BAB 22

4.9K 190 25
                                    

"Awal Aqif bangun."Aisya yang sedang menggoreng nasi untuk sarapan menyapa anaknya yang baru bangun dari tidur. Aqif menggenyeh matanya dan tersengih pada ibunya. "Harini kan Sabtu, Aqif nak pergi belajar kat rumah Ustaz Kamal." Ceritanya ceria. Ibunya tersenyum lebar apabila mendengar nama Ustaz Kamal. Haish, dengar nama pun dah senyum lebar kalau dapat tengok muka tak payah sarapan dah kenyang.

"Sedapnya bau nasi goreng ibu! Aqif nak..." Laju Aqif mengambil pinggan dan sudu sambil menunggu di sebelah dapur. "Hamboi! Hahaha. Siapa tak mandi tak boleh makan." Dengar sahaja ugutan Aisya bergegas dia meletakkan pinggan dan sudu diatas meja dan mencapai tualanya masuk ke bilik air. Mengekek Aisya tergelak melihat kelakuan anaknya itu.

Nasi goreng Aisya memang sangat sedap. Bukan nasi goreng je, semualah air tangan Aisya memang sedap. Tetapi jarang sekali dia masak, kiranya kalau ibunya masak, memang hari itu durian runtuh bagi Aqif. Tidak hairanlah beria benar ingin menjamah sarapan pagi itu, dia rindu masakan ibu.

Selesai memasak, Aisya menukar pakaian kerjanya. Kata Syah kelmarin, dalam masa seminggu baru uniformnya siap, jadi buat masa ini dia diminta untuk memakai t-shirt putih kosong dan slack hitam. Rambutnya disanggup rapi, dikemaskan lagi dengan cekak putih dengan ribbon seketul.

"Ibu jom makan. Aqif dah siap mandi." Panggil Aqif dari disebalik pintu bilik. "Orait!" Jawab Aisya ceria.

***

"Mak masak nasi lemak ka pagi ni?" Ustaz Kamal mengambil tempatnya di meja.

"Kinah yang masak, Mal, mak potong teloq ni ja." Nenek Kalsom meletakkan semangkuk telur rebus yang siap dibelah dua diatas meja kemudian mengambil tempat disebelah anaknya.

Sakinah mencedok nasi kedalam pinggan mereka bertiga, sesekali matanya menjeling ustaz Kamal. Nampaknya Ustaz Kamal pun tidak sabar untuk keluar dengannya, pagi-pagi lagi sudah bersiap segak. Ustaz Kamal yang memakai t-shirt polo hitam itu seperti magnet yang menarik matanya tidak berkelip.

"Hmm hmm." Ustaz Kamal berdehem. Tersipu-sipu Sakinah mengambil tempatnya di hadapan Nenek Kalsom.

"Abang Kamal nak bawa Kinah jalan mana hari ni?"

Hampir tercekik rasa sambal ikan bilis yang sedang dikunyah Ustaz Kamal, dia melemparkan pandangan pada emaknya.

"Abang ada kelas pagi ni, petang sikit lah kita keluar." Ustaz Kamal memandang Sakinah, berharap gadis itu memahami.

"Ala nanti petang-petang panas lah, tak sempat Kinah nak tengok banyak tempat." Sakinah memuncungkan mulutnya.

Nenek Kalsom merasa simpati kepada Sakinah, kasihnya pada gadis itu seperti seorang ibu pada anaknya, kerana dia tiada anak perempuan, dan Sakinah pula begitu manja dengannya kerana dia pula tiada ibu.

"Kamal, kelas tu kamu tangguhkan la dulu. Takkan tak boleh kot..." Emaknya cuba memujuknya. Aduh, rayuan emaknya itulah kelemahannya.

"Betul tu Mak Com, Kinah datang bukan lama pun kan. Kinah tak pernah jalan-jalan KL." Sakinah mengambil peluang menggunakan Nenek Kalsom untuk memujuk Ustaz Kamal kerana dia tahu rayuannya tidak dipandang.

"Hmm." Jawab Ustaz Kamal pendek. Seleranya putus.

***

Aqif merenung jam, 0800 pagi. Awal lagi, Ustaz Kamal berjanji yang akan mengambilnya pukul 10 pagi. Dia mengambil penyapu dan mula membersihkan rumahnya. Baju yang Aisya sudah siap basuh dikutipnya untuk disidai. Setelah siap semua kerja dia duduk disofa dan merenung jam lagi, baru 0915. 'Aduh lamanya, Aqif dah tak sabar nak jumpa ustaz dan nenek Kalsom ni.' Bisik hatinya.

"Hai... Good Morning." Aisya menyapa tiga orang pekerja lain yang sedang menyimpan barang di locker. "Morning, eh youlah pekerja baru yang Syah semalam tu, hai...Saya Safi.." dia menghulurkan tangan. Aisya menyambut sambil menghadiahkan senyuman.

"Banyakler engkau Safi, Safiq lah. Hahaha. Abaikan dia, nama kau sape?"seorang gadis berambut pendek menyampuk cakap Safi, kemudian Safi menampar lembut bahunya, tanda protes. Aisya tergelak melihat gelagat mereka.

"Aku Aisya, Aisya Hani." Dia menghulurkan tangannya pada gadis itu.

"Lah nasib orang panggil kau Aisya, nama kita samalah. Aku Nur Haney, panggil Haney je. Yang tengah sibuk susun locker dia tu Lan. Ko dah dapat tugas ke?"

"Belum." Aisya menggeleng.

"Letaklah barang kau dulu, nanti Syah mesti briefing dulu." Haney menunjukkan tempat sementara untuk Aisya meletakkan barang peribadinya sebelum mendapat kunci locker. Aisya mengangguk.

Handphonenya dikeluarkan untuk melihat kalau-kalau ada mesej atau panggilan penting sebelum dia meletakkan di locker.

'Eh mesej dari Ustaz Kamal, kenapa pula ni?' Cepat je tangannya memetik butang 'READ'.

From : Ustaz Kamal Aqif

Assalamualaikum Aisya, tolong maklumkan pada Aqif kelas harini batal. Saya ada hal urgent tiba-tiba ni. Terima kasih.

Tidak sempat lagi dia hendak membalas mesej tersebut, tiba-tiba Syah muncul dihadapannya.

"Haa Aisya, jom ikut saya sekejap." Panggil Syah.

Aisya menyimpan kembali telefon bimbitnya itu kedalam beg dan menonong pergi mengikut langkah Syah menuju ke pejabatnya.

***

"Comel gila kan pertunjukan anjing laut tadi." Sakinah menepuk tangannya riang.

"Ha? Ha ah, betul." Ustaz Kamal pura-pura memberi perhatian dengan apa yang dikatakan Sakinah.

"Ish abang ni...Abang tengok ke tidak tadi."Sakinah menarik muncung panjang apabila Ustaz Kamal menjawab seperti tidak ikhlas.

"Abang tengoklah. Dah nak maghrib ni, jom balik." Ustaz Kamal mengerling jam di tangannya.

"Alaaa....Dah nak balik ke?" Sakinah mempamerkan wajah yang kecewa.

"Yelah, balik sembahyang maghrib."Jawab Ustaz Kamal seraya bangkit berdiri. 'Dia ni selagi aku tak bangun dia pun tak bangun lah.'.

"Alaa, Kinah teringin sangat nak pergi KLCC." Sakinah menarik lengan baju Ustaz Kamal. Ustaz Kamal tersentak dan merentap tangannya.

"Abang....please......solatlah situ..." Rayuan Sakinah tidak dilayan apabila Ustaz Kamal mengatur langkah meninggalkannya...

Sakinah berlari anak mengejar Ustaz Kamal dan memegang lengan Ustaz Kamal...

"Please abang.."

Ustaz Kamal menarik tangannya dan menghembus nafas berat.

"Ye lah. Tapi jangan pegang-pegang abang lagi."

Mata Sakinah bersinar ceria. Dia membuntuti Ustaz Kamal menuju ke kereta. Kereta yang dipandu Ustaz Kamal bergerak meninggalkan Zoo Negara menuju ke KLCC.

"Abang..." rengek Sakinah lagi. Ustaz Kamal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa rimasnya dengan Sakinah sudah tidak boleh ditahan lagi.

"Apa?"

Sakinah tunduk memegang perutnya..

'Apa lagi ni....'fikir Ustaz Kamal.    

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now