BAB 19

5.1K 199 18
                                    

Makanan yang dipesan sudah dihantar. Aqif menjamah nasi goreng ayam dengan penuh berselera, manakala Aisya dan Ustaz cuma memesan roti naan cheese.

"Sedap Aqif? Nak makan apa-apa lagi tak?" menegur Aqif yang menjilat jarinya, Aqif memandang kepala sampil mengukir senyuman, dia menggeleng ceria. "Aqif dah kenyang."

"Aik, kata apa Aqif?" Ibunya membelai rambutnya yang kusam, entah mandi entah tidak selama beberapa hari ini. Hati Aisya diburu rasa sebak, namun dia mengawal perasaannya.

"Terima kasih Ustaz." Aqif tersengih-sengih. Ustaz Kamal yang duduk bertentangan dengan Aqif di meja makan tersebut membalas dengan senyuman ikhlas.

Aisya memeluk bahu anaknya dan melentokkan kepalanya diatas kepala Aqif, rasa rindunya tidak tergambar lagi. Mata Aqif membulat kerana tidak percaya ibunya memeluknya. Ustaz Kamal menganggukkan kepalanya pada Aqif, mententeramkan emosi berkecamuk anak kecil itu.

"Aqif....Aqif pergi mana dah dua hari Aqif tinggalkan ibu."

Aisya memegang kedua bahu Aqif dan menarik Aqif menghadapnya.

"Aisya,biarlah Aqif rehat dulu malam ni, nantilah kita sembang lagi." Ustaz Kamal menyampuk apabila melihat Aqif tertunduk, masih tersisa ketakutannya pada Aisya yang selama ini juga kerap merotannya walaupun tanpa sebab.

Sebenarnya Ustaz Kamal sudah tahu segalanya dari pihak polis tadi. Mereka menemui Aqif di pasar malam, Aqif sedang mengambil upah menolong peniaga ikan memunggahkan ikan dari lori. Dua malam itu pula Aqif menumpang tidur di surau, itupun sekadar di anjung luar sahaja kerana pintu dikunci selepas waktu Isya'. Ustaz tahu betapa kuatnya semangat Aqif untuk survive bersendirian, dia tidak menyerah dan meminta sedekah, namun simpatinya pada anak kecil itu melimpah ruah.

Aisya memandang Ustaz Kamal tidak berkelip.

"Nanti kita sembang." Pujuk Ustaz Kamal lembut, akhirnya Aisya menyerah.

"Dah Aqif tak perlu ingat lagi memori mcm tu, lepas ni ibu akan selalu jaga Aqif. Yang penting Aqif ada ibu dan kita boleh hidup bahagia kan?" Aisya menceriakan wajahnya memujuk Aqif yang dari tadi kelihatan serba salah untuk bercerita.

"Tapi siapa pula nak jaga ibu?"

Puufff. Soalan cepumas dari Aqif itu membuatkan ustaz yang sedang menghirup teh o suam itu tersembur kembali. Serentak Aqif dan Aisya memandang Ustaz Kamal dengan pandangan pelik.

"Eh air ni panas." Ustaz Kamal tersengih. 'Aduh control Mal, control!'

"Ye ke panas? Suam je ni, dah nak sejuk pun." Aisya mengomel sambil meletakkan tangannya di tepi cawan Ustaz Kamal, cuba memeriksa suhu. Ustaz Kamal menggaru belakang telinga, kehabisan kata-kata untuk menyelamatkan diri. Aisya dan Aqif mengekek ketawa dengan gelagat Ustaz Kamal.

***

"Aqif masuklah mandi-mandi, lepas tu pergi tidur ya." Pesan Aisya pada Aqif yang kemudian menuruti tanpa banyak soal. Setelah bayangan Aqif hilang dari pandang, Aisya memandang Ustaz Kamal yang sedang memeluk tubuh bersandar pada dinding menghadap dirinya yang sedang menyendeng di pintu rumahnya. Terasa segan apabila menyedari Ustaz Kamal tak lepas memerhatikan dirinya.

"Terima kasih untuk semuanya Ustaz Kamal." Aisya menyimpul senyumnya.

"Sama-sama Aisya Hani. Saya balik dulu ya."

"Bye ustaz." Aisya melambai Ustaz Kamal, senyumnya masih terukir manis.

"Assalamualaikum Aisya." Ustaz Kamal pun berlalu pergi. Baru beberapa langkah, Ustaz Kamal berpusing dan memberikan senyuman paling manis untuk Aisya, melambainya kembali.

"Aisya, jaga diri awak."

Pesanan terakhir Ustaz Kamal menggegarkan hati Aisya yang lama beku. Dia segera menutup dan mengunci pintu. Aisya bersandar pada pintu, memejamkan matanya membendung rasa bahagia yang dia sendiri tak tahu ungkapkan.

***

Aisya membaringkan dirinya. Fikirannya terbayang wajah manis Ustaz Kamal. Dia memeluk bantalnya dan berpusing mengiring. Senyuman manis Ustaz Kamal menampakkan segaris giginya yang tersusun rata, membuatkan ia ternampak begitu ikhlas sekali.

Telefon bimbitnya dicapai. Dia membuka aplikasi Whatsapp dan mencari nama Ustaz Kamal. Gambar profile picture ustaz ditatap lama, saat dia ingin memetik butang 'Save Picture', jemarinya tersalah alamat.

Aisya menepuk dahinya kuat.

"Assalamualaikum, kenapa Aisya?Awak ok tak?" Suara Ustaz Kamal terdengar risau dihujung talian.

"Err waalaikumussalam, tak da saja nak tanya ustaz dah sampai rumah ke? Eh takpelah Assalamualaikum." Gelabah Aisya memutuskan talian, dia tidaklah mahu Ustaz Kamal sampai tahu yang dia stalk Ustaz Kamal. Dia menutup wajahnya dengan selimut.

"Argghhhh! Malunyaaaa."

***

"Kamal belum tidur?" Nenek Kalsom mengetuk pintu bilik anaknya yang tidak ditutup rapat.

"Belum mak, kerja belum siap, Mal ingat mak dah tidur tadi balik rumah gelap je. Masuklah mak." Panggil Ustaz Kamal sambil menepuk ruang sebelah katilnya yang kosong.

Nenek Kalsom melabuhkan punggungnya disebelah anaknya yang sudah meningkat dewasa tu. Cuba mengintai kerja Ustaz Kamal kemudian mengerutkan wajahnya apabila tidak faham sepatah pun apalah Ustaz Kamal tengah menulis kusyuk.

"Kosong je tepi katil kau ni Mal. Bilanya nak berteman?"

"Hahaha Mak merepek apa malam-malam ni mak, mengantuk la tu." Ketawa ustaz Kamal. Dia meletakkan pen dan menutup buku pelan pengajarannya.

"Eh buatlah kerja tu, Mak nak borak je."

"Dah siap dah pun Mak."

Nenek Kalsom menepuk ruang kosong katil Ustaz Kamal yang bersaiz King, tapi dihuni seorang tidak berteman.

"Kamal takdak marka ka?" Tiba-tiba soalan cepumas Nenek Kalsom menikam Ustaz Kamal yang sedang mengemas beg sandangnya. Dia menelan liur.

"Hahaha sah mak ni dah mengantuk."

"Dah mak tak mengantuk pun. Yelah umoq hang memang la hang rasa muda, baru 33 kan, hang jangan lupa, mak ni makin hari makin tua. Mak nak la jugak sempat tengok menantu mak, nak tengok dia boleh dak jaga hang, sayang hang, macam mak sayang kat hang ni."

"Mak kata nak borak-borak, berat sungguh topik mak nohhh."

"Mak serius ni Mal." Nenek Kalsom menepuk peha anaknya. "Haa Mal, mak lupa nak habaq, tadi Sakinah call mak, dia kirim salam dekat Mal."

"Sakinah?"

"Sakinah anak Haji Bakri ketua kampung kita tu. Ingat tak?"

Ustaz Kamal menelan liur. 

____________

Nak berbincang secara hati ke hati dengan korang yang selalu support cerita ni. Sebenarnya awalnya saya tak plan pun nak letak watak Ustaz Kamal ni sebab saya nak buat cerpen pendek pasal anak dan ibu je. Tiba-tiba cerita ni jadi meleret dan hilang fokus saya terhadap anak tu sebab Aisya pun perlukan hidup dia semula, right?

Korang izinkan tak kalau saya nak tukar nama novel ni?

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now