BAB 23

4.6K 186 4
                                    

"Ok Aisya, dah tengok kan cara Haney, Lan, Safi layan customer tadi?" Syah menyilangkan tangannya sambil bersandar pada kabinet sos. Aisya mengangguk semangat, wajahnya kekal ceria.

"Hah tu ada next customer tu macam pening-pening nak masuk kedai mana tu, cepat Aisya! Your turn." Syah menuding jarinya pada pintu masuk kedai.

"Now?"

"Ye la cik adik. Pergi tunjuk menu kat depan tu je, kalau dia setuju makan sini, tunjukkan mereka meja kosong. Ok?" Syah menunjukkan isyarat OK dengan jari telunjuk dan ibu jarinya disatukan berbentuk bulat.

"Baik bos!"Aisya menggenggam tangannya dan melangkah pergi sambil mengukir senyuman mesra. 'Ala apedehal sangat layan customer, aku kan dah biasa kat gerai wafer dulu.' Gumam hatinya sendirian.

***

Sakinah melambai Ustaz Kamal yang tercari-cari kelibat dirinya selepas keluar dari surau. Ustaz Kamal berjalan menghampiri gadis tinggi lampai itu. Sakinah yang sedang duduk, berdiri dan segera membuntuti Ustaz Kamal menuju ruang lif.

"Tadi Kinah, dalam kereta Kinah nak cakap apa?" Soal Ustaz Kamal selepas keluar dari Surau KLCC. Perbualan Sakinah tadi terhenti apabila azan maghrib berkumandang. Kemudian, Sakinah pula tertidur, lalu tinggallah tertanya-tanya apalah yang Sakinah hendak memberitahunya. Risau pula hatinya melihat Sakinah yang memegang perut sambil tertidur, sakitkah dia?

Pintu lif terbuka, mereka turun ke tingkat bawah.

"Sakinah! Abang tanya ni dengar tak?" Ustaz Kamal mengeraskan suaranya sedikit apabila Sakinah yang seperti rusa masuk kampung melihat suasana KLCC itu tidak mempedulikan soalannya.

"Tadi? Hehehe, Kinah laparlah abang......." Rengek Sakinah manja.

"Kalau macam tu... Jomlah kita makan dirumah, mesti mak abang dah masak." Langkah Ustaz Kamal terhenti, mengajak Sakinah pulang. Dia melirik jam ditangannya, sudah menganjak 8.30 malam, kasihan emaknya, pasti sudah menunggu mereka.

"Kinah dan call Mak Com dah. Mak Com kata makanlah luar, tak apa." Sakinah memujuk Ustaz Kamal.

"Lah abis mak makan apa?" Ustaz Kamal memegang dahinya, geramnya rasa hati dengan Sakinah ini.

"Mak Com suruh bungkuslah apa-apa. Eh, jom lah makan situ macam menarik jeeee abang." Sakinah segera mematikan kata-kata Ustaz Kamal dengan menarik lengannya ke sebuah restoran disitu. Ustaz Kamal tergamam dan mengikuti langkah gadis itu sambil cuba merungkaikan tangannya.

***

"Selamat datang Encik, Puan, kita ada promosi...malam...ini.."Suara gadis itu tersekat-sekat. Mata Ustaz Kamal terbuntang melihat Aisya yang juga terkejut sepertinya. Pantas lengannya direntap dari tangan Sakinah.

Aisya menelan liurnya. Pelbagai persoalan menyerbu benaknya, meninggalkan rasa seperti sesak nafas. Dia memejam matanya mengumpul kekuatan dan berpura-pura tiada apa-apa.

'Ini kerja Aisya, kau kena professional' bisik hatinya. Aisya mengukir senyuman, manis.

"Kita ada promosi malam ini, ada 50% diskaun untuk set Hainan Chicken Rice ni, Puan nak makan sini atau take away." Nada perkataan PUAN itu sengaja ditekan tetapi jelingannya tajam pada Ustaz Kamal.

"Saya nak makan sini." Riang nada Sakinah, yang perasan akan situasi tegang yang berlaku dihadapannya, tetapi pura-pura tidak nampak.

"Baiklah kalau macam tu jom ikut saya." Laju Aisya melangkah menunjukkan meja dan meninggalkan mereka bersama menu.

"Haney please tolong aku boleh?" Aisya menyerbu Haney yang sibuk membersihkan meja, berharap Haney sanggup menolongnya melayan sepasang pelanggannya itu, dia berjanji akan menyiapkan kerja Haney.

"Kenapa ni beb?" Hani memegang bahu Aisya, walaupun itulah hari pertamanya mengenali gadis itu, Haney merasa selesa dengan Aisya yang suka tersenyum dan ringan tulang.

"Please." Wajah Aisya kelihatan benar-benar memerlukan pertolongannya.

"Pasangan tu?" Haney menunjukkan jarinya kepada pasangan yang sedang membelek menu. Aisya mengangguk laju.

"Yelahhh, no problem..." Haney menyerahkan kain pengelap meja pada Aisya.

"Thank you Haney. Thank youuu." Bersinar mata Aisya, sungguh-sungguh berterima kasih pada Haney. Buku order dan kain pengelap bertukar tangan.

***

"Aisya awak okay?" Tegur Syah yang sedang mengira sales apabila melihat Aisya lebih banyak murung dan kadang-kala seperti berkhayal sambil menyapu lantai.

"Eh saya okay Syah."Aisya mempamerkan senyuman palsunya.

"Sya, you rasa tak best ke kerja dengan kitorang....?" Safi turut menyampuk kerana dia turut perasan perubahan Aisya selepas Maghrib tadi. Wajahnya dikerutkan, sedih.

"Eh no... Bukan sebab korang la, Aisya suka kerja sini, korang semua baik." Aisya mencuit dagu Safi. Safi mengekek geli.

"Biasalah first day kerja korang ni... Penat lettew... Macamlah korang tak tahu penatnya kerja kedai makan ni. Dah biasa nanti sadolah macam kita, kan Aisya kan.." Haney mengelip matanya pada Aisya. Aisya mengangguk. "Betul cakap Haney tu, janganlah risau Syah, Safi."

"Haa baguslah macam tu, dah siap ke kerja semua, dah boleh tutup dah ni." Syah melihat jam pada telefon bimbitnya, sudah hampir pukul 11.15 malam. "Jumpa lagi esok..."

Sudah lengang ruang parking motosikal lewat malam itu. Aisya membuka kunci pada tayar motosikalnya, kemudian menyimpan beg tangannya dibawah seat. Helmet disarungkan, sempat lagi dia membetulkan rambutnya pada cermin sisi motosikalnya.

TIba-tiba datang sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R1 ditunggang seorang lelaki memakai full face helmet menyekat motosikalnya dari keluar.

"Aisya." 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now