KVSA | 21

40.7K 2.4K 164
                                    

"Kak long sihat?"

"Sihat bu, semua dekat sana sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Kak long bila nak balik?" Soal Puan Hana.

Rindu yang teramat sangat pada anak perempuan sulungnya yang kini sedang menuntut di Universiti di Ireland.

"Cuti sem lama lagilah bu. Nanti kalau Zara nak balik, Zara cepat - cepat call ibu." Ujar Zara Iwani di corong telefon.

"Yelah. Cakap-cakap awal, boleh ibu masak makanan kegemaran Zara,"

"Alolo sweetlah ibu ni. Ai ai kapten! Ermm.. Zafirul mana bu?" Soal Zara.

Sudah seminggu dia tak buat video call dengan adik lelakinya itu. Kerana sibuk dengan assignment, panggilan adiknya dibiarkan saja. Kalau diangkat melarat pula. Sudahnya, langsung tak siap nanti assignmentnya.

"Eh, lupa ke? Sekarang kan waktu sekolah."

Daripada corong telefon itu, Puan Hana dengar tawa kecilnya anaknya.

"Zara lupalah bu. Tak apa, nanti bila dia dah balik dari sekolah, cakap dekat dia yang Zara tunggu dia buat video call. Tapi malam tau, Zara tengah mengantuk ni.." Katanya.

"Yelah, entah apa yang diborakkan tu?"

"Hihi.. borak pasal bakal menantu perempuan ibulah.."

Puan Hana berkerut.

"Okaylah bu, Zara dah mengantuk ni. Kirim salam dekat ayah, Zira dengan Zafieq eh, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Talian dimatikan.

Sudah itu Puan Hana berfikir sejenak. Bakal menantu perempuan? Takkanlah.. kalau betul pun apa salahnya. Lagi dia suka.

***

Aulia Zulaikha bersiap sedia. Memandangkan guru bahasa Inggerisnya tidak hadir, dia hanya menunggu kedatangan Puan Sharifah untuk subjek Matematik.

Segala buku dan alat tulisnya disusun dan diletak di sebelah kanan itu di sebelah meja Syaf. Tidak ada satu barang pun yang diletakkan berdekatan meja Danish. Takut jika kejadian semalam berlaku lagi. Habis jahanamlah semua barangnya.

Danish juga begitu, sangat berhati-hati. Hanya sebuah buku matematik, sebatang pen dan pensil, pemadam, pembaris dan kalkulatornya sahaja yang ada atas meja. Yang lain di simpan dalam laci meja. Lebih selamat di situ. Semua barangnya jauh dari sempadan antara mejanya dan meja si minah senget.

Pembarisnya yang perlu diberi sepenuh perhatian. Dahlah baru beli. Kalau dipatahkan juga harini, memang diterajang saja minah ni.

Bila Puan Sharifah masuk, dengan lantang Zafirul memberi salam diikuti pelajar lain. Kemudian bacaan doa dimulakan.

"Baiklah duduk, hari ni saya cuma nak bagi kerja secara berkumpulan. So, soalan yang akan saya bagi nanti buat dalam kertas mahjong. Next class kita buat pembentangan. Faham?"

"Faham.." Jawab mereka.

Setiap wakil meja dipanggil untuk menerima soalan dan mengambil sehelai kertas mahjong. Nina dan Syaf mengeluarkan segala marker pen yang mereka ada.

Ashraf dan Zafirul mula menyelesaikan soalan itu sementara yang lain hanya menunggu. Lebih kurang lima belas minit, soalan berjaya diselesaikan dan Aulia mula menulis di kertas besar itu.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now