+ 01

5K 381 69
                                    

Ketukan di pintu kedengaran. Agak kuat sehingga membuatkan Jimin terjaga dari tidurnya. Dia bangun sambil mengeluh perlahan.

" erhh ".

Satu suara keluar. Badannya masih lagi terasa perit akibat terkena sebatan oleh ayahnya pagi tadi.

Jimin menggagahkan dirinya untuk bangun lalu menuju ke pintu bilik.
Pintu bilik dibuka . Satu figura yang amat dikenalinya sudah berada di hadapannya.

" appa.. ".

Panggil jimin perlahan. Figura yang berada di hadapannya sekarang ialah ayahnya. Ayah kandungnya sendiri.

" aku nak kau pergi mintak sedekah sekarang! Aku nak duit! ".

Begitulah kehidupan Jimin sehari hari. Ayahnya jadi sebegitu selepas dia tidak sengaja membunuh ibu Jimin. Hidupnya sudah tidak berguna. Pagi petang siang malam dia berjudi dan minum arak.

" tapi badan jimin sakit. Jimin tak larat. Tolonglah appa. Berhenti suruh jimin buat benda macam ni. Jimin boleh kerja tapi bukan sebagai peminta sedekah ".

Terang Jimin. Dia sudah tidak mahu jadi peminta sedekah. Dia cukup sifat. Dia tak patut jadi macam tu.

" kan aku dah cakap!  Kau tak patut kerja! Aku tak kira ! Aku nak duit sekarang jugak sebelum aku bunuh kau! ".

Ayah Jimin menengking. Jimin sudah ketakutan. Badannya sudah menggigil. Air mata bergenang di tubir matanya. Dia tidak mahu dipukul oleh ayahnya lagi. Dia tak mampu untuk tanggung perit itu. Dia perlukan seseorang.

" ok appa. Jimin pergi sekarang".

Jimin berlalu ke arah almari di dalam biliknya. Dicarinya baju yang koyak. Baju yang kotor. Nak pergi mintak sedekah mana boleh pakai cantik² .

Rambutnya dikusutkan. Dia mencapai satu bekas sebelum dia keluar dari rumah itu.

-----

Jimin duduk di satu tempat di sebuah pasar malam itu. Tangan kirinya sengaja dibuat buat agar kelihatan seperti orang cacat. Mulutnya disengetkan. Satu lagi tangannya memegang sebuah bekas kecil. Dia menunggu sahaja untuk orang kasihankan dia dan memberinya duit.

" harap muka je kacak tapi cacat. Dah la kotor. Eii jijik ".

Hampir setiap kali Jimin meminta sedekah, pasti dia akan terdengar ayat sebegitu. Memang tidak dinafikan jimin agak kacak. Tapi nasib dia tidak berapa baik. Dia terpaksa berlakon menjadi cacat untuk mencari duit untuk ayahnya.

" kesiannya.. Nahh ".

Duit diletakkan di dalam bekas yang dipegang jimin. Ada juga jenis manusia yang baik hati. Bukan semuanya jahat. Jimin tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

-----------

" mana duit aku?! ".

Belum sempat jimin nak berehat, ayahnya sudah datang menengking. Beberapa keping wang kertas diambil dari dalam poket seluarnya dan diserahkan kepada ayahnya.

" ni je?! Sikit la bodoh! Mana cukup ! Ni mesti kau dah kebas kan?! ".

Marah ayahnya. Matanya tajam memandang jimin yang dari tadi tertunduk.

" maaf. Jimin tak larat nak duduk kat situ lama² . Badan jimin sakit. Lagi pun harini orang tak ramai ".

" alasan! ".

Tali pinggang yang dililit di pinggangnya dibuka sebelum ia melayang di belakang jimin.

" argh! Sakit appa! ".

Raung jimin. Ayahnya tidak mengendahkannya . Tali pinggang itu masih ligat melibas belakang jimin.

" tolong appa!  Maafkan jimin! Nanti jimin cari lagi lain kali ".

Jimin menangis. Sudahlah sakit pagi tadi masih belum hilang ditambah pula sakit yang ini.

Tok! Tok! Tok! 

Pintu utama diketuk oleh seseorang. Ayah jimin berhenti melibas tali pinggangnya di badan jimin.

"Kau pergi buka. Kalau orang tu datang untuk mintak hutang, kau cakap aku takde kat rumah".

Ucap ayah jimin sebelum berlari keluar daripada rumah itu melalai pintu belakang rumah.

Jimin pula sekadar mengangguk. Dia menuju ke pintu utama sambil air matanya yang jatuh berguguran tadi dikesat. Pintu dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang tidaklah terlalu tinggi. Tidak juga terlalu pendek.

" maaf saya tak pesan pizza "

-----

Add to library, vote and comment ツ

Publish untuk Kali kedua huh :')

[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now