BAB 17

5.3K 196 18
                                    


"Mal pi mana tadi?" tanya Puan Kalsom sambil memperlahankan volume televisyen yang sedang ditontonya apabila melihat anaknya pulang dengan basah kuyup.

Ustaz Kamal meletakkan helmetnya di atas rak dan membuka jaket kulitnya. Salah pula percaturannya untuk pergi mencari Aqif dengan motorsikal supaya tidak tersekat dengan kesesakan bandar Kuala Lumput itu, tiba-tiba hujan lebat yang turun.

"Eh awat mak tak tidoq lagi ni?" Ustaz Kamal cuba mengelak dari soalan emaknya.

"Ni ha cerita ni best pula. Eh hang ni pi jumpa marka ka? Ada marka tak nak cerita dengan mak ka?" Nenek Kalsom menyakat anak tunggalnya.

Ustaz Kamal menggaru kepalanya sambil mengangkat kening kepada Nenek Kalsom.

"Tak adalah mak. Laa mak ni pun dah malam-malam ni pun duk layan Zul Ariffin lagi ka, patutlah tak mau tidoq." Ustaz Kamal mengambil kesempatan untuk mengusik emaknya apabila ternampak Nenek Kalsom sedikit leka apabila watak Zul Ariffin sedang beraksi.

Nenek Kalsom ketawa besar. Ustaz Kamal mengurut bahu ibunya tanpa disuruh.

"Haish hang ni pun. Mak tengok ni Kesian si Sara Ali ni haa dia kena rogol, hancur hidup dia Mal."

"Apa mak?"

"Kena rogol la, tu ha mengandung tu."

Fikiran Ustaz Kamal tiba-tiba teringatkan Aisya dan Aqif. Dia merasa sayu.

"Adoi! Apa buat mak sakit-sakit ni. Berangan pula dia, dah la pi masuk mandi, hujan-hujan tu sakgi demam." Jerit Nenek Kalsom apabila tangan Ustaz Kamal yang sedang mengurutnya itu tiba-tiba memicitnya dengan sedikit kuat.

"Sorry mak, hahaha sorry." Ustaz Kamal mencium pipi ibunya, manja. Belum sempat Nenek Kalsom memukulnya dengan bantal, laju dia bangun mengelak. Nenek Kalsom menggeleng-geleng dengan kelakuan anak terunanya yang tidak sedar diri sudah tua namun asyik hendak bermanja.

Selesai mandi dan menunaikan solat Isyak, Ustaz Kamal merebahkan dirinya keatas katil. Di luar masih hujan lebat, hatinya gelisah teringatkan Aqif yang entah dimana. Tiba-tiba telefon bimbitnya bordering, 'Aisya Aqif'.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumumussalam Ustaz. Aqif macam mana ustaz, dah jumpa ke ustaz?" Kedengaran suara Aisya dari hujung talian juga gelisah sepertinya.

'Aik, aku suruh save number sendiri je tadi, sempat dia ambil sekali number aku.' Ustaz Kamal segera bangun duduk bersandar dikepala katil.

"Aisya. Saya baru balik je cari dia dari lepas maghrib lagi, tak jumpa langsung tanda apa pun Aisya." Dia meraup wajahnya.

"Ustaz saya takut saya tak akan jumpa dia lagi." Aisya menangis.

Hati Ustaz Kamal meruntun mendengar tangisan Aisya. Dia kini yakin perasaannya kepada Aisya bukan sekadar suka, tetapi dia cintakan wanita itu.

"Janganlah cakap macam tu. Esok lepas waktu sekolah saya ambil Aisya, kita pergi buat laporan polis lagi. Aisya doa banyak-banyak. Doa Aisya untuk Aqif tak ada hijabnya." Ustaz Kamal menenangkan Aisya walaupun hatinya sendiri turut bergelodak rasanya.

"Hmm."Jawab Aisya perlahan dalam sedunya.

Aisya terus memutuskan talian. Ustaz Kamal kembali berbaring sambil meletakkan tangan ke atas dahinya. Fikirannya kusut sekali merisaukan jika Aisya bertindak gila lagi, maklumlah emosinya masih tidak stabil, dan dia juga risaukan si Aqif yang masih hilang tanpa khabar berita.

***

Sayu hati Ustaz Kamal semasa mengajar apabila melihat tempat duduk Aqif yang kosong. Selama ini dia tidak pernah tengok anak itu tidak hadir ke sekolah walaupun dia tidak sihat. Walaupun banyak lagi kerja perlu diselesaikan, dia merancang untuk menyiapkan dirumah nanti. Sekarang dia perlu mencari Aqif, lagipun dia sudah berjanji dengan Aisya akan membawanya ke balai polis selepas tamat waktu persekolahan.

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now