+ 10

2.4K 291 33
                                    

" duit aku hilang heeee ".

Jimin tersengih menayangkan giginya yang putih.

" hilang?! Macam mana boleh hilang? Kau ni aku cepuk kang! Habis tu time rehat kau makan tak? ".

Soalan Yoongi dibiarkan begitu sahaja. Malas Jimin nak jawab. Dia tak makan la. Dia taknak Yoongi risaukan dia pulak.

" aku tanya jawab ".

Yoongi bersuara . Memaksa jimin untuk menjawab soalan dia.

" hyung senyap boleh tak? Banyak cakap pulak. Muka tu dah macam apa dah aku tengok. Lebam situ lebam sini huh ".

Terdiam yoongi dibuatnya. Sememangnya dia tengah menahan perit di hujung bibir dia tu.

" haa tau pun diam ".

----------

" sakit la babun!! ".

" diam la cipanzi! Kan hodoh muka hyung nanti takut tak laku pulak".

Jimin sedang menyapu ubat di muka Yoongi. Mula² yoongi tolak bantuan Jimin tapi Jimin tetap memaksa. Dan yoongi pun mengalah.

" hodoh tara mana pun aku, aku still laku ".

Senyuman sinis diberikannya. 

" apa² la tetan. Dah ".

Kepala yoongi ditunjal perlahan oleh Jimin. Geram jugak Jimin dengan yoongi yang perah santan tak habis² .

" sakit gila! ".

" lembik!! Ahahahaha ".

Jimin menjelirkan lidahnya dan tergelak besar. Giliran dia pulak yang panggil Yoongi lembik . Tadi dalam kereta yoongi yang panggil dia lembik .

Yoongi memutarkan biji matanya. Tiada kudrat nak layan perangai Jimin . Tiba² sahaja Jimin berhenti ketawa. Yoongi memandangnya pelik.

"Asal berhenti gelak? Gelak la gelak lagii ".

" aku lapar la ".

------------------

" Doktor Min. Ada pesakit kritikal. Tolong datang segera ".

" ye baiklah ".

Panggilan terus dimatikan. Gelas yang masih berbaki air jus oren dicapai dan diteguk rakus. Bingkas dia bangun dari kerusi itu.

" hyung nak pergi mana? ".

Soal Jimin memandang Yoongi yang sudahpun mencapai kunci keretanya.
Baru sahaja mereka berdua duduk untuk makan pastu tiba² ada orang call yoongi.

" ada pesakit tengah kritikal kat hospital. So aku kena pergi sekarang. Jaga diri ".

Pintu rumah terus dibuka dan enjin kereta dihidupkan. Jimin sudah memahami keadaan Yoongi yang sibuk tak kira masa. 

" makan sorang lagi huh ".

Keluh jimin perlahan. Takde sape² nak temankan Jimin makan ke?

-------------

bukan ke ni ayah jimin?

Yoongi berkata di dalam hatinya. Dia pasti yang itu ayah Jimin. Tangannya bergetar sebaik sahaja ingin memulakan operasi ke atas lelaki yang hampir mencecah separuh abad itu.

Muka ayah Jimin dipenuhi dengan darah dan kesan² pukulan. Dan yang paling teruk, di perutnya terdapat sebilah pisau. Ya dia ditikam. Matanya terpejam rapat. Nadinya masih ada tapi sangat lemah.

" doktor? Boleh kita mulakan? ".

Soal salah seorang jururawat yang berada di sebelah yoongi. Yoongi pula hanya mengangguk perlahan dan operasi dimulakan.

--------

" doktor. Denyutan nadi pesakit dah semakin lemah ".

Ucap seorang jururawat yang memerhati mesin pengimbas nadi . Mata Yoongi luas terbentang apabila mendengarkan hal itu . Jantung ayah Jimin sudah hampir berhenti mengepam.

" ambik defibrilator! ".

Arah Yoongi cemas. Dia tak nak ayah Jimin mati.

[Defibrilator - alat untuk kejutkan jantung?] 

Banyak kali sudah yoongi mengenakan defibrilator ke atas ayah Jimin namun tiada perubahan.

" pesakit dah takde ".

Jatuh terduduk yoongi dibuatnya. Air matanya mengalir memikirkan apa yang akan jadi kat Jimin nanti.

" uruskan mayat dia ".

Ucap yoongi sebelum dia bangun untuk keluar .

" macam mana aku nak bagitahu jimin nanti? ".

Gumam Yoongi perlahan. Dia takut Jimin akan bencikan dia. Dia takut Jimin akan buat benda bodoh nanti.

-----------

[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now