"Pagi lagi dah pening, Kak Pah?" Soal Puan Anis yang nampak Puan Sharifah mengurut kepalanya sewaktu dia datang ke mejanya dan duduk.

"Dia menyerang lepas akak masuk kelas 4Sastera 1." Jawab Puan Sharifah lemah.

Kelas aku tu.. Desis Puan Anis.

"Laa.. kenapa pula?" Soalnya risau. Takut pelajarnya ada buat hal.

"Danish dengan Aulia, kerja mereka asyik nak gaduh je. Kalau gaduh tu pasal topik yang diajar tak apa. Ini entah apa yang digaduhkan entah. Pening dibuatnya. Bukannya sekali, berkali-kali. Allah, nak pitam rasanya.." Adu Puan Sharifah. Geram dia tengok pergaduhan antara dua orang pelajar tersebut.

Puan Anis berharap yang ia tidak berlaku pada subjek lain.

"Dalam kelas saya pun macam tu juga. Sakit kepala ni. Sampai pernah mengamuk." Puan Azwida muncul dan meluahkan rasa hatinya pula.

Terdiam sekejap Puan Anis. Terkejut sampai tak tahu nak tunjuk riak apa. Oh tidak.

"Saya pun sama juga. Mentang-mentanglah subjek Kesusasteraan Melayu, main berkias-kias pula diorang lepas tu gaduh." Adu Encik Farhan pula. Walaupun ada masanya dia nak tergelak dengan adegan pergaduhan dua pelajar itu.

"Agaknya semua subjek pun macam tu juga tak?" Kata Puan Sharifah cuma meneka.

"Tak apa, lepas waktu rehat nanti saya relief kelas mereka. Saya akan uruskan hal ni. Saya minta maaf bagi pihak mereka," Puan Anis betul-betul rasa bersalah.

"Tak apalah cikgu, biasalah karenah pelajar ni macam-macam ". Puan Azwida senyum. Bunyi macam pasrah tapi Tuhan saja yang tahu betapa marahnya dia sewaktu Danish dan Aulia gaduh betul-betul di hadapannya.

Puan Anis turut senyum. Dengan senyap, dia melepaskan keluhan. Dia perlu buat sesuatu!

***

Di kantin, Aulia beratur di belakang Farisha yang sedang membayar harga makanan. Tiba gilirannya, dia memesan. Usai itu, mereka ke tempat biasa.

"Miss dog makan apa hari ni?" Tegur satu suara semasa mereka melintasi beberapa orang lelaki. Tak silap, pelajar tingkatan tiga.

"Nanti kalau sesat nak masuk kelas, roger-roger lah kitaorang."

Terus Aulia pusing ke belakang. Mereka ketawa mengejek. Siap buat highfive lagi.

Aulia hanya pandang. Polisterin makanan diserah pada Nuha. Dia maju setapak.

"Kalau rasa nak masuk surat khabar muka depan tajuk 'Beberapa pelajar lelaki tingkatan tiga maut akibat dibelasah oleh kakak senior' beranilah kau cakap sepatah lagi. Memang aku patah-patahkan tulang temulang korang!" Turun naik nafas Aulia. Cukup dengan sabdu dengungnya.

Pelajar lelaki tersebut diam. Perlahan-lahan mundur kemudian terus lari. Tahu takut.

Dua puluh minit kemudian, waktu rehat tamat. Aulia dan yang lain bergerak ke tingkat dua.

"Weyh, hari ni ustazah tak ada kan?" Soal Nina.

Aulia menggeleng menjawab pertanyaan Nina. Baguslah, boleh dia guna waktu tu untuk siapkan kerja rumah. Balik nanti boleh rehat.

Melangkah saja ke dalam kelas, Danish dilihat sedang berdiri di hadapan kelas. Tanpa menghiraukan mamat itu, dia berlalu ke tempatnya.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now