"Aulia, sini kejap." Danish panggil buat dia terkejut.

"Tak nak!"

"Sinilah kejap," Lembut saja suaranya memujuk. Ditambah lagi dengan senyuman. Tapi dalam hati, betapa geramnya dia pada Aulia. Orang panggil tu datang jelah. Mengada pula. Tampar kang!

Nak tak nak Aulia pergi juga. Dia berdiri di hadapan Danish. Jarak antara dia dan makhluk perosak tu cuma lebih kurang tiga tapak saja.

"Nak apa?" Soalnya kasar. Gaya macam nak buka gelanggang WWE dah.

"Aku sebenarnya nak bagi something dekat kau.." Kata Danish.

Entah kenapa, Aulia berdebar. Rasa tak sedap hati menular ke seluruh badannya. Dia berjaga-jaga. Mamat ni bukan boleh percaya sangat. Entah apa yang dia nak buat.

Danish membawa sebuah kotak dari belakangnya dan dihulur pada Aulia.

Kening Aulia terangkat sebelah. Birthday aku lama lagi... Desisnya.

"Ni hadiah daripada aku sebagai tanda maaf. Aku nak berdamai. Aku dah tak nak gaduh dengan kau." Ujar Danish.

Semua pelajar bersorak. Melodi bersorak tu macam mengusik.

Aulia menahan tawanya. Mamat ni mabuk ketum ke apa? Tapi wajah Danish nampak serius.

"Apa yang ada dalam kotak tu?" Aulia cuba bertanya tanpa ambil dulu.

"Mana boleh bagitahu. Tak surprise lah. Berdamai?" Danish tayang muka comel.

"Tak-nak."

"Alah.. kau tak penat ke Aulia? Aku dah angkat bendera putih ni. Please.. hadiah ni tanda aku serius. Penat aku cari hadiah ni untuk kau." Kata Danish sedih.

Aulia mengecilkan mata sambil memandang Danish. Hatinya penuh dengan pelbagai perasaan. Sedih, ragu, keliru, serba salah. Eh! Kenapa nak sedih pula? Entahlah tapi itulah hakikatnya.

Dipandang lagi wajah Danish. Nampak ikhlas. Tadi subjek Matematik pun gaduh sekejap je. Betul ke ni?

Aulia menyambut juga huluran hadiah tersebut. Danish dipandang lagi. Dia bagi senyuman yang mampu cairkan hati mana-mana gadis. Cepat-cepat Aulia larikan pandangan. Dia tak nak jatuh hati.

Dengan lafaz bismillah Aulia membuka perlahan penutup kotak tersebut. Bila dilihat isi di dalam.

"Maakk!!" Kotak tercampak entah ke mana. Aulia menjerit dan berlari panjat ke atas kerusi.

"Katak!" Jeritnya lagi.

Semua gelabah. Beberapa ekor binatang berwarna coklat melompat tanpa arah. Keadaan bertambah kecoh dengan jeritan pelajar 4Sastera 1.

***

Puan Anis berjalan di koridor menuju ke kelas 4Sastera 1. Riuh rendah yang datang dari kelasnya membuatkan Puan Anis mempercepatkan langkahnya.

Melangkah masuk ke dalam kelas, Puan Anis bercekak pinggang. Semua seperti tidak nampak kehadirannya. Mereka lebih fokus kepada sesuatu.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now