+ 14

2.4K 259 30
                                    

" serius ke ni hyung? ".

Jimin menyoal tidak percaya. Pertama kali yoongi mengajak dia keluar membeli belah. Aku ulang pertama kali.

" serious la. Harini cuti an? Aku tengok kau duk terperap je dalam bilik. Layan perasaan huh. Hati tisu ".

Sempat lagi yoongi memerli Jimin hati tisu. Dahtu dia hati apa? Hati kayu? Pastu anai² cam aku masuk dalam hati kayu kau. Heh apa aku merepek ni?

" sedih Kay sedih. Hyung tau apa? ".

Mata jimin yang cantik cun melencun itu menjeling ke arah Yoongi. Sudah empat hari ayahnya meninggal. Empat hari jugak la dia tak keluar bilik. Empat hari jugak la yoongi jaga dia. Empat hari jugak la dia tak datang sekolah.

" dah. Cepat la bersiap. Kang aku tukar fikiran pulak. Tak pasal² aku ajak reader nanti ".

Maka dengan itu, jimin pun segera bersiap dan mereka pun pergi la beli belah. Tiba² lagu shopping mall by gotseben berkumandang .

---------

" wei cepat la sikit jalan tu! ".

Yoongi menjerit ke arah Jimin yang ketinggalan di belakang . Jimin bagaikan mochi masuk shopping mall. Pertama kali dia menjejakkan kaki di tempat sebegitu.

Mata Jimin pula asyik melilau melihat sekeliling shopping mall itu . Ramai juga yang memandangnya pelik. Laungan yoongi tidak pula didengarinya.

" ish budak ni " .

Terpaksalah si toongehh membuat u turn untuk mendapatkan Jimin. Tangan Jimin ditarik kasar tanpa dia sedari kewujudan yoongi di situ. Cukup kasar sehingga membuatkan jimin sedikit tersentak.

" suka hati je bagi aku jalan sorang² . Dia pulak duk usya aweks heh ".

Tangan Jimin dipegang. Kini mereka berdua sudah berjalan sebelah menyebelah. Sambil berpegangan tangan pfft. Please aku taknak ada unsur gay XD tapi ni sibling goals :')

" hyung " .

Tiba² sahaja jimin berhenti berjalan dan memanggil yoongi. Dia bagaikan baru tersedar dari mimpi. Yoongi pegang tangan dia?

" apa lagi? " .

Soal yoongi yang turut juga berhenti.

" hyung pegang tangan aku? Banyak mata memerhati kita . Mesti diorang ingat kita gay an? " .

Yoongi bagaikan terkena renjatan elektrik. Dia memandang ke arah tangan dia dan jimin yang saling berpegangan.

" ahh biarlah orang nak kata apa. Kau kan adik aku. Apa salahnya?  Jom cari baju untuk kau " .

Sekali lagi yoongi menarik tangan Jimin. Ingat jimin ni apa nak tarik²? -.-

" thanks hyung ".

Gumam jimin perlahan sambil bibirnya mengukir senyuman .

----------

" buat apa nak beli baju banyak²? ".

Soal Jimin kepada yoongi. Mereka sekarang sudah berada di bahagian pakaian lelaki.

" sejak kau duduk kat rumah aku, kau tak pernah nak ada baju sendiri. Kau asyik pakai baju yoonseok je " .

Kata yoongi. Matanya ralit melihat baju yang sesuai untuk jimin. Tangannya pula asyik membelek baju² itu. Yoonseok, mendiang adik yoongi yang tua setahun daripada Jimin .

" hyung marah aku pakai baju yoonseok? ".

Wajahnya mula menunduk. Kan dah kata Jimin hati tisu :') nak nangis lettew. Yoongi perasan akan hal itu.

" buat apa nak marah ? Aku abang kau. jadi automatik yoonseok pun akan jadi abang kau. Adik pinjam baju abang tu kan biasa. Lagi pun yoonseok mesti suka. Takde la barang² dia terbiar begitu je " .

-------------

" weh tu bukan ke budak baru tu? ".

Soal Jr kepada Jb dan Jackson tatkala matanya tertangkap pada susuk tubuh Jimin. Segera dua manusia itu berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Jr.

" hamboii empat hari tak datang sekolah ingatkan dah mati. Rupa²nya hidup lagi . Siap datang shopping mall lagi ".

Ujar Jb. Mereka tahu yang Jimin tidak hadir ke sekolah empat hari. Mereka pun segera mengorak langkah ke arah Jimin yang sedang bersendirian . Yoongi pula sudah menghilang ke tandas.

" Long time no see budak miskin 😏 macam mana budak miskin macam kau boleh ada kat sini? ".

-----------------





[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now