"Lelaki?"

"Ya!"

"Akak jangan benci sangat nanti jadi sayang." Adam mengeluarkan pesanan azimat. Pesanan orang-orang tua yang sentiasa relevan. Tengoklah berapa ramai yang bergaduh dan akhirnya ke jinjang pelamin.

Aulia terus memberi pandangan tajam pada Adam. Tangannya digenggam membentuk penumbuk.

"Kau nampak buku lima aku ni? Aku debik kau sekali nanti tak pasal-pasal ada cap mohor kat muka kau. Cepatlah!" Aulia mendahului langkah.

Sengihan Adam pudar kemudian dia mencemik. Tengoklah satu hari nanti kalau betul masin mulut, dia tak rugi apa pun. Adam menolak troli mengejar kakaknya yang sudah jauh.

***


Ketawa mereka tidak berhenti. Bukannya semakin perlahan tapi semakin menjadi-jadi. Sampai Ashraf pun naik lembik lututnya hingga terduduk atas rumput. Makin bertambah sakit dalam hati Danish.

Nasib baiklah tak ada orang sangat petang ni di taman tasik. Nanti disangka gila pula. Gelak mereka ni pun tak ada tanda untuk berhenti. Kelakar sangat ke weh?

"Kau pun satu, pergi cabar si Aulia tu kenapa?" soal Zafirul dengan tawanya yang masih bersisa.

"Alah... Rileks lah Nish. Belanja pizza je pun. Murah rezeki kau nanti," ujar Ashraf lalu bangun dan kembali duduk di sebelah Danish.

"Ni kira pengajaran untuk kau juga. Jangan memandai nak cari pasal lagi dengan dia." Ashraf menambah lagi. Jangan disangka muka lembut seperti Aulia itu tak ada semangat berjuang dan tidak mahu kalah.

"No! Aku takkan sesekali berundur. Dia yang cari pasal dulu," jelas Danish tak puas hati.

"Memanglah. Tapi kau kena lagi teruk dari apa yang kau buat dekat dia. Sudahlah tu. Aku takut kau jatuh je nanti." Zafirul menongkat dagunya dan mengangkat kening lebat itu. Ditambah dengan senyuman nakal yang menghasilkan lesung pipit.

"Jatuh? Jatuh ke mana?"

"Jatuh ke dalam hati Aulia.." jawab Zafirul lalu ketawa berdekah-dekah.

"Ha-ha... Lawak sangat." Danish menjeling tajam kepada Zafirul.

"Tapi, betul apa cakap Zaf. Kau tak percaya? We'll see then. Aku berani kerat jarilah weh!" Imran mengetuk meja kayu itu beberapa kali.

"Tak ada sebab aku nak suka dekat minah senget tu. Aku takut minah senget tu yang jatuh hati dengan aku." Danish senyum herot. Tak mungkin hati kecil Aulia langsung tak terusik dengan ketampanannya dirinya.

"Aulia nak jatuh hati dekat kau? Mustahil. Kau tengok geng-geng dia, ada terhegeh-hegeh dekat kau? Dia, apatah lagi. Si Nina tu, dari tahun lepas lagi aku cuba ngorat sampai sekarang tak dapat. Kau rasa?" Zafirul kecewa. Farhan pula menggosok belakang Zafirul.

Kata daripada Zafirul buatkan Danish terdiam. Bagaimana dia boleh tak perasan yang geng Aulia tak seperti budak perempuan lain. Hati batukah?

"Nish, kau dah beli ke apa yang Aulia nak? Tak pasal-pasal mengamuk lagi dia besok." tanya Farhan yang sedari tadi diam. Malas mahu ikut campur.

" Dah." balas Danish singkat.

"Pizza?" Selamba Ashraf bertanya.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now