+13

9.9K 1.7K 530
                                    


Yoongi duduk di atas lantai sambil badannya diselubung dengan selimut tak mahu memandang budak-budak tu! Merajuk!


Mereka berenam duduk mengelilingi Yoongi. Seharian suntuk Yoongi tak mahu bercakap dengan mereka semua. Lepas masak, Yoongi terus duduk bawah selimut. Kalau boleh harini dia tak mahu jaga budak-budak tu.


Merajuk punya pasal. Dah lah lepas dia left group Whatsapp, tak ada sesiapa yang invite dia balik. Dia ingatkan lepas dia left, ada lah bebudak ni nak pujuk. tapi harem. Sampai dia tertidur takda sorang pun invite dia semula.


Taehyung menarik selimut yang menyelubungi Yoongi. Yoongi memandangnya dengan mulut yang memuncung. 


" Apa korang nak ha? " Yoongi menjeling mereka semua. Ele fikir kiyut ah tu.


" Apesal hyung berselubung je hari ni? Apesal tak nak cakap dengan kitorang? Kitorang bosan tau. " soal Jimin dengan mulut memuncung. Mereka berlima mengangguk setuju dengan soalan yang diajukan oleh Jimin.


Yoongi mencebik. " Bukan ada beza pun nanti. Korang dah nak tinggalkan hyung dah pun. " balas Yoongi.


Namjoon menggulingkan anak matanya. " So sekarang ni hyung tak nak cakap dengan kitorang hanya sebab kitorang dah nak tukar pengasuh? " tebak Namjoon.


Yoongi mengangguk kecil. Namjoon menepuk dahinya. Bangang juga orang tua ni kadang-kadang.


" Hyung, kitorang cuma tukar pengasuh je hyung, bukannya kitorang nak pindah ke luar negara. Yang hyung frustrated macam kita takkan jumpa selamanya lepas ni lagi dah kenapa? " kalau nak diikutkan hati, nak je Namjoon ni sepak muka Yoongi. Nasib baiklah hyung.


" Entah hyung ni. Benda remeh macam ni pun nak stress sangat. Nanti setiap hujung minggu kita jumpa lah. " sampuk Jungkook. Mereka yang lain mengiyakan kata-kata Jungkook dan Namjoon.


Yoongi mencebik. " Korang cakap senang ah. Korang bukan sayang hyung pun. " Yoongi berseloroh.


Seokjin membulatkan matanya. " Ewah-ewah sedapnya mulut cakap kitorang macam tu. Kitorang sayang hyung, okay! " Seokjin menggelengkan kepalanya.


Yoongi mencebik. Makin sedih dia bila Seokjin cakap macam tu.


Taehyung, Jimin dan Hoseok menggulingkan matanya. Hoseok mendekati Yoongi dan duduk di atas peha Yoongi. Dagu Yoongi ditarik agar hyungnya itu memandang ke arahnya.


" Hyung dengar sini, mungkin hyung tak akan jaga kitorang lagi dah lepas ni. Tapi hyung kena ingat yang kitorang semua sayangkan hyung sangat-sangat. Kitorang tak akan buang hyung dari hati kitorang. Macam mana hyung sayangkan kitorang, macam tu juga lah kitorang sayangkan hyung. " ucap Hoseok. Pipi Yoongi dikucup sekilas.


Mereka yang lain turut mendekati Yoongi. Taehyung memeluk leher Yoongi dari arah belakang. Jimin duduk di atas sebelah lagi peha Yoongi.


Jungkook duduk di hadapan Yonngi. manakala Seokjin dan Namjoon hanya berdiri memandang Yoongi.


" Sebab kita bukan hanya sekadar kawan, tapi kita sebuah keluarga. Kan hyung? " kata Taehyung dengan nada yang penuh makna.


Airmata Yoongi bergenang. " Hyung sayangkan korang semua. " ucap Yoongi lalu memeluk mereka semua. 


" Nado saranghae, Yoongi hyung! "


. . .


" HIYONGGGGGGGGGGGGG! HOBIE HIYONG CEPAK ONTOT TOOKIE! " jerit Jungkook yang sudah tergolek-golek di hadapan tandas.


Hoseok yang berada di dalam tandas yang sedang bermain mainan itik memandang Jungkook dengan wajah tak bersalah. Sejak bila pula dia sepak punggung si Jungkook tu.


" Yoongi hyung jangan percaya. Jungkook tipu! Dia tertumpahkan air depan tandas, lepas tu dia nak salahkan Hobie hyung kononnya dia kena sepak! " jerit Jimin. Tak sanggup dia nak biarkan Hoseok dipersalahkan. 


Jungkook memandang Jimin dengan pandangan kau-diam-lah-tak-guna. Jimin menjeling Jungkook. " Kau fikir aku takut dengan kau?! Aku sembelih burung kau nanti! Dah lah kecil! " Jimin menjelirkan lidahnya.


" Yah! Sekurang-kurangnya aku ada burung! Kau apa ada? Macam tak ada burung langsung! Dah lah gemuk! Chim hyung gemuk! Wek wek! " Jungkook membalas jeliran lidahnya pada Jimin.


Hoseok mengerutkan dahi. Kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan. Entah apa-apa je lah diorang ni. Nak mandi pun tak senang.


. . .


" Apa lah yang yang budak-budak tu bisingkan? " Yoongi menggelengkan kepalanya.


Taehyung bermain tepung di atas meja makan manakala Seokjin sibuk membuat adunan cupcake. Katanya nak buat untuk Yoongi. Bukan selalu budal-budak ni buat sepah.


Bukan selalu. Okay. BUKAN SELALU.


" Jin hyung~ Aku nak tolong boleh? " soal Namjoon lalu mendekati Seokjin. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh mangkuk adunan, Seokjin menampar tangan Namjoon.


" Jangan sibuklah! Tahu nak kacau je! " marah Seokjin.


Namjoon mencebik. " Aku nak tolong pun tak boleh! Tak nak kawan hyung! " Namjoon merajuk. Dia lantas mengambil tempat duduk disebelah Yoongi.


Seokjin menjelingnya. " Selama ni kita kawan ke? " kata Seokjin dengan mada menyampah.


Savage Seokjin.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now