+35

6.6K 1.3K 207
                                    

" Yoongi, kau betul-betul nak tinggalkan mak ke? " soal Puan Min dengan nada sayu. Dia duduk dibirai katil Yoongi. Keluhan kecil dilepaskan.

Yoongi adalah satu-satunya keluarga yang terdekat yang dia ada. Sekarang, Yoongi pula nak tinggalkan dia seorang diri.

Min Yoongi menyusun beg yang sudah terisi dengan barangan keperluan ditepi dinding. Lantas ith dia menuju ke arah emaknya dan memeluk wanita tua itu dengan erat.

" Mak ni, dulu mak sendiri yang kata, kalau Yoongi tak boleh nak cari kerja, lebih baik Yoongi sambung belajar. Tapi bila Yoongi dapat sambung belajar, mak pula sedih macam ni. " Yoongi melentokkan kepalanya diatas bahu Puan Min.

" Tapi Canada tu jauh sangat. Kau bukannya tak boleh dapat kerja yang bagus dengan ijazah yang kau ada sekarang ni. " wajah Puan Min bertukar merah kerana menahan tangis.

Yoongi ajelah tempat dia bergurau selama ni. Walaupun kadang-kadang Yoongi tu manja dewa, dia sayangkan anak lelakinga itu. Airmatanya kini mengalir jua. Sedih sangat.

Yoongi memegang kedua belah bahu Puan Min. Dahi Puan Min dikucup lama.

" Mak jangan lah macam ni. " Yoongi menyeka airmata Puan Min.

" Yoongi pergi sekejap je. Lagipun, bukannya mak tak boleh melawat Yoongi kat sana. Tak pun, nanti kita sama-sama tinggal kat sana. Biar Yoongi uruskan urusan belajar Yoongi dulu. Nanti 2 bulan lepastu, Yoongi akan uruskan kedudukan kita kat sana. Okay? Mak jangan macam ni. Yoongi sayang mak. " ucap Yoongi lalu memeluk Puan Min seerat yang boleh.

" Janji dengan mak? "

" Yoongi janji! "

Ting! Tong!

Puan Min segera menyeka airmatanya. Pelukan mereka dileraikan. " Diorang dah sampai ke? " soal Puan Min pada Yoongi.

Yoongi mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Puan Min terus turun ke bawah memeriksa jika tetamunya sudah sampai.

Keluhan berat dilepaskan. Yoongi memerhatikan sekeliling biliknya. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu bingkai gambar dimana didalam gambar itu tertangkapnya kenangan antara dia dan anak-anak asuhannya.

Yoongi segera mencapai bingkai gambar tersebut. Jari-jemarinya mula bermain diatas gambar. Tanpa disedari, airmatanya mengalir.

Enam orang insan yang tak mungkin dia lupakan. Enam orang insan yang membuka cerita baharu dalam kehidupannya.

Tapi.... setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan, kan?

" HYUNG! " Yoongi tersentak. Dia menoleh ke arah pintu biliknya dan terlihat enam orang anak asuhannya dengan berdiri disitu.

Tanpa menunggu lama, mereka terus menerpa ke arah Yoongi dan memeluk lelaki itu.

Suara didalam bilik itu hanyalah bunyi tangisan. Siapa yang mahu kehilangan orang tersayang didalam hidup? Siapa yang mahu orang tersayang meninggalkan diri kita?

" H-hiyong. Tookie sayang hiyong. " Jungkook menggosok matanya.

" Hyung pun sayang kat korang. " balas Yoongi. Hatinya sayu memandang mereka semua.

Seokjin menarik tangan Yoongi. " Hyung, janji dengan kitorang sesuatu boleh? " tanya Seokjin dengan sedu-sedan.

Yoongi mengangguk kecil lalu mengusap kepala Seokjin. " Tanyalah. " balasnya.

" Janji dengan kitorang, yang hyung akan ingat kitorang walaupun pada 10 tahun akan datang. Hyung jangan sesekali lupakan kitorang. " pinta Seokjin.

" Lagi satu, hyung jangan buat plastic surgery! Biarlah muka hyung hodoh macam ni! Sebab nanti bila kitorang dah besar, tak mungkin hyung ingat muka kitorang. Tapi kitorang akan ingat muka hyung! " Namjoon menumbuk perlahan bahu Yoongi.

Yoongi tertawa kecil. " Hyung janji. " kata Yoongi perlahan.

" Yoongi. Penerbangan kau tak lama je lagi ni. Nanti tertinggal flight pula. " kata seorang lelaki. Yoongi menoleh kearahnya. Lelaki itu mengangguk kecil.

" Sekejap Baek. Tolong angkat barang aku sikit. " kata Yoongi lalu meleraikan pelukannya daripada anak-anak asuhannya.

Baekhyun mengangkat separuh barangan Yoongi dan terus keluar menuju ke arah kereta.

Yoongi tersenyum ke arah mereka semua dengan senyuman nipis. " Jaga diri tau? " kata Yoongi pada mereka berenam lalu mengucup dahi mereka, seorang demi seorang.

Yoongi memandang sayu ke arah Puan Min. " Mak, Yoongi sayang mak. " Yoongi terus memeluk Puan Min.

" Mak pun sayang kau. " balas Puan Min.

Byul tersenyum memandang Yoongi. " Bye. " kata Byul ringkas.

Yoongi menjelingnya sebelum tertawa kecil. " Bye. " balasnya.

" Hyung! Jaga diri tau! "

" Jangan lupakan kitorang! "

" Saranghae hyung! "

Yoongi melambaikan tangan pada mereka.

Annyeong.

Grandpa and 6 idiots, melabuhkan tirai.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Där berättelser lever. Upptäck nu