BAB 34 (TAMAT)

10.4K 332 60
                                    

Dua Tahun Kemudian

"Assalamualaikum...Opah buat apa tu? Nak Aqif tolong apa-apa tak?" Aqif yang muncul tiba-tiba mengejutkan neneknya.... "Kuss semangat opah, hang ni lain kali bagi salam dulu." Pisau yang baru diasah diletakkan di atas singki.

Aqif tersengih menggaru kepalanya, rasanya sudah diberi salam. Biasalah neneknya itu memang suka berleter, pada mulanya dulu dia rasa takut juga, tapi bila sudah terbiasa, tambah-tambah sudah mengenali sikit-sikit loghat utara. Memang kadangkala kedengaran kasar, tapi hakikatnya mesra.

"Haa nak tolong opah kan? Ambik pisau ni tolong petik serai kat belakang tu sat boleh?" Kali ini giliran Aqif yang sedang mengelamun itu pula terkejut. Pisau yang dihulur neneknya disambut.

"Ambil daun apa nenek? Petai?"

"Bertuahlah cucu aku ni nak pi ambik petai pula....SERAI..S E R A I. Tu dalam pasu kat belakang rumah. Tahu tak?"

"Tahu tahu, hehehehe." Berdesup Aqif keluar dari rumah, kalau makin lama tunggu makin tak berhenti pula mulut neneknya itu membebel nanti.

Aduh banyak pula pasu di belakang rumah ni. Aqif mati kutu pula, bimbang tersalah petik. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti mana satu serai yang opah minta itu.

"Aqif buat apa bertinggung kat sini?" Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. Pantas dia menoleh, atuk! Alhamdulillah...Nasib atok datang tepat pada masanya.

"Errr, atok, ni pokok serai kan?" Aqif menuding jarinya pada satu tanaman didalam pasu. Terhambur ketawa Pak Azam.

"Tu daun pandan cek oi... Mai sini tengok atuk ambil mana satu, tengok betul-betul,nanti opah mintak lagi, Aqif boleh buat sendiri."

"Baik atuk." Kata Aqif sambil membuntuti langkah atuknya.

Dengan bangganya Aqif membawa serai untuk opah yang sedang memasak di dapur. Bau harum ikan stim itu membuat perut Aqif berkeroncong.

***

"Sedapnya mak masak..." Tiba-tiba Ustaz Kamal turut muncul di dapur itu. Dia mengangkat tudung periuk, menghirup bau ikan stim yang menggoda tu, terbayang enaknya apabila dimakan bersama nasi panas-panas.

"Aip, tak boleh!" Tudung periuk itu dirampas semula oleh Mak Zah. "Ni lauk orang berpantang, kita yang tak berpantang ni jangan kacau... Lauk tengahhari nanti kita makan ayam masak merah, sakgi mak nak masak ok." Kini Ustaz Kamal pula yang perlu menadah telinga dengan leteran Mak Zah. Aqif mengekek memegang perutnya melihat bapa tirinya itu hanya terkebil-kebil menahan liur melihat ikan stim itu dimasukkan ke dalam mangkuk.

"Nah bawakan untuk Aisya." Mak Zah menghulurkan talam berisi nasi putih, siakap stim, dan sup sayur untuk Ustaz Kamal.

"Aqif bawa air ni tau opah." Aqif mengambil gelas dan mengisikan dengan air suam. Opahnya mengangguk setuju sambil membuat isyarat ibu jari tanda setuju.

"Aqif nak kemana tu?" Aisya menegur Aqif yang terkocoh kocoh keluar setelah menghantar air. "Ikut atok! Aqif dengar bunyi motor tu nanti kena tinggal, bye ibu."

Aisya hanya menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz Kamal muncul di muka pintu membawa talam berisi makanan. "Hai awat sayang duk senyum sorang-sorang ni?" Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Abah tu la...suka menyakat. Dari masa saya kecik lagi, bukan nak ajak, dah start motor dia premm minyak kuat-kuat. Gelabah saya lari sebab nak ikut. Sekarang Aqif pula. Hahaha..."

Ustaz Kamal memandang isterinya tidak berkelip. Aisya yang sedang ketawa itu kelihatan sangat cantik pada matanya, dengan rambut yang disanggul tinggi, berbaju kedah, berkain batik.

"Amboi happy bini abang ni, nganga mulut tu nak suap ni. Kalau tidak abang suap diri sendiri." Ustaz Kamal berpura-pura mahu menyuapkan sudu ke mulutnya sendiri.

"Eleh teringin cakap la, buat-buat ugut orang pula." Aisya mencubit dagu suaminya itu.

"Aiseyhhh, nampak sangat ke desperate kat muka abang ni?" Ustaz Kamal berpura menyentuh wajahnya sendiri.

Kemudian mereka ketawa bahagia.

"Syhhhhh...nanti mak dengar sayang gelak kuat kuat dia naik bebel baru tahu..." Ustaz Kamal meletakkan jarinya pada mulut isterinya...

Makin terhambur ketawa Aisya sehingga keluar air mata, tidak sangka suaminya itu pun takut dengan bebelan emaknya.

***

Tiba-tiba bayi mereka mula merengek. "Haa abang la ni...Bising. Kan Qisha dah bangun." Aisya bangun mendapatnya anak mereka.

Dia menyusukan anak itu sambil suaminya menyuapkan dia makanan.

"Abang suap tengok atas tau, bukan tengok bawah. Mulut Aisya kat atas..."

Memerah wajah Ustaz Kamal apabila ditegur, kantoi pula mengintai isteri sendiri menyusu. Adoi.

"Ehhh mana ada, abang tengok Qisya. Wekkk." Coverline tak jadi pula.

Ustaz Kamal mengangkat Qisya yang sudah tidur semula dan meletakkan bayi itu di atas katil. Kemudian dia melabuhkan punggungnya disebelah Aisya.

Tangan Aisya diraih dan diusap lembut sebelum dikucup perlahan. "Sayang...Abang ada berita baik ni..."

"Apa abang?"

"Rumah baru kita dah diluluskan." Segugus kunci yang diikat dengan key-chain berbentuk love dihulurkan kedalam tangan isterinya.

"Alhamdulillah."Aisya memeluk suaminya. Alhamdullillah, hatinya tidak henti mengucapkan syukur.

Keajaiban berlaku apabila pembedahan membuang tumor dua tahun lepas berjaya. Kata doktor, mujur tumor itu tiada cancer cell dan kerana itu juga ia tidak merebak, cuma membesar dan menjadi berbahaya sekiranya tidak dibuang. Dan Ustaz Kamal menunaikan janjinya untuk menikahi Aisya selepas itu.


Sebulan selepas mereka bernikah, permohonan Ustaz Kamal untuk mengajar di Perlis diluluskan, dan mereka berpindah ke kampung dan menumpang di rumah abah Aisya kerana lebih dekat dengan sekolah tersebut.


Tidak lama selepas itu, Ustaz Kamal dinaikkan pangkat sebagai guru penolong kanan sekolah tersebut. Dan kini, impian mereka untuk mempuanyai rumah sendiri pula sudah tercapai. Rezeki Aqif dan Qisya barangkali.

"Aisya, terima kasih kerana membahagiakan abang." Ustaz Kamal menguncup dahi isterinya. "Kebahagiaan Aisya juga takkan sempurna jika tidak kerana Kamal." Aisya memeluk suaminya.

(Aisya bererti – kebahagiaan , Kamal bererti – sempurna).

"Astaghfirullah hal Azim!!!!"

Pelukan mereka segera dilepaskan apabila Mak Zah terpacak di muka pintu. Ustaz Kamal menelan liurnya, gerun jika Mak Zah membebel lagi, mungkin ibu mertuanya itu akan tersalah sangka dengan pelukan mereka tadi.

"Mak dah siapkan air mandian Eca. Ingat pantang ada lagi sebulan." Mak Zah segera berlalu pergi, tapi sempat lagi meninggalkan pesan yang 'deep' untuk menantu dan anaknya itu.

Ustaz Kamal menampar dahinya... Malu.. Aisya ketawa bahagia.

"Terimakasih Allah kerana masih mengizinkan aku bahagia...."    


______________________________________

Assalamualaikum readers yang disayangi....

Maaf kerana ambil masa yang lama untuk tamatkan cerita ini.

Terima kasih atas sokongan tidak bertepi kalian.

Maafkan jika penuh kekurangan dalam karya pertama saya ini.


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now