SATU

25.8K 1K 36
                                        

ENJIN bas tidak lagi mengaum sekuat tadi. Kelopak mata dibuka perlahan. Pandangan lalu dilemparkan ke luar tingkap.

Terminal Bersepadu Selatan.

Terpampang dihadapan mata. Terus terbuka luas mata yang tadinya elok tertutup rapat.

"Oh shoot !" Beg sandang tepi terus dicapai. Earphone ditelinga direntap dan terus dimasukkan ke dalam beg. Rambut yang kusut hanya disikat dengan jari sahaja dan diikat ekor kuda. Kaki yang masih kebas disebabkan bersila terlalu lama, dimasukkan ke dalam sneakers. Bas mula bergerak perlahan. Sudahlah tempat duduknya di belakang sekali. Kebas kaki belum hilang sepenuhnya lagi.

Persis Usain Bolt pecut di balapan bergegas Saila turun dari tingkat atas. Entah terhuyung hayang seperti mabuk dia berlari tadi. Ini semua kaki kebas punya pasal.

"Pak cik ! Saya nak turun kat sini!" Mungkin Pak cik bas terkejut, brek juga ditekan mengejut. Nasib baik dia sempat juga berpegang pada tiang tepi tangga, jika tidak .. fuh, seperti nangka busuk jatuh tersembah lantai pengakhirannya hari ini. Pak cik bas memandang Saila dengan seribu kerutan kemarahan diwajahnya. Hanya simbol peace bersama segaris senyuman manis sahaja yang dia mampu hadiahkan.

"Ada beg kat bawah tak?"

Pantas Saila menggelengkan kepalanya. "Takde pak cik" Pintu bas dibuka. Dia turun dengan senang hati. Bukan apa, kalau terlepas stesen jadi satu masalah pula dia terpaksa naik teksi balik universiti. Teksi pula perit harganya. Uber pun dari terminal bas itu hendak ke universiti boleh tahan kempis juga dompetnya sendiri. Jadi dia membuat pilihan bijak untuk menaiki bas sahaja kerana kebetulan bas yang ingin dinaiki itu akan melalui jalan ke universitinya. Murah pula.

Kemeja kuning cair yang berkedut seribu dituck in ke dalam slack jeans hanya di bahagian hadapan. Nampak siuman sedikit berbanding tadi yang kusut masai. Langkah kaki diatur ke sebuah kerusi kosong di ruangan menunggu.

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi, kaki disilang ke sebelah kiri. Telefon pintar dikeluarkan dan music player dibuka. Earphone yang tercampak ke dalam beg sebentar tadi, dicapai kembali dan dimasukkan ke dalam ruang telinga. Bergema lagu Everytime We Touch oleh Cascada di pendengaran. Terangguk-angguk kepala mendengar musik bernada pop rock itu.

Prap !

Sebelah kiri earphone tiba-tiba ditarik keluar oleh seseorang. Refleks daripada kejadian itu, terus Saila mengalih pandang ke sebelah.

"Azan. Hormat" Hanya dua patah perkataan yang terlahir dari dua ulas bibir itu. Pandangannya menghala ke bawah. Terkumat-kamit membaca sesuatu setiap kali azan memanggil. Oh, jawab azan. Saila hilang kata.

Akur dengan teguran itu, music player dimatikan. Malas mahu bertengkar atau berbahas bahasa dengan lelaki itu, sebaiknya dia diam sahaja. Telinganya mendengar azan yang berkumandang. Entah kenapa terasa sesuatu di dasar hati. Menjentik kuat membuatkan dirinya mengalir setitis air mata. Sudah begitu lama rasanya dia tidak menghayati azan seperti ini. Tidak lagi selepas kejadian malang yang berlaku dalam cerita hidupnya dulu. Mengingati peristiwa itu buat hatinya sakit.

Perit.

Pedih.

Terasa diri bagaikan tidak punya sesiapa di dunia ini. Mata dibuang pandang ke atas untuk hentikan drama air mata di stesen bas. Lagi-lagi disebelah lelaki yang baginya bajet alim itu. Usai azan, lelaki itu menadah doa. Saila turut menadah tangannya sekali. Ya, memang dia akui telah lama dia tidak menjawab panggilan seruan azan sehingga dia lupa pada doa selepas azan.

Doa diaminkan. Lelaki tadi terus bangun. Saila hanya memerhatikannya melalui ekor mata. Pergi surau rasanya. Dalam tak sedar, dirinya berkira-kira mahu solat di surau ataupun di kolej nanti. Jam tangan dibaca.

Nilai RM20Stories to obsess over. Discover now