"Hoi! Kau mula dululah." Bisik Danish pada Aulia.

"Kaulah!"

"Kau!"

"Lelakikan pemimpin.."

"Lady's first. Utamakan kaum wanita.."

"Kepala otak kau. Masa-masa macam ni baru nak utamakan perempuan. Lady's first konon. Habis kau membuli aku tu, apa kes?"

"Kau memang perempuan tapi kategori lain. Perempuan yang skru otaknya longgar. Kalau skru longgar, otak jadi tak betul. Bila otak dah tak betul mulalah buat benda yang entah apa-apa. Contohnya macam... kutuk gambar orang." Kata Danish panjang lebar tapi menyindir.

Aulia bercekak pinggang lalu pusing menghadap Danish. Danish juga pusing dan tunduk sedikit merenung Aulia memandangkan gadis itu pendek sedikit darinya. Masing-masing sudah tidak peduli orang disekeliling.

"Skru otak aku longgar? Habis skru otak kau tu, ketat sangatlah? Kerja membalas dendam tu bukan entah apa-apa juga?" Soal Aulia. Nada sindiran diselitkan.

Pergaduhan seperti sebelum ini berlaku lagi. Di hadapan guru pula tu. Mereka ni betul-betul lupa apa habuan jika mereka bergaduh semasa keberadaan guru didalam kelas.

Encik Farhan ternganga seketika dan kemudian menggeleng.

"Aku buat semua tu sebab kau yang mula dulu." Balas Danish keras.

"Nampak sangatlah kau tak matang. Benda macam ni kau nak ambil peduli,"

"Memanglah. Habis jatuh reputasi aku. Kau bukan nak bertanggungjawab pun."

Suara antara mereka semakin naik volumenya.

"Ehem, awak berdua kalau nak bergaduh di bilik pengetua. Saya dengan sukarelanya nak hantarkan ke sana.." Sampuk Encik Farhan dan duduk bersandar pada kerusi sambil menyilang tangan.

Mereka berdua serentak memandang guru lelaki itu kemudian berpandang sesama sendiri. Mereka kembali pada kedudukan asal dan mengunci mulut.

Ashraf memulakan kata untuk membentang tugasan mereka. Terpaksalah dia ketuai memandang masing-masing takut. Redha jelah. Bukan buat apa pun kan?

***

Petang itu, geng lelaki berkumpul di gelanggang Squash. Hanya batang hidung Farhan je yang belum muncul.

Danish hanya memerhati Zafirul dan Imran bermain Squash. Begitu juga Ashraf dan Zafry yang duduk di sebelahnya memerhati lagi dua manusia main.

"Weyh, mana Paan ni?" Rungut Zafry. Penat betul menunggu makhluk seekor ni.

"Ada hal lah tu.." Danish yang menjawab. Matanya masih melekap pada permainan Zafirul dan Imran.

"Kepala abah dia ada hal. Dia sendiri janji nak datang pukul 3. Ini dah satu jam.." Tambah Ashraf dengan muka geram.

Zafry mendail nombor seseorang. Handphone dilekap ke telinga.

"Weh.. Paan. Kau dekat mana? Berak ke apa?" Soalnya tanpa berlapik. Nasib baik dewan Squash ni tak ramai orang.

Dari kerlingan Danish, dilihat wajah pasrah Zafry. Handphonenya diletak tepi beberapa saat kemudian.

"Dia lambat sikit. Tadi dia sakit perut," Kata Zafry.

Zafirul dan Imran keluar dari kotak kecil itu dan berjalan ke arah tempat mereka. Imran duduk di depan Danish dan meneguk air yang dibawa. Zafirul mengah sedikit. Tuala kecil dicapai dan peluhnya dilap.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now