+20

7.5K 1.5K 672
                                    

" Hobie-ah! Jangan lari!! " terkocoh-kocoh Yoongi mengejar Hoseok yang sudah berlari di bahu jalan.

Hoseok dah berlari agak jauh daripada apartment Byul. Mana budak ni dapat tenaga pun Yoongi tak tahu. Yoongi pula yang rasa dah nak patah pinggang.

" Hobie! Jangan macam ni! Jangan lari kat tepi jalan macam ni! Bahaya! " jerit Yoongi lagi. Dia betul-betul berharap agar Hoseok berhenti dari berlari.

" Hyung berambus lah! " balas Hoseok dengan jeritan nyaringnya. Di dalam otaknya, bermacam perkara yang dia bayangkan.

Dia takut kalau Yoongi akan cederakan dia. Dia takut kalau Yoongi akan pukul dia.

Yoongi mengejar Hoseok selaju yang boleh agar dia dapat menyaingi Hoseok.

Tubuh kecil Hoseok segera dirangkul ke dalam pelukannya. Hoseok meronta-ronta minta dilepaskan.

Tangisan Hoseok masih tidak lagi berhenti. " Pergi lah hyung!! Hobie tak nak hyung!! " jerit Hoseok sehingga urat dilehernya keluar.

Yoongi masih lagi memeluk Hoseok. Lantak lah orang awam nak pandang mereka macam mana sekalipun. Dia perlu tenangkan Hoseok.

Sebuah kereta hitam milik Byul berhenti dibahu jalan. Byul keluar dari kereta dengan wajah yang risau.

" Korang okay? " soal Byul. Dia segera mendekati Hoseok dan Yoongi.

Anak-anak asuhannya yang lain masih berada didalam kereta.

" Hyung!! Hyung pekak ke?! Lepaskan Hobie! Hobie nak balik! " Hoseok memukul-mukul badan Yoongi.

Yoongi mengetap giginya. " Hobie tak sayang hyung ke? " soal Yoongi dengan suara sayunya.

Namjoon, Seokjin, Taehyung, Jungkook dan Jimin hanya menjadi pemerhati disebalik tingkap kereta.

" TAK! HOBIE BENCI HYUNG! "

" Hobie jangan macam ni sayang... Yoongi hyung--- "

" NOONA TAK RASA APA YANG HOBIE LALUI DULU! HOBIE TAKUT! HOBIE TAKUT DENGAN YOONGI HYUNG! APPA HOBIE YANG DULU SELALU PUKUL OMMA SAMPAI PENGSAN! BERDARAH! DEPAN MATA HOBIE!!

Hobie takut Yoongi hyung akan buat macam tu kat kawan-kawan Hobie... Takut.... " suara Hoseok yang tadinya keras kini memgendur sayu.

Dia teringat akan peristiwa dimana ibunya dipukul...

Byul dan Yoongi terkedu. Hoseok masih lagi menangis. Matanya sudah bengkak.

Yoongi memperketatkan lagi pelukannya dengan Hoseok. Sesekali pipi Hoseok dicium lembut.

" Hobie-ah, hyung sayang Hobie. Hyung sayang korang semua. Hyung takkan tergamak nak pukul korang.

Hyung pukul Jimin sebab hyung tak sengaja. Hyung betul-betul tak sengaja. Hyung dah anggap korang macam anak hyung sendiri. " airmata Yoongi mengalir.

Byul yang menjadi penonton juga sudah bergelinangan airmata.

" Pernah ke selama hyung jaga korang, hyung pukul korang? Walaupun korang buat perangai nakal, hyung tetap tak pukul. Sebab apa? Sebab hyung sayang korang.

Hyung minta maaf kalau hyung dah buat Hobie takut. Hyung tak sengaja. Maafkan hyung, ya? " sambung Yoongi lagi.

Pelukannya dileraikan. Airmata Hoseok diseka. Yoongi memegang kedua-dua belah bahu Hoseok dengan senyuman yang cuba diukirkan.

Hoseok tersedu-sedan. Dia menarik nafas dalam. " Maafkan Hobie juga sebab marah hyung. Hobie pun sayang hyung. " balas Hoseok dengan suara yang tersekat-sekat.

" Tapi... "

" Tapi apa? "

" Hyung kata hyung sayang kitorang semua kan? " soal Hoseok. Yoongi mengangguk.

" Jadi boleh tak hyung sayang Byul noona juga? " ucap Hoseok dengan muka berharap.

Tersedak airliur Yoongi dibuatnya. Byul sudah ketawa kekok.

Ayy budak ni macam-macam pula.

Hoseok menggoncangkan tangan Yoongi. " Boleh kan hyung? " tanya Hoseok sekali lagi.

Dengan terseksanya Yoongi mengangguk. " B-boleh. " dia rasa nak termuntah seusai sahaja dia menjawab.

Hoseok menarik lengan Byul. " Noona pun boleh sayang Yoongi hyung, kan? " Hoseok tersenyum manis ke arah Byul.

" Oh? Haha. Hehe. Huhu. B-boleh. " jawab Byul tak ikhlas.

" Yay! Sayang noona dengan hyung! " Hoseok segera menarik tubuh Yoongi dan Byul lalu memeluk mereka berdua.

Tiba-tiba tingkap kereta dibuka. Terjenggul keluar kepala Jungkook.

" Dah habis delama belum? " soal Jungkook dengan nada pelatnya.

" Drama lah sengal! " Namjoon memukul kepala Jungkook.

❤❤❤

" Woah! Tak sia-sia lah Hobie hyung buat delama kuda! Dapat pergi pasar malam! " ucap Jungkook sambil terkinja-kinja.

Hoseok memandang Jungkook dengan pandangan maut. Nasib baiklah sekarang dia sedang didukung oleh Yoongi. Kalau tak, dah lama dia seret muka Jungkook atas jalan tar. Biar insaf sikit.

" Korang nak beli apa? " soal Byul pada mereka berenam. Dia memimpin Taehyung dan Jungkook.

Yoongi pula mendukung Hoseok dan memimpin Jimin dengan tangan kirinya.

Manakala Namjoon dan Seokjin berpegangan tangan berdua. Katanya dah besar.

" Noona! Bwi nak kebab yang makcik tu jual! Jom noona! " Taehyung lantas menarik lengan Byul.

Sesampai sahaja dihadapan gerai kebab, Taehyung terus tersengih dengan sengihan peliknya. Bukan sengihan petak. Tapi sengihan derp. Err...

" Hyung, Chimchim nak juga. "

" Jinnie pun! "

" Tookie nak jugaaaaaaa! "

" Nak!! "

Yoongi tersenyum. " Byul, kau belikan untuk diorang semua. Aku pun nak. Guna duit kau dulu. Nanti aku ganti. " kata Yoongi.

Byul mengangguk faham. " Emm. Ahjumma, saya nak 8 kebab daging. " ucap Byul dengan nada santunnya.

Ahjumma tersebut membalas senyuman Byul. " Baik. Sekejap ya? Nanti anak ahjumma bungkuskan. " jawab Ahjumma tersebut.

Matanya terus melihat anak-anak asuhan Yoongi dan Byul. Satu senyuman kecil terukir dibibirnya.

" Ni anak-anak korang ke? " soal Ahjumma tersebut pada Byul.

Yoongi dan Byul terus berpandangan.

" Eh bukan. Ni--- "

" Alololo jangan lah memalu. Ahjumma faham dengan pasangan muda macam kamu. " kata Ahjumma itu lantas tertawa malu.

Yoongi mengetap giginya. " Bij. " carut Yoongi.

wEI AGAK-AGAK A--- k chill.

Mereka semua memandang ke arah Yoongi dengan muka tak percaya.

Byul menggaru kepalanya. " T-tak lah ahjumma. Ni sebenarnya--- "

" Ha'ah! Diorang mama dengan papa kitorang! " celah Jimin tiba-tiba.

Mereka semua menoleh ke arah Jimin. Omg kid.

" Yup! Diorang sepadan kan? "

" Kitorang semua ni anak dia! "

" Bukan mama papa lah! Mommy and Daddy! "

" Bukan! Ibu ayah lah! "

" Mak ayah kandung aku tengah kerja. "

" Hell-o. Byul noona awek aku. "

Ahhh sudah....

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now