BAB 11 - DARI FARMASI KE BOOTH WAFER

5K 211 20
                                    

"Assalamualaikum..." suara seorang wanita dihujung talian.

Aisya menelan liur. 

"Assalamualaikum, ya... Cari siapa ni? Hello....? Hello?" wanita itu meninggikan suaranya sedikit apabila Aisya masih membisu. 

"Mak." Terketar suara Aisya serentak bersama air matanya kerana rindunya yang dipendam diam selama 10 tahun kepada ibu yang melahirkan dan memanjakan hidupnya sebelum ini terburai malam ini.

"Aisya! Mak minta maaf nak, mak rindu sangat kat hang...Hang pi mana...Apa dah jadi sekarang, baliklah nak.... Mak rindu..."rintih ibunya. Ternyata masa 10 tahun yang diberi Aisya kepadanya telah dapat memadamkan amarah ibunya. Seorang ibu itu tetaplah seorang ibu walaupun semarah mana dia pada anaknya.

"Mak nak Aisya balik? Nanti Aisya balik mak...Aisya rindu mak...Rindukan ab.."

"Kau siapa! Kami tak da anak! Kau jangan berani nak jejak sini lagi!" kuat jerkah Pak Azam tiba-tiba menerusi handphone Aisya, hampir tercampak Aisya yang terkejut. Aisya tidak sedar sejak bila ayahnya merampas telefon dari ibunya tadi. Aisya mendengar hentakan kuat dari sebelah sana, ayahnya menghempas gagang telefon, talian dimatikan.

"Adilkah aku dihukum sebegini, Tuhan." Aisya menangis disisi kabinet, pura-pura sedang mengira stok supaya orang tidak mengesan tangisannya. Ya tangisan seorang Aisya. Tangisan yang tiada siapa pernah tahu walaupun anaknya sendiri, si Aqif. Dia terlalu terluka kerana ayahnya masih tidak mahu mendengar ceritanya, masih menghukumnya seperti pendosa yang keji.

***

"Abah, Eca nak kerja kat Klinik Kita yang baru bukak tu boleh? Ecah bosanlah duduk rumah tolong jahit manik baju orang je...Please abahku cayang bucuk bucuk."  Rayu Aisya sambil mencubit pipi kemudian ayahnya Pak Azam yang baru pulang dari mengambil upah potong rumput di kampung sebelah.

"Nak buat apa Eca, tak cukup ke makan kat rumah ni? Nanti dapat keputusan SPM Eca pi la mengaji universiti, tak payah aih kerja lagi, abah bolehlah jaga hang dengan mak hang." ayahnya menggosok rambut Ecah. Ecah menyendeng manja pada ayahnya.

"Tapi abah, Eca bukan nak duit, Eca nak belajar. Nanti Ecah nak sambung bahagian pharmacist bila masuk universiti, biarlah Eca biasakan diri dengan ubat-ubat kat klinik tu. Eca dapat kerja dah bah, kerja klinik. Eca minta guna telefon je tadi. Ala abah, bukan jauh pun, kat kampung ni je, jalan kaki pun sampai. Bolehlah abah, bolehlah, abah....abah..." rengek Aisya seperti anak kecil meminta mainan pada ayahnya, sambil mencium tangan tua Pak Azam.

"Okaylah tuan puteri abah. Tapi janji lepas dapat result kena berhenti kerja, lepastu masuk universiti. Abah nak Eca jadi orang pandai-pandai, biarlah abah dengan mak orang kampung biasa ja, asalkan anak abah berjaya. Dah boleh keluar rumah ni, jaga diri Eca elok-elok, ingat, Eca tu anak perempuan abah." Akhirnya Pak Azam kalah dengan rayuan anak kesayangannya, satu-satunya intan hatinya. 

"Yahuuuuuu, esok boleh mula kerja!" Aisya terus mencium pipi ayahnya tanda terima kasih.

***

"Assalamuaikum, kak! Ooo kakak?!" suara garau seorang lelaki mematikan lamunan Aisya tentang kemesraan yang berganti retak antaranya dan ayahnya.

Pantas Aisya mengelap saki baki air mata yang telah kering, dan mengukir senyuman paling indah untuk menutup kesedihannya sebelum bangun untuk melayan pelanggan pertamanya malam itu.

"Sorry saya tengah kira stok tadi..Nak apa encik?" Aisya tersengih sambil menahan ketawa melihat pelanggannya itu. 'Muka macam pakcik-pakcik ada hati panggil aku kakak.' Ngomel Aisya dalam hatinya.

"Saya nak wafer chocolate campur peanut butter satu." 

"Orait, Rm4.30 ye."

Sambil menunggu wafer masak, pelanggannya menyibukkan diri dengan telefon pintarnya, mungkin sedang mengelakkan situasi awkward antaranya dan Aisya yang hanya mengukir senyum, tapi yelah, obvious sangat senyuman Aisya tu sekadar fake smile.

Seperti deja vu, Aisya merasakan seperti pernah melihat pelanggannya ini kat tempat lain. Lelaki bertubuh kekar, tinggi, dan berkulit sawo matang ini macam sangat dikenalinya, tetapi dia tak ingat di mana. Bukan jenisnya menyapa orang yang tidak kenal jadi Aisya sekadar membiarkan anggapannya berlalu pergi begitu sahaja. 'Biasalah tu orang hensem dan dan macam pernah tengok, ihiks.' Aisya tergelak sendirian.

"Ha? Apa kak? Maaf tak dengar tadi.." lelaki itu serba salah ingatkan Aisya sedang berborak dengannya tapi dia pula tak tumpukan perhatian, sepatah pun dia tak perasan apa tiba-tiba Aisya ketawa pula.

"Eh tak, tak. Tak cakap apa pun, wafer ni dah siap." cover Aisya sambil buat-buat sibuk menyapu chocolate dan mentega kacang pada wafer pelanggannya.

'Ayok teruklah kau Aisya, nasib baik tak kantoi.' Bebel Aisya sambil mengetuk kepalanya apabila pelanggannya sudah berlalu pergi.

"Eh!" Tiba-tiba Aisya teringatkan sesuatu.

"ITUKAN USTAZ SI AQIF!"Haaa lepas kena ketuk baru nak berfungsi otaknya si Aisya, ye. Ustaz Kamal. 

***

Ustaz Kamal menghidupkan enjin keretanya, penghawa dingin dan radio dipasang. Dia menyandarkan dirinya pada seat dan mengambil wafer yang baru dibelinya tadi.

Dia merenung wafer itu dalam-dalam.

"Hmm, comel. Comel macam orang yang buat. Heee... Sayang nak makan." Ustaz Kamal tersengih panjang, wafer itu dikokaknya separuh sebelum bergerak pulang dengan hati yang riang.


______________

Hai Ustaz, tadi kata sayang nak makan, sekali kokak dah separuh, adakah ustaz sedang dilamun cinta?


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now