+9

10.5K 1.7K 321
                                    

Kof! Kof! Kof!

Yoongi terbatuk-batuk di hadapan singki. Leher dan dadanya diusap perlahan. Sakit juga batuk kering ni.

Dia mencuci tangannya sebelum menyambung membuat egg-roll untuk budak-budak tu.

" Hiyong! " panggil Jungkook sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam ruangan dapur.

Kerusi meja makan dipanjat dengan bersungguh-sungguh. Al-maklumlah, Jungkook ni rendah.

" Apa? " soal Yoongi lalu dia memnoleh sekilas ke arah Jungkook.

" Hiyong tak sihat ke? " soal Jungkook sambil bermain dengan patung arnab yang dibawanya.

" Hyung sihat lah. " jawab Yoongi sambil tersenyum.

Jungkook mengerutkan dahi. " Kalau hiyong sihat, apesal bunyi batuk hiyong kuat? Sampai dekat ruangtamu dengar. " Jungkook menggaru kepalanya yang terasa gatal.

" Yang lain mana? Senyap je. " Yoongi menukar topik perbualan. Egg roll yang sudah siap diletakkan di atas pinggan dan disusun sehingga nampak menarik.

" Diorang tidur. " jawab Jungkook ringkas.

" Baru ke diorang tidur? " soal Yoongi lagi. Jus oren dituang didalam enam buah cawan.

Jungkook menggeleng. " Tak lah. Dah lama dah diorang tidur. " jawab Jungkook  sambil melihat apa yang dibuat oleh Yoongi.

" Kook bagi diorang ubat tidur ke apa? " tuduh Yoongi lalu tertawa kecil.

" Ish mana ada! Kook tak jahat lah! " marah Jungkook apabila dia dituduh seperti itu.

Yoongi tertawa. Pinggan yang dipenuhi dengan egg roll diletakkan diatas meja. Enam buah cawan yang telah diisi dengan jus oren juga diletakkan di atas meja.

" Jungkook-ah. Hyung nak minta tolong boleh? "

" Tolong apa? "

Yoongi membuka apron yang dipakainya. " Tolong kejutkan diorang semua. Suruh diorang makan. Hyung nak ke bilik sekejap. Tolong tau. " pinta Yoongi lalu menggosok rambut Jungkook.

" Okay hiyong. " Jungkook mengangguk laju.

Kof! Kof! Kof!

Jungkook memandang Yoongi sehingga hilang dari pemandangan.

• • •

" Hoi. Bangun. " Jungkook menggoyangkan tubuh Taehyung. Namun Taehyung langsung tak bergerak. Tidur mati ke apa budak ni.

Jungkook mencebik. " Namjoon hiyong! Penatlah aku nak kejut dia ni. " kata Jungkook dengan nada rimas.

Dah dekat 15 minit dia mengejutkan Taehyung. Tetapi langsung tak mahu bangun. Hyung dia yang lain elok je bangun cepat.

" Dia mati kot. " jawab Namjoon selamba. Jimin yang mendengar terus membulatkan mata. " M-mati?! " jerit Jimin terkejut.

Dia terus berlari ke arah Taehyung yang masih terbaring statik. Tubuh kawannya itu digoncang sekuat mungkin.

" Bwi! Bangun Bwi! Jangan tinggalkan aku!  Aku sayangkan kau! Bwi! Tolonglah bangun! Jangan mati! " raung Jimin dengan nada pasrah. Airmatanya berguguran.

Pak!

Pipi kiri Jimin ditampar Seokjin. Jimin menoleh ke arah Seokjin dengan wajah tidak percaya.

" Yang kau lurus sangat ni kenapa? Namjoon bergurau je lah. " kata Seokjin tanpa rasa bersalah selepas menampar Jimin.

" T-tapi... "

" Ahh peningnya kepala aku... " Taehyung baru tersedar dari tidurnya. Kepalanya terasa agak pening kerana digoncang sebentar tadi.

Mereka semua memandang Taehyung.

" I've told you so. Jom makan. Aku lapar. " jawab Jin dengan nada diva lantas berlalu pergi ke dapur.

• • •

" Yoongi hyung mana? Dia tak join kita makan ke? " soal Hoseok dengan mukut yang sudah dipenuhi dengan egg roll dan nasi putih.

Jungkook mengangkat bahunya. " Tak tahu. Tadi dia kata dia nak masuk bilik sekejap. Nanti dia datang lah kot. " jawab Jungkook lalu meneguk jus orennya.

Mereka semua mengangguk faham. Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut mereka semua. Sedap betul Yoongi masak.

" Tapi kan tadi Yoongi hyung batuk kuat sangat muka dia pun macam tak bermaya je. Dia tak sihat kot. " sambung Jungkook. Dia cuma meneka. Entah betul atau tidak dia tidak tahu.

" Haah! Tadi pun aku nampak muka dia pucat lesi. " kata Jimin dengan mulut yang penuh.

" Yah Park Jimin! Kalau mulut penuh jangan bercakap! Habis tersembur kena muka aku! " marah Namjoon lalu mengelap wajahnya menggunakan tisu.

" Mianhae. " Jimin menggarukan kepalanya.

" Nanti kita tengok lah Yoongi hyung kat bilik. Bawakan dia makanan sikit. " cadang Taehyung. Mereka semua mengangguk setuju kecuali Seokjin yang makan tak ingat dunia.

Mereka memandang Seokjin.

" Apa? " soal Seokjin apabila dia perasan yang dia dipandang.

" Tinggalkan sikit makanan untuk Yoongi hyung. " kata Jungkook.

" Emm tengok ah. " jawab Seokjin acuh tidak acuh.

• • •

" Yoongi hyung? " panggil Namjoon perlahan apabila mereka semua sudah memasuki bilik Yoongi.

Yooongi berbaring diatas katil dengan selimut yang hampir menutupi seluruh badannya.

Makanan yang dibawa oleh mereka diletakkan di atas meja kecil yang berada dalam bilik Yoongi.

" Yoongi hyung, bangunlah. " panggil Hoseok lalu duduk dibirai katil.

Namun tiada sahutan daripada Yoongi. Mereka mengerutkan dahi.

" Aku risau lah. " kata Jimin perlahan.

Seokjin naik ke atas katil. Selimut yang menutupi separuh muka Yoongi ditarik perlahan. Telapak tangannya diletakkan diatas dahi Yoongi.

Matanya membesar. Seokjin lantas memandang kawan-kawannya dengan riak risau.

" D-dia demam panas. "

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now