+33

7.2K 1.3K 355
                                    

" W-wei. Apesal korang bawa hyung pergi spa? Hyung bukannya kaya macam k-- WOI! " tubuh Yoongi segera ditolak sehingga dia masuk ke dalam spa rambut.

Aduhmak habislah duit gaji dia selama dia jaga bebudak ni. Dah lah kat sini mahal nak mati.

" Alah hyung, kita hidup bukannya lama. Cubalah hyung tukar style kuno hyung ni. " sindir Namjoon. Kadang-kadang nak mengaku Yoongi ni penjaga dia pun malu.

Eheheh. Tak lah tipu je. Yoongi ni berstail orangnya. Cuma fikiran Yoongi kolot. Katanya kalau warnakan rambut, nanti kepala cepat botak.

Namjoon dan yang lain pun tak tahu lah nak yakinkan Yoongi macam mana. So, amarilah kita paksa aje si Yoongi ni.

" Hyung! Warnakan rambut warna biru! " cadang Taehyung dan Jimin sambil dia memyelak katalog style dan warna rambut.

" Woah! Sesuai wei! Sesuai! Kulit Yoongi hyung kan cerah! " sokong Seokjin pula. Bersemangat betul mereka.

Yoongi membuat muka pasrah. " Janganlah dera orang yang lebih tua daripada korang macam ni sekali. Hyung tak nak! " bentak Yoongi. Badannya pun lemah longlai.

Alah Yoongi acah je ni. Sebenarnya dia nak tukar warna rambut tapi malu.

" No but, but! Pergi! " Jungkook menolak badan Yoongi sedaya upaya walaupun pada hakikatnya tubuh Yoongi tidak berganjak ke hadapan seinci pun.

Taehyung tercengang. Dia memandang Jimin dengan mulut terbuka luas. " Butt? " soal Taehyung.

" But. " balas Jimin kembali.

" Butt?! "

" But! "

" Omo! "

Hoseok memanjat ke atas kerusi lantas berbisik pada seorang pedandan. Pedandan itu tersenyum sebelum mengangguk.

Setelah hampir beberapa jam, Yoongi kini terserlah dengan wajah baru. Wajahnya kini nampak lebih ceria.

" Hyung! Selfie, hyung! "

" Handsome gila! "

" Aku nak tukar warna rambut gak ah lepas ni! "

" Post kat insta! Tag Byul noona! "

Yoongi hanya tersenyum nipis. Dia agak berpuas hati dengan warna rambutnya sekarang.

Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu aplikasi kamera ditekan.

Kcak!

" Heol daebak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Heol daebak. "

" Yoongi hyung tak nampak tua dah! "

Aigoo budak-budak ni.

• • •

" Beli baju warna hijau banyak-banyak! " ucap Hoseok terkinja-kinja dihadapan rak baju tee berwarna hijau.

Sekali lagi Yoongi dipaksa. Sekarang ni, dia yang nak pergi Canada, atau budak-budak ni yang nak pergi?

Teruja lain macam. Ke diorang ni suka Yoongi tak ada kat Korea dah? Perasaan Yoongi tiba-tiba berubah sebak.

Ayok! Yoongi emo!

" Hyung! Saiz hyung apa?! " tanya Seokjin dengan nada memaksa.

" M. Kenap-- " belum sempat Yoongi menghabiskan soalannya, Seokjin terus menghilangkan diri.

RIP duit Yoongi.

Bila dipandang Namjoon, kat tangan dia terdapat beberapa helai baju tidur bergambar anak patung Ryan. Eh jap--- Apa?

Yoongi menggelengkan kepalanya. Budak-budak ni kan.

Jungkook dan Hoseok pula sedang sibuk memilih baju tee tanpa corak.

Jimin dan Taehyung sibuk memilih boxer lelaki dewasa. Heol.

Manakala Seokjin tak dapat dikesan hilang entah ke mana.

" Amboi-amboi~ Korang nak bayar ke semua ni? " tegur Yoongi sebaik sahaja mereka semua berkumpul.

Serious wei boleh rabak kocek dia macam ni.

" Hyung ingat kitorang ni miskin sangat ke? " tanya Seokjin dengan nada angkuh.

Mereka yang lain memandang Yoongi dengan wajah sombong. Ayy budak-budak ni pijak kang.

" Nah kad kredit hyu-- "

" No thanks. Kitorang bayar. "

" Ayy nanti parents korang marah hyung. "

Jungkook berdehem kecil. " Hyung, mama papa kitorang abaikan kitorang sebab sibuk bekerja nak cari duit bagi anak-anak dia. So, suka hati kitorang lah nak buat apa dengan duit ni. " Jungkook mengflipkan rambut.

Yoongi mengeluh. Dia akan rindukan semua saat-saat terindah macam ni.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now