+ 07

2.5K 299 60
                                    


" maaf pesakit tak dapat diselamatkan ".

Ujar Yoongi kepada isteri Kim Namjoon. Dia baru sahaja melakukan pembedahan ke atas pesakit itu. Kelihatan si isteri sudah pun menangis teresak esak. Yoongi faham perasaan tu. Faham sangat. Sudah tiga kali dia melalui situasi itu.

" harap puan dapat bersabar. Pihak kami dapat detected ketumbuhan tu bila dah tahap akhir. Jadi tiada peluang untuk dia terus hidup ".

Bahu wanita yang berumur 30-an itu ditepuk perlahan. Lagi sebak apabila melihat keadaan wanita itu - sarat mengandung. Kesian bayi itu nanti lahir tiada ayah.

" takpe la dah sampai masa dia. Saya reda ".

Wanita itu mengesat air matanya. Namun bukan mudah untuk air mata itu berhenti dari terus mengalir. Kehilangan suami di saat mengandungkan anak pertama mereka.

" saya pergi dulu ya puan ".

Yoongi meminta diri untuk pergi. Wanita itu hanya mengangguk.

------------

" nah ambik phone ni. Nanti senang la kau nak call aku ".

Sebuah kotak yang sederhana besar dihulurkan kepada Jimin yang sedang termenung. Jimin berpaling ke arah Yoongi.

" sejak bila hyung balik? ".

Jimin menyoal. Tula kuat sangat termenung sampaikan yoongi balik pun tak perasan.

" baru je. Ambik la cepat. Lenguh tangan aku ni ".

Sekali lagi Yoongi menayangkan kotak itu dihadapan jimin. Tangan kanan Jimin mencapai kotak tersebut lalu dibukanya.

" apa ni? ".

IPhone 6+ yang berada di dalam kotak itu diangkat lalu dibelek beleknya.

" tu phone la. Takkan tak kenal? Nanti ada apa² kau call la aku. Aku dah save nombor aku dalam tu. Nombor Taehyung pun ada ".

Jawab Yoongi seraya duduk di sebelah Jimin.

" tapi aku tak boleh terima. Banyak dah aku berhutang ngan hyung. Makan minum pun semua hyung yang tanggung. Aku pulak sedap² je duduk saja ".

Wajahnya ditundukkan. Bersalah dengan Yoongi.

" aku ikhlas ".

" tapi.. "

" tapi apa? ".

Mata Jimin direnung dalam. Menanti apa yang akan keluar daripada mulut Jimin.

" tapi aku mana pandai guna benda ni ".

Jimin tidak malu untuk menyatakan itu. Sebab dia tahu yoongi akan faham. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia memiliki benda sebegitu.

" nanti aku ajar ".

-------------

" taehyung! Kau buat apa ni?!  ".

Yoongi menengking. Wajahnya memerah menahan amarah. Tidak percaya dengan apa yang disaksikannya sekarang. Taehyung yang sedang cuba membuka baju Jimin tersentak.

" kau keluar sekarang! ".

Sekali lagi Yoongi menjerkah apabila melihatkan Taehyung yang tidak berganjak dari situ. Jimin sudah tertunduk. Cecair jernih mula bertakung di tubir matanya. Ingatkan Taehyung ni baik orangnya.

Baju yang berada di atas lantai dicapai oleh Taehyung sebelum dia meninggalkan bilik itu - taehyung half naked.

" maafkan aku sebab tinggalkan kau ".

Yoongi menarik Jimin ke dalam pelukannya. Cecair yang tadinya hanya bertakung kian tumpah juga.
Belakang badan Jimin ditepuk perlahan sebelum pelukan dileraikan.

" macam mana Taehyung boleh ada kat sini? ".

Soal yoongi. Baginya taehyung benar² melampau.

" dia mabuk tadi hiks. Jimin ajak dia masuk untuk rehat tapi lain jadinya hiks ".

Sedu sedan masih kedengaran. 

" kau rehat la dulu ".

-----------

" kau tau kan yang kau dah melampau?! ".

Yoongi bersuara agak kuat. Dia kini sedang bersua muka dengan Taehyung di sebuah restoran. Jimin yang sedang tidur terpaksa ditinggalkan di rumah walaupun yoongi agak khuatir.

" aku mintak maaf . Aku tak sengaja ".

Yoongi mendengus kasar. Begitu mudah Taehyung ucapkan perkataan maaf.

" aku mabuk time tu sebab aku stress. Aku takde niat pun nak buat macam² kat Jimin ".

Sambung Taehyung lagi setelah Yoongi tidak memberikan sebarang reaksi.

" kali ni aku maafkan kau tapi kalau kau buat lagi, siap kau".

Yoongi bangun daripada duduknya. Dia perlu segera pergi dari situ kerana dia masih risaukan Jimin.

" dan ingat!  Kau jangan jejakkan kaki kau kat rumah aku dalam minggu ni! ".

--------

" hyung.. Aku nak mintak tolong. Aku tahu aku dah banyak susahkan hyung tapi aku harap hyung boleh tolong aku ".

" apa dia? ".

Mata Jimin dipandang.

" tolong bawak aku jumpa appa. Aku rindu dia ".

-------------

[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now