+19

8.1K 1.4K 327
                                    


Ting Tong!

Berkali-kali bunyi loceng kedengaran menerjah masuk ke dalam telinga Byul. Byul yang sedang mengemas ruangtamu mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang pagi macam ni? Getusnya.

" Sekejap! " jerit Byul. Penyapu yang tadinya berada digenggamannya dilepaskan.

Byul berjalan menuju ke arah pintu dan membukanya. Mata Byul terbunta luas. Biar benar mamat--

" Tepi-tepi! Aku nak masak! Dapur kau kat mana? Cepat kejap lagi bebudak tu dah datang! " seorang lelaki yang amat dibenci oleh Byul masuk tanpa izin ke dalam rumahnya.

Byul yang berdiri dihadapan pintu langsung tidak diendahkan malah tubuh gadis itu ditolak. Nak je Byul maki lelaki tu.

" Wey Yoongi, kau memang dari dulu tak ada adab eh? Bila nak berubah wey? "omel Byul pada Yoongi. Salam tak bagi, minta izin nak masuk pun tak, ayyy sebiji macam perompak.

Yoongi menjeling Byul. " Cepatlah dapur kat mana aku masak! " kata Yoongi. Barang dapur yang dibawanya tadi masih dijinjit kemas.

Byul menggulingkan matanya. " Dapur kat hujung. " balas Byul acuh tak acuh.

Tanpa banyak bicara, Yoongi terus berlari menuju ke dapur. Byul menggelengkan kepalanya. Sayang betul Yoongi kat bebudak tu.

. . .

" Kau masak apa? " soal Byul yang baru sahaja masuk ke dapur setelah selesai mengemas ruang tamu. Byul mengambil tempat duduk di meja makan. Sedap betul bau makanan yang Yoongi masak. Sampai ke depan bau.

Yoongi tersengih gembira. " Aku masak simple je ni. Jjangmyeon. Bebudak tu suka makan. " kata Yoongi dengan senyuman yang tidak pudar.

Dia rasa happy sangat bila Byul izinkan dia jaga budak tu sekali. Perasaan sedih dia masa dapat tahu dia terpaksa lepaskan budak tu dah hilang. Rasa happy gila sekarang ni.

Byul terkaku. Sumpah dia tak pernah tengok Yoongi sebelum ni. Tapi jangan ingat Byul jatuh cinta dengan Yoongi. Tak. Perasaan dia mati untuk Yoongi. Kalau setakat kasihan tu adalah.

Cinta? Nope. Dia takkan dan taknak ada perasaan pada Yoongi.

" Byul, thanks. " ucap Yoongi.

Byul memandang ke arah Yoongi dengan dahi berkerut. " Untuk apa? " soal Byul.

" Thanks sebab izinkan aku jaga budak-budak tu lagi. " kata Yoongi dengan kepala yang menunduk. Yoongi pun reti malu k.

" No prob. Tapi ada syarat, janga buat hal dengan aku. " kata Byul ringkas lalu dia bangkit dari duduknya. " Aku nak gi depan. " sambung Byul lantas berlalu pergi.

Yoongi hanya mengangguk.

. . .

Ting tong!!!

Byul berlari mendapatkan pintu. Tu mesti anak-anak asuhannya dah sampai.

Dia menarik nafas dalam. Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu.

" NOONA!! " jerit mereka berenam sebaik sahaja melihat Byul berada dimuka pintu. Mereka terus menyambar Byul dan memeluk gadis tersebut.

" Jom lah masuk. " ajak Byul.

Taehyung mengangguk laju. Tangan kanan Byul ditarik dan dipimpin. Jungkook yang melihat perkara itu mencebikkan bibir.

Tak guna kau Bwi hyung. Kau fikir aku tak boleh buat? Jungkook bermonolog di dalam hatinya.

Jungkook terus mencapai tangan kiri Byul. Dia tersengih sinis melihat Taehyung.

Taehyung hanya mengendahkan Jungkook. Buat apa dia nak bergaduh dengan Jungkook hanya sebab hal kecil. Byul noona sukakan lelaki matang. Dan Taehyung akan berusaha menjadi matang.

Yoongi duduk di birai langsir dapur. Cemburunya dia tengok Byul dengan bebudak tu.

Setelah mereka masuk ke dalam rumah, mereka semua duduk di sofa. " Byul noona! Sedapnya bau! Siapa masak? " soal Hoseok. Dah lah harini Hoseok pakai baju gambar panda! Comel je!

" Lapar ke? Nak tahu siapa masak? " Byul mengumpan mereka.

Mereka semua mengangguk laju. " Nak! " jawab mereka serentak.

" Jom ikut noona pergi dapur. " ajak Byul.

. . .

Mereka masuk ke dapur diikuti dengan Byul. Seorang lelaki yang memakai apron berada di dalam dapur dan langsung tidak menoleh kearah mereka.

Jantung Yoongi berdegup kencang. Tak tahu lah kenapa.

" Siapa tu, noona? " soal Seokjin.

Sejurus sahaja soalan itu meluncur dari mulut Seokjin, Yoongi menoleh ke arah mereka.

Mata mereka membuntang luas. " YOONGI HYUNG! " jerit mereka berlima serentak. Mereka berlima datang menerpa dan memeluk Yoongi termasuk Jimin.

Byul tersenyum sebelum dia terperasaan sesuatu.

Hoseok.

Mereka semua memandang Hoseok yang masih berdiri statik di sebelah Byul. Yoongi memandangnya dengan pandangan sayu.

Dia cuba chat Hoseok kat whatsapp, tapi Hoseok block dia. Hmm bebudak sekarang.

Hoseok melangkah setapak demi setapak ke belakang.

" H-hobie nak balik. " dan Hoseok terus berlari keluar.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now