+17

9.1K 1.5K 576
                                    

" Arghh!! " jerit Namjoon sekuat hati.

Seokjin terus menutup mulut Namjoon. Takut juga kalau yang lain dengar.

" Jangan bising lah gila! " marah Seokjin. Kepala Namjoon dicepuk perlahan.

" Aku tak nak hyung!! Aku tak nak! Jangan nodai aku! " berair mata Namjoon. Meronta-ronta dia minta dilepaskan.

Dah lah kena ikat dekat katil. " Mama... Joonie tak nak teruna Joonie kena curi dengan lelaki.. " pasrah Namjoon berkata-kata.

Seokjin mendengus. Dia mengambil sesuatu didalam beg sandangnya. Dia dah tak tahan tengok Namjoon.

" Hyung.... hajima.. " airmata yang ditahan Namjoon kini mengalir. Dia tak sanggup!!

" Kau duduk diam-diam! " marah Seokjin lalu mendekati Namjoon.

" TAKNAK! YOONGI HYUNG! KORANG! SELAMATKAN AKU! AKU TAK SANG--- "

Ppak!!

Namjoon terdiam dek kerana pipinya ditampar kuat oleh Seokjin.

" Nak potong kuku pun susah sangat ke?! " Seokjin mendengus. " Kuku dah macam pontianak pun tak sedar diri! " sambungnya lalu mengetip kuku Namjoon.

Namjoon hanya menangis pasrah.

❤ ❤ ❤

Jungkook dan Taehyung duduk diantara jarak satu meter. Mereka saling membalas jelingan.

Ni pun sebab kena kurung dengan Yoongi dalam bilik sebab diorang bergaduh sampai koyak baju. Kalau tak, tak ingin diorang nak duduk sebilik.

" Aku akan pastikan kau kalah, Jeon Jungkook. " kata Taehyung dengan suara mendalam.

Jungkook tersenyum sinis. " Apa? Kalah? Ahaha. Ini Jeon Jungkook lah. Aku tak pernah kalah dalam merebut hati perempuan. " Jungkook tertawa sinis.

" Sebab apa? Sebab aku Jeon Jungkook. International playboy terhandal! Muahahahaha! Hok hok! " Jungkook mengurut tekaknya yang terasa tercekik. Baru nak gelak jahat.

Taehyung terus mencebik seperti mahu menangis. " Berapa ramai awek kau nak ha?! Biarlah Byul noona jadi awek aku! Dah lah omma Yoongi hyung pun kau nak kebas! " Taehyung menggosok matanya yang sudah mengeluarkan cecair jernih.

Jungkook hanya membuat tak dengar. Malas nak layan orang hati tisu macam Taehyung.

" Aku harap suatu hari nanti, kau pergi zoo, gajah makan kau! " dendam Taehyung.

Senyuman sinis terukir lagi dibibir Jungkook.

" Setakat gajah. Kau tunggu aku racun kau, Bwi hyung. Kau tunggu. " ucap Jungkook perlahan.

❤ ❤ ❤

" Terima kasih Chim. Meh sini duduk sebelah noona. " panggil Byul dengan senyuman manis setelah Jimin memberinya minuman.

" Tak payah. Chim duduk sebelah hyung sini. Hobie pun. " tegas Yoongi.

Hoseok dan Jimin saling membalas pandangan. Dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk duduk disebelah Yoongi.

Yoongi tersenyum kemenangan. " Kau masih nak jaga budak-budak tu ke? Kau dah tengok kan perangai diorang macam mana? Sanggup ke? Jangan sampai aku dengar kau berhenti sebab tak tahan jaga diorang. Heh. " ucap Yoongi dengan senyuman sinis.

Byul menghirup teh suam yang dihidangkan tadi. " Aku dah lama jaga budak. Jadi aku dah masak dengan perangai diorang. " jawab Byul ringkas.

" Bitch. " Yoongi mengetap giginya geram.

Byul mengerutkan dahinya. " Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku hah? " soal Byul. Tiba-tiba nak panggil orang bij. Biadab.

" Apa yang kau cakap ngan mak diorang sampai diorang nak tukar pengasuh? Kau guna bomoh apa ni? " kata Yoongi dengan nada yang cuba dikawal. Kalau tak ada Jimin dengan Hoseok sekarang ni, dah lama dia pukul Byul ni. Acah baik.

Byul tertawa kecil. " Mana ada aku cakap apa-apa. Mungkin kerja kau sendiri yang tak bagus. Jangan main tuduh please. Aku dah berubah. " ikatan rambutnya diperbetulkan sedikit.

" Berubah? Kau? Berubah? Heol. Mati hidup balik aku tak percaya. " Yoongi menjeling Byul.

" Manusia berubah Yoongi. Tolong lah. Kita dah besar. Ops. Sorry. Aku lupa. Min Yoongi mana pernah membesar! Tak tinggi-tinggi! HAHAHA! " Byul tertawa mengejek.

" YAH! " Yoongi menarik rambut ponytail Byul. Kalau boleh dia nak tarik sampai botak.

" Sakit lah woi! "

" Ini kau kata kau berubah?! Puih!! "

" Aku takkan berubah bila dengan kau! Kau tak layak terima perubahan aku! Lepaskan aku, setan! " Byul menggigit lengan Yoongi.

Mereka berdua bergelut.

Hoseok dan Jimin mula gelabah.

" Hyung! Noona! Jangan bergaduh! " Jimin menarik kaki Yoongi.

Manakala Hoseok menarik kaki Byul. " Noona! Jangan! " jerit Hoseok namun tidak diendahkan.

Byul mengambil bantal sofa dan memukul Yoongi. Dia pula meng-grip leher Byul.

Kalau korang tengok, diorang ni macam nak membunuh antara satu sama lain.

Jimin dan Hoseok masih tidak henti berusaha meleraikan pergaduhan mereka.

Jimin menarik lengan Yoongi. " Hyung! Sudah lah! " pinta Jimin.

Yoongi mula rimas. Dah lah berang dengan Byul. " Kau boleh jangan menyemak tak?! " marah Yoongi dan tanpa sedar dia menolak Jimin hingga kepalanya terhantuk pada bucu sofa.

Keadaan menjadi senyap. Pergaduhan yang tadinya hangat kini terhenti.

Jasad Jimin yang terbaring kaku diatas lantai dipandang. Semua menjadi kaku.

" Jimin! " Hoseok berlari mendapatkan Jimin yang sudah pengsan.

Pipi Jimin ditepuk perlahan bagi menyedarkan sahabatnya itu.

" A-apa kau dah buat Yoongi?... " suara Byul terketar-ketar. Dia takut.

Yoongi membatu. Dia betul-betul tak sengaja.

Hoseok memandang Yoongi dengan mata yang berair. " Yoongi hyung jahat! Hobie benci hyung! " marah Hoseok.

Tak. Aku tak sengaja....

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now