BAB 8 - PARANOID

5.3K 229 17
                                    

Aisya tercungap-cungap menutup pintu. Jantungnya masih berdegup laju dan peluh membasahi tubuhnya. "Tak ada apa, tak ada apa." Aisya cuba menenangkan dirinya sendiri. Aisya menekap telinganya pada pintu bilik untuk mendengar perbualan lelaki asing itu dengan Aqif. Tetapi kepalanya masih pening dan dia tak dapat untuk fokus mendengar perbualan mereka. "Apa-apa jelah." Dengus Aisya sambil berlalu ke katil.

Aisya menelan panadol dan merehatkan dirinya dengan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal dan fikirannya mula menerawang jauh. 'Siapa lelaki tadi tu eh?' tanya Aisya sendiri sambil menggosok dagu. "Eh entah siapa-siapa je masuk rumah aku ni, entah-entah penculik ke perompak ke, perogol ke, OMG!" Tiba-tiba dia berubah fikiran menjadi sedikit paranoid. Maklumlah sindrom mak-mak walaupun dia tidak melayan Aqif seperti seorang mak. Dia menyarungkan sweater, memakai seluar kembali, dan mencapai 'Shieltox' penyembur nyamuk sebagai langkah berjaga-jaga.

Tombol pintu dipulas perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Pappp. Dia melompat sambil membuka kuda-kuda padahal dia tidak pernah pula mengikuti kelas silat selama ini, tangannya lurus kedepan memegang botol ubat nyamuk tersebut dengan jari yang tersedia pada picu untuk menembak.

Aqif yang sedang mengelamun pada grill memerhatikan langkah Ustaz Kamal berlalu menoleh kebelakang dan terkejut melihat perlakuan ibunya. "Ibuuuuu, jangaannnnnnnnn..." jerit Aqif. Aisya gelabah hingga tercampak botol 'Shieltox' itu kebelakang. Aqif mengurut dadanya yang masih berdebar tapi bersyukur kerana bernasib baik tak kena tembak dengan ubat nyamuk tadi.

"Mana orang tadi?" tanya Aisya. "Tu Ustaz Kamal yang ajar Aqif kat sekolah, ustaz dah balik tadi. Ibu nak pergi mana?" Aqif menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Errmm, pergi...dapur.." laju Aisya berpaling dan berlalu ke dapur sambil menahan ketawa. Malu betul sebab over react tadi, ustaz si Aqif ghupenya. "Selamat si Aqif tu lurus, kalau tidak mampus digelaknya aku. Hahaha." Aisya ketawa seorang diri. 

________________________________________________________________________________

Alamak sorry guys lama tak menulis, panaskan enjin jap, hahaha, episod ni paling pendek rasanya. Ampuuun, harap terhibur dengan cerita saya. Terima kasih yang baru follow dan pada yang sudi untuk letak dalam bookshelf masing-masing, saya sangatttt hargai dan berjanji akan berikan yang terbaik, insyaAllah. 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now