus hati Yoongi sebaik sahaja dia melihat wajah itu. Namun darah yg menutupi hampir seluruh wajah itu menghalang yoongi dari mengecam siapa lelaki itu.

Yoongi yang akan melakukan pembedahan ke atas lelaki itu. Sebaik sahaja darah di muka lelaki itu dicuci oleh seorang pembantunya, yoongi dapat melihat jelas wajah itu.

" jb ? ".

----------

" hurm mana yoongi hyung ni? Dari tadi pergi tak datang² pun ".

Jimin mengeluh. Badannya disandarkan di kepala katil hospital itu. Kepalanya yg berbalut dipegang seketika kerana masih terasa sakit.

Sudah 3 jam selepas yoongi keluar membeli makanan untuk Jimin . Sampai sekarang batang hidung pun tak nampak.

Mata Jimin dialihkan pula ke arah kot doktor milik Yoongi yg disangkut di atas kerusi di dalam bilik itu. Senyuman terukir di bibir. Dia bahagia ada Yoongi bersamanya .

" jimin-ssi? ".

Seseorang menguak pintu bilik di mana Jimin diletakkan. Bilik vvvvvvip .-.

" nae? ".

Jimin memandang orang itu . Jururawat muda yg sedang menatang (?) dulang yg diletakkan makanan dan sekotak susu di atasnya tersenyum. Jimin membalas senyumannya.

" doktor Min suruh saya hantarkan makanan ni dekat awak ".

Ujar jururawat itu seraya meletakkan dulang tadi di atas meja pesakit (?) .

" hyung mana? ".

Terkebil kebil jururawat itu melihat jimin. Hyung?

" maksud saya doktor Min ".

Seakan faham dengan situasi jururawat itu, Jimin memanggil yoongi dengan panggilan doktor Min.

" Oh Doktor Min ada kerja sikit. Dia dalam bilik pembedahan sekarang ".

Jawabnya. Jimin hanya mengangguk faham. Patutlah yoongi tak datang² lagi.

" ada apa² lagi yg boleh saya bantu ? ".

Soal wanita itu. Jimin menggeleng lantas memberikan sekuntummmm senyuman yg mampu membuatkan aku cair KAHKAHKAH.

" kalau macam tu saya keluar dulu ".

-----------




[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now